Tuesday, April 21, 2009

Semalam di Pesta Buku

Salam semua...
Dalam sibuk-sibuk dengan pelbagai urusan saya masih sempat pergi memeriahkan pesta buku sabtu lepas. Lepas habis meeting dalam pukul 3 petang, saya dan 2 orang kawan saje buat kerja giler drive dari tanjung karang ke KL untuk memeriahkan suasana pesta buku. At least dapat keluar dari kepompong kerja yang tak pernah nak habis. Sampai kat sana tak banyak pun buku yang saya beli. cuma satu buku yang menarik perhatian saya iaitu buku Ustaz Pahrol "nota hati seorang lelaki". Saya sangat mengagumi hasil tangan ustaz Pahrol,cara penulisan yang santai sangat dekat dengan kehidupan membuatkan saya sentiasa menanti2kan buah tangan beliau. memang berbaloi.
Sambil menilik2 buku-buku di gerai Telaga Biru, saya terpandang sun shade(pelindung matahari) kereta bergambar kartun yang sangat comel,saya jatuh hati dengan satu gambar kartun kanak2 perempuan berwarna pink bertulis "senyum itu sedekah". Punyalah bersemangat saya mencari dalam rak longgokan sun shade tu..sampai ke bawah2 saya cari tak jumpa. kemudian datang pembantu gerai tu tolong carikan untuk saya. Kawan2 yang lain pun tolong carikan jugak. Mungkin gelagat kitorang yang mencari dengan penuh semangat tu nampak menarik perhatian orang yang lalu lalang. Dari 3 orang mencari,bertambah jadi 4 orang kemudian datang orang2 lain pun turut sama mencari...kelakar betul. Semua tolong carikan...dan ada juga yang tertarik dengan rekabentuk yang lain turut membeli (macam dah jadi pelaris la plak..hehehhe...). Last2..datang seorang pembanu gerai yang baru balik dari solat dia tanya "nak cari desing yang mana?" kami sama2 tunjuk pada gambar sticker desing apa yang saya cari. "oh...yang tu dah habis la...ambil la desing lain" warghhhhhh...penat jer selongkar sampai dalam kotak2 semua kitorang selongkar..rupa2nya bukan rezeki saya hari tu..akhirnya saya beli warna purple gambar budak perempuan comel yang bertulis "Allah melihat apa yang anda lakukan". Jadi bila ada orang nak mengapa2kan kereta saya dia mesti fikir dua kali..sebab Allah nampak apa yang mereka buat.
Seronok gak bila sekali-sekala keluar dari kepompong yang melemaskan. Dapat plak pengalaman yang kelakar...terhibur juga jiwa yang penat. Tapi rasa tak puas berjalan kat pesta tu dah malam. Tak banyak gerai boleh pergi dan tak boleh nak tilik buku lama2..rasa macam nak pergi lagi jer...Kalau ada masa hujung minggu ni nak ajak adik saya pulak lah temankan..masa tu nak jalan puas2 kat pesta buku tu...harap2 termakbul la impian nie..

Monday, April 13, 2009

huh...

Boleh..confirm boleh..walaupun kena keja 7 hari seminggu.
Penatnya sekejap je.
InsyaAllah lepas nie ada masa terluang.
Masa tu barulah boleh duduk goyang kaki.
Masa tu juga baru tarik nafas panjang-panjang.
Sabar sedikit sahaja lagi.
Berkorban sedikit masa tak mengapa.
Asalkan perkara yang dibuat untuk kebaikan.
Allah pasti tolong. Allah pasti permudahkan.

Thursday, April 9, 2009

Twister

Kelam suasana..samar segala-galanya...
Sunyi seketika.
Guruh di langit mula melanda.
Memecah sunyi yang lama bertapa.

Lautan mula bergelora.
Lama.
Gerimis bertukar warna.
Semakin lebat dan menyiksa.
Pintu itu masih jauh.
Langkah perlu diteruskan.
Walau merangkak sekalipun.
Pintu itu perlu dibuka.
Ia di situ.
Tetap di situ.
Dan mentari pasti muncul lagi.

Tuesday, April 7, 2009

.::T.H.A.N.K Y.O.U::.

Jarang-jarang kita mengambil peluang untuk mengucapkan ucapan penghargaan kepada insan-insan sekeliling. Pabila kita mendapat kebaikan,pertolongan dan pemberian tidak selalu kita berterima kasih.

Setiap hari kita membuka mata,menghirup udara,masih bernafas, boleh berjalan dan melakukan segala urusan sendiri dengan kudrat yang ada.

Setiap kali keluar dari rumah,kita mengharapkan agar perjalanan kita selamat,semoga tidak ada halangan di pertengahan jalan dan kita akan sampai ke destinasi dengan selamat.

Bila kita lulus peperiksaan, mendapat kenaikan pangkat,dan mendapat gaji setiap bulan kita tentu akan rasa gembira.

