Thursday, November 29, 2012

li Llahi Ta'ala

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..



Semoga ukhuwah ini terbina kerana Allah, untuk Allah dan terpimpin untuk terus mengenal Allah.
Mohon semoga Allah redha, Allah berkahi dan Allah pelihara dalam lindungan kasih dan sayang-Nya.

Saturday, November 24, 2012

To find my other half...

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

*Tajuk posting yang gediks mengada-ngada*

well having a children is a greatest pleasure of live kan??? Di dunia mereka adalah penyeri, di alam kubur mereka adalah sambungan bekalan yang akanmengirimkan doa buat kita dan di akhirat nanti akan berkumpul bersama-sama mereka yang kita cinta dan kasihi.

Bukankah antara perkara yang kekal sampai kepada kita selepas kita meninggal dunia adalah doa dari anak-anak yang soleh? Betapa beruntungnya...

Lebih-lebih lagi kalau anak-anak itu menjadi anak yang soleh/solehah (memang semua orang pun mengimpikan begini kan). Sejuk hati memandang mereka,biar apa pun nikmat yang kita ada di dunia ini takkan pernah sama dengan nikmat rezeki di kurniakan anak-anak yang baik...

alkisah...


kiut jer anak buah saya nie..hobi dia adalah tulis surat kat umi dia,ingatkan anak-anak Wardina Safiyyah je yang suka mengharukan hati dan perasaan ummi dia,rupanya anak buah saya pun pandai ambil hati ummi ngan abi dia..sweeettttt sangat-sangat!!!
(^_^)

Monday, November 19, 2012

Bicara buat yang syahid di jalan-Nya

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sayu hati melihat anak-anak kecil ini tidak bernyawa lagi,
Dengan darah merah meliputi tubuh badan,
Dengan pucat wajah yang sangat meruntun perasaan,
Kerana mempertahankan sebuah agama dan negara.

Yahudi Zionist itu bermaharaja lela,
Semakin rakus menyerang dengan pelbagai senjata,
Menghujani Palestin dengan peluru tanpa rasa,
Hanya kerana bongkak dan ingin dilihat ampuh oleh dunia.

Si kecil Palestin itu tetap gagah mempertahankan perjuangan mereka,
Pemuda Palestin itu tegak berdiri melindungi dan memerangi musuh agama mereka,
Menghunus apa jua senjata yang ada demi sebuah keamanan dan kebebasan yang nyata milik mereka,
Lelaki-lelaki itu berjuang mencari syahid di jalan-Nya,
Bersama wanita-wanita yang tidak pernah putus doanya buat kesejahteraan semua.

Mereka berlindung dengan nama Allah yang maha berkuasa,
Mereka dijemput Allah sebagai syahid di jalan-Nya,
Mereka mulia di sisi Allah kerana kentalnya semangat mereka,
Mempertahankan al-Aqsa dengan kalimah syahadah yang mulia.

Sungguh hiba kami yang jauh disini,
Walau hanya dengan mendengar khabarmu dari kejauhan,
Walau hanya menatap gambar bisu yang penuh dengan 1001 kesukaran,
Hanya doa dan harapan yang menggunung tinggi kami panjatkan,
Moga Allah membantu kamu, melemahkan musuh-musuh itu dan memberi kekuatan dalam hati-hati kamu.

Sungguh Palestina,
Kamulah juara kerana kamu mara dengan keberanian,
Sedang musuh Allah itu menyerang kamu kerana penuh dengan ketakutan,



Saturday, November 17, 2012

Jom!! mencari cinta...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 

Yang memiliki hati-hati kami, dan yang menyebarkan rasa kasih dan sayang dalam diri kami.


Jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa mencari cinta-Mu dan cinta kekasih-Mu.
Dekatkanlah kami dengan orang-orang yang mencintai-Mu dan mencintai kekasih-Mu.
Serta kurniakanlah kami dari golongan orang-orang
yang sentiasa mendamba kasih sayang-Mu.



Friday, November 16, 2012

Bukan rezeki saya : Perancangan Allah


Semua perancangan saya untuk satu hari ini tidak menjadi. Satu pun tak ada yang jadi. Ada tiga benda yang saya nak buat hari nie. Dua darinya sepatutnya settle pagi tadi, tapi kerana orang yang berjanji nak teman saya pergi tu,tiba-tiba plak ada meeting dan kena jumpa VVIP after Solat Jumaat, maka terpaksa cancel. Tapi,waktu tu saya masih positif lagi. Lagipun benda ni boleh settle hari lain.

Tapi,bila plan malam saya terpaksa di batalkan (walaupun dah exited iron baju dan sebagainya) saya jadi sedih sangat. Sebab event ini tak ada hari lain lagi. Banyak dah program dan seminar yang saya nak attend dari penganjur ini (Al-Maghrib Institute)  yang saya terpaksa batalkan last minit. Sebab tu saya sangat-sangat teruja bila ada program yang akan berlansung malam ini memandangkan kelas Ta'lim malam ini ditangguhkan ke minggu hadapan. Dengan harapan ada ilmu baru yang akan di perolehi.

Sebab itulah kita ini hanya mampu merancang,tapi rancangan Allah itu tentu lebih baik. Tapi saya tetap sedih. Moga-moga akan ada kesempatan lain untuk saya dan moga-moga Allah akan pilih saya untuk berpeluang hadir dalam majlis ilmu dari mereka insyaAllah. Doakan saya ya!


Bukan rezeki saya hari ini : Mungkin ada ruang yang saya perlu isi. Moga saya jadi orang yang sabar dalam mencari taqwa kepada Allah.

Wednesday, November 14, 2012

Turn to Allah

Bismillahi RahmanirRahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Salam Ma'al Hijrah..


Semoga hijrah kita adalah kerana Allah, untuk Allah semata-mata, demi mendapat kasih-sayang serta perhatian dari-Nya, mendekatkan diri kita kepada-Nya dan lebih kenal dengan-Nya serta mendalam rasa cinta kita kepada-Nya. Allahumma ameen...

Kerana,seperti yang kita tahu setiap niat yang baik itu Allah ganjari pahala. Setiap perbuatan baik itu Allah lipat gandakan pahala. Maka hijrah kita yang bermula dengan niat yang baik PASTI Allah akan bantu untuk mudahkan,apatah lagi bila kita mula menggerakkan niat itu menjadi perbuatan,insyaAllah Dia akan bukakan setiap jalan-jalan kebaikan untuk kita.




Monday, November 12, 2012

Kepelikkan Manusia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Saya memerhati,dan melihat. Mungkin anda juga. Manusia ini memang pelik, terutama pada beberapa perkara ini:

Bila seorang lelaki (suami/abang/ayah/adik/atau mungkin kekasih) menyatakan sayang kepada seorang wanita. Tetapi bangga bila wanita itu menayangkan auratnya. Kembang semangkuk bila wanita itu dipuji dan dipuja kecantikkan mereka.Sayang tahap mana ya rasanya? Kalau sayang kenapa tidak di ajar,untuk menutup apa yang wajib ditutup. Menyimpan apa yang wajib disimpan. Wanita kesayangan anda,bukan bahan tontonan umum. Tak kasihan ke nanti mereka akan dicampak ke neraka kerana tidak menutup aurat mereka? Kalau sayang mestilah nak bawa mereka ke syurga,bukan terang-terang tunjuk jalan ke neraka. Lagi-lagi kalau suami yang suka sangat isteri dia pakai seksi-seksi. Tak faham betul!!


Kemudian, ada pula lelaki-lelaki yang mengaku cinta kepada seorang gadis. Tapi bila disuruh untuk menikahi mereka dengan baik,lelaki-lelaki ini punya bermacam-macam alasan untuk melambat-lambatkan akad. Melengah-lengahkan perkara yang halal buat mereka. Alasan,takut tidak mampu melaksana tanggungjawab lah, tidak bersedialah dan macam-macam lagi alasan sampah yang tidak mampu diterima akal fikiran yang waras. Bertanggungjawab ke kalau kelik anak dara orang kulu-kilir? Mampu ke nak tanggung dosa berdua-duaan dan berkasih-kasihan dengan orang yang tidak halal? Islam tu kan mudah, akad itu kan halal. Kalau rasa tidak mampu, jangan lah di ucap kata cinta sebab itu namanya nak tambah koleksi dosa yang sememangnya dah sedia terbeban di atas bahu kita. Lepas tu ajak pulak si gadis kumpul dosa bersama-sama. Itu bukan cinta sampai syurga. Itu ajak masuk neraka bersama-sama.

Korang rasa pelik tak? pada saya,sangat pelik. Allah dah beri panduan yang baik,tapi kita tolak. Allah suruh buat benda baik,Allah suruh masuk syurga, Allah ajar dengan pelbagai hikmah tapi kita yang refuse. Jangan salahkan Allah bila sampai masanya nanti. Bila dah sampai depan neraka baru nak menyesal. Masa tu dah takde maknanya sayang-sayang. Masa tu,semua dosa nak bagi kat orang.

Let's turn to Allah!!


Sunday, November 11, 2012

Sudah Akhir Tahun : Happy Holiday!

Assalamualaikum...

Mode : cuti sekolah bermula
Perasaan : Eh! dah start cuti ke? tak terasa macam dah cuti pun...

Realitinya :

Mula cuti  bermakna, sudah habis ceritera untuk setahun. Makanya, akan bermula episod tahun baru. Bagi orang-orang seperti saya (sila baca sebagai cikgu-cikgi) ianya bermaksud mula berfikir tentang tahun 2013. Maksudnya lagi,walaupun belum masuk tahun 2013, tapi rasa macam dah letak satu kaki dalam tahun 2013.
Bermakna,tahun 2012 telah pun berlalu. Bermakna,usiapun telah menambah ke satu angka lagi (sila baca : saya sudah tua!). Waahhhh... (blurrr sekejap)

Sekejapnya dah masuk tahun baru, rasa macam baru je mulakan sesi persekolahan. Nak tau tak apa maksudnya lagi? Eheeemmm...Pengakuan separuh ikhlas nih! Maksudnya, serasa seperti saya ini tidak punya sumbangan yang banyak untuk tahun ini. Fikir punya fikir punya fikir...apa ye yang saya dah lakukan untuk sepanjang tahun ini. Macam NULL jer..Notihing at all. Uh..how bad kan..teruknya saya!

Untuk anda semua:

Yang cikgu ke,yang bukan cikgu ke, selamat bercuti (sebab mostly,ramai yang kumpul cuti sampai akhir tahun untuk bawa anak berjalan,melancong dan sebagainya) Rancang percutian dan perjalanan anda dengan baik. Semoga selamat semuanya. 

Saya doakan apa jua hajat dan harapan anda sepanjang tahun ini Allah akan kabulkan, Allah akan mudahkan dan Allah akan memberi yang terbaik buat semua. Kehidupan,rezeki, perjalanan dan harapan yang sentiasa diberi keberkahan dari Allah. 

Selamat menghabiskan sisa-sisa terakhir 2012, semoga kebaikan dari Allah akan berterusan.

Monday, November 5, 2012

Towards The Future a.k.a Mira'e (kiroro)

Assalamualaikum....

Musim-musim hujan nie meh layan sat lagu Jepun zaman hingusan yang sangat best (masa dulu boleh repeat 40-60 kali pon tak boring-boring). Alkisah,masa tengah-tengah drive dalam hujan dengan titibe je cik DJ pasang lagu ni. Terus ternyanyi-nyanyi, pastu terus tergoogle dan terjumpalah di dalam youtube.

Dulu dengar,tapi taktau citer pasal apa. Ingat citer pasal orang putus cinta ke (sebab masa tu tengok video clip dia citer kartun Final Fantasy macam awek-balak nie terhalang cintanya--ceeewahhh--ntahapa-apa!) Rupanya telahanku meleset belaka. Punyalah bagus lirik lagu nie sebenarnya. Kisah nasihat dan kata-kata seorang ibu untuk anaknya yang sedang meningkat dewasa (ayat skema lah pulak..tak tau dah nak olah macamana).



ini lirik bahasa melayu yang telah di'translate' dengan jayanya:

~Menuju Masa Hadapan (Mira'e)~


Lihat! Lihatlah pada langkah kakimu,
Inilah jalan yang ditakdirkan untukmu,
Lihatlah… Cuba lihat ke hadapan,
Itu adalah masa hadapanmu,

Terlalu banyak kelembutan yang ditujukkan oleh ibu,
"hayati kasih sayang dan terus berjalan" kata ibu berulang kali,
Tika itu,aku masih terlalu muda untuk memahami kata-katanya,
Tetapi dia masih tetap kejap memimpin tanganku,
Dan berjalan bersamaku,

Impian-impianku sangat tinggi melangit,
Walaupun aku tidak yakin dapat mencapainya,
Tetapi aku akan berusaha untuk mengejarnya,
Ini adalah kisah hidupku,
Maka aku tidak akan pernah berputus asa,
Saat aku dalam ketakutan,
Ibu memegang tanganku,
Bersama-sama,kami terus berjalan,

Kadang-kala kelembutan ibu itu merimaskan,
Lalu aku melepaskan tangannya dan berlalu pergi,
Tidak mahu lagi mendengar kata-katanya..

“Lihat! Lihatlah pada langkah kakimu,
Inilah jalan yang ditakdirkan untukmu,
Lihatlah… Cuba lihat ke hadapan,
Itu adalah masa hadapanmu”

Lihatlah masa hadapan…
Marilah berjalan ke arahnya selangkah demi selangkah….

Thursday, November 1, 2012

Bila Rasulullah S.A.W semakin dipinggirkan


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...




Betul kan? Berapa ramai di kalangan kita yang dah mula lupa senarai nama 25 Rasul kita. Tapi ingat setiap pemain bola sepak tu mewakili kelab apa,dari negara mana, berhijrah ke kelab mana, berapa bayaran yang mereka dapat dan posisi mereka ketika bermain. Boleh sebut dengan PERFECT. Tapi bila tanya pasal sirah nabi...garu-garu kepala, buat muka konfius dan menjawab dengan sangat tidak yakin! Ya Allah sedihnyaaaaa!!!!!!

Begitu jugalah dengan anak-anak kita, bukan tanya sirah nabi Adam ke nabi Idris ke nabi Zulkifli ke, saya tanya tentang sirah NABI MUHAMMAD Sollallahu Alaihi Wassallam. Nabi kita. Kekasih Allah. Manusia yang membawa Islam kepada kita. Sedih sangat!

Lebih menyedihkan, mereka tidak ada respect langsung kepada baginda rasul ini. Ada diantara mereka menjawab dengan cara mempersenda dan mempermainkan jawapan yang diberi. Mempermainkan serta mempersendakan ahli keluarga nabi. Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah...bantulah mereka. Kita marah sampai keluar air mata sebab sedih dengan perlakuan mereka,tapi tidak langsung memberi kesan di hati mereka. Di mana silapnya? bagaimana cara lagi yang boleh mendekatkan mereka dengan Rasulullah? bagaimana nak tumbuhkan rasa kasih,sayang dan cintakan Rasulullah dalam hati-hati mereka? Saya selalu usaha bercerita, mengingatkan tentang segala kebaikan,pengorbanan dan kisah perjuagan baginda S.A.W kepada anak-anak ini, tapi tidak boleh sampai menyentuh hati mereka. Kalau pun mereka diam bertafakkur, seketika cuma. Saya keluar dari kelas. Subject bertukar. Mereka lupa semula.

Kepentingan dan kewajiban mengenal Allah dan Rasulullah tu dah jatuh ke nombor berapa pun saya tak tau. Adakah kerana mereka merasakan subject agama ni tak penting (sebab bukan subject utama peperiksaan) maka mereka memandang segalanya tentang agama itu sebagai second class?

Saya sedih!!!!!sangat!!! semoga Allah bukakan hati dan minda mereka, suatu hari nanti bahawa agama itulah perkara utama yang mereka perlu ada dan bawa dalam hati mereka sampai bila-bila. Dan menyintai Allah dan Rasulullah itu adalah cinta pertama yang perlu mereka semat dalam hati-hati mereka. Kerana itulah penyelamat mereka nanti di akhirat sana. Sedarkanlah mereka Ya Allah...sebelum mereka benar-benar terlambat.

:'(