Sunday, November 11, 2012

Sudah Akhir Tahun : Happy Holiday!

Assalamualaikum...

Mode : cuti sekolah bermula
Perasaan : Eh! dah start cuti ke? tak terasa macam dah cuti pun...

Realitinya :

Mula cuti  bermakna, sudah habis ceritera untuk setahun. Makanya, akan bermula episod tahun baru. Bagi orang-orang seperti saya (sila baca sebagai cikgu-cikgi) ianya bermaksud mula berfikir tentang tahun 2013. Maksudnya lagi,walaupun belum masuk tahun 2013, tapi rasa macam dah letak satu kaki dalam tahun 2013.
Bermakna,tahun 2012 telah pun berlalu. Bermakna,usiapun telah menambah ke satu angka lagi (sila baca : saya sudah tua!). Waahhhh... (blurrr sekejap)

Sekejapnya dah masuk tahun baru, rasa macam baru je mulakan sesi persekolahan. Nak tau tak apa maksudnya lagi? Eheeemmm...Pengakuan separuh ikhlas nih! Maksudnya, serasa seperti saya ini tidak punya sumbangan yang banyak untuk tahun ini. Fikir punya fikir punya fikir...apa ye yang saya dah lakukan untuk sepanjang tahun ini. Macam NULL jer..Notihing at all. Uh..how bad kan..teruknya saya!

Untuk anda semua:

Yang cikgu ke,yang bukan cikgu ke, selamat bercuti (sebab mostly,ramai yang kumpul cuti sampai akhir tahun untuk bawa anak berjalan,melancong dan sebagainya) Rancang percutian dan perjalanan anda dengan baik. Semoga selamat semuanya. 

Saya doakan apa jua hajat dan harapan anda sepanjang tahun ini Allah akan kabulkan, Allah akan mudahkan dan Allah akan memberi yang terbaik buat semua. Kehidupan,rezeki, perjalanan dan harapan yang sentiasa diberi keberkahan dari Allah. 

Selamat menghabiskan sisa-sisa terakhir 2012, semoga kebaikan dari Allah akan berterusan.

2 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Ya, masa berlalu begitu pantas. Masuk pula tahun, pada cikgu kena fikirkan strategy untuk habiskan sukatan pelajaran.

Dan pada saya pula selalu fikirkan sukatan pelajaran agama tak pernah habis sedangkan ujian bila-bila saja boleh dijalankan. Agaknya apa nak jawab kalau Munkar dan Nakir tanya sedangkan sukatan pelajaran agama tak habis lagi...Allahu Akhbar!

Happy Holiday to you...

TiranaAduka said...

happy holiday