Tapi kita lupa siapa disebalik setiap apa yang kita lakukan. Siapa yang memberi kita peluang untuk membuka mata dan bernafas setiap hari untuk meneruskan kehidupan kita dan memperbaiki segala kesilapan semalam?

Kita lupa siapa yang memelihara setiap langkah kaki kita. Menjaga kita sepanjang perjalanan,dan siapa yang menginzinkan kita untuk sampai ke destinasi dengan selamat.

Kita juga lupa segala aturan hidup kita adalah dengan ketentuanNya. Kejayaan mahupun kegagalan kita adalah dalam urusanNya.

Pernahkah kita mengucapkan terima kasih padaNya setiap kali kita membuka mata? adakah kita akan melafazkan kesyukuran setiap kali kita selesai dengan satu urusan kita? sudahkah kita bersyukur kerana sentiasa dipelihara keselamatan kita? dan bersyukurkah kita di atas kurniaanNya.

Bukan susah nak ucapkan 'syukur alhamdulillah' atau 'terima kasih Allah' setiap kali kita melakukan sesuatu. Biasakan diri dengan lafaz syukur ini,insyaAllah hidup kita akan jadi sangat mudah. Kerana sekali kita mengingati Allah seribu kali Dia ingat pada kita. Mudahkan hidup kita dengan memudahkan diri mengingati Allah.

Saturday, April 4, 2009

Siapa kena jual???

Malam tadi saya balik kampung. Bertolak lepas maghrib. Saya sebenarnya sangat tak gemar memandu pada waktu malam kerana saya ada masalah silau. Selain faktor-faktor keselamatan yang agak merisaukan. Lebih-lebih lagi drive sendirian dari Tanjung Karang ke Sungai Buluh melalui jalan estet kelapa sawit yang gelap gulita tanpa ditemani lampu jalan di sepanjang perjalanan. Perlu pula menempuh jalan berliku-liku selepas kawasan perumahan Kota Putri yang agak menggerunkan. Seboleh-bolehnya saya akan elakkan untuk balik ke rumah mak pada waktu malam. Tapi saya tiada pilihan kerana petang Jumaat tu saya ada kelas mengaji al-Quran. Selalunya kelas akan berakhir paling awal pun pukul 6:45 petang.

Tapi saya geram betul dengan murid-murid kelas mengaji petang tadi,seorang pun tak datang. Ada seorang murid perempuan datang. Mulanya saya tak perasan itu anak murid saya sebab dia datang tak pakai tudung. Bila dia bagi salam,baru saya kenal suara dia (kebetulan saya di belakang rumah,nampak dia datang naik basikal,ingatkan anak jiran belakang rumah). “Aik,datang nak ngaji tak pakai tudung?” Tanya housemate saya kat budak tu. “Saya datang bukan nak ngaji lah ustazah,saya datang nak bayar yuran tuisyen je” amboi-amboi…selamba jer dia jawab. “eh..pakai tudung bukan masa ngaji je,keluar rumah kenalah pakai tudung..awak tu dah besar..”tegur kawan saya. Nak tau apa budak tu jawab? “ mak cakap tak payah pakai tudung, sekejap je..” ok lah di maafkan, dia pun belum akil baligh lagi..tapi sepatutnya dah dididik juga,sebab dah darjah 5 dah nak jadi anak dara dah. Berbalik pada cerita kelas mengaji tadi, kawan saya dengan nada pelik dan hairan bertanaya “eh!sapa cakap tak ngaji hari ni?” jawapan budak tu yang best nak dengar tu “ Ustazah Izzah cakap semalam,hari nie tak ngaji”….wah..sesuka dia jer jual nama saya,bila masa pulak saya cakap hari nie tak ngaji. Pandai auta betul la budak2 nie..pastu boleh pulak dia kabo kat sumer kawan2 dia hari nie tak ngaji. Jadi tak seorang pun budak2 ngaji yang datang petang tu..penat je dok tunggu sampai petang semata2 nak ajar ngaji..kalau tau pas zohor lagi dah balik umah..tak lah menempuh kegelapan malam. Nasib baik saya berniat baik…jadi redhakan je lah(kalau niat buat baik dapat pahala kan??). Tapi hari isnin ni kena lah budak yang mengauta tu…Ooooo..pandai dia jual nama saya yer…kalau mak dia tau,kena piat jugak telinga tu…

Saya akhiri cerita saya ini dengan serangkap pantun yang ditujukan khas buat anak2 murid kelas mengaji ku yang di kasihi:

“sorong papan,tarik papan,
Buah keranji atas perahu,
Suruh makan, korang makan,
Suruh mengaji korang tak tahu”

Hah! Tu lah..saper suh suka ponteng kelas mengaji..tau makan je la..ngaji tak tau..!memang nak kena sunat lagi sekali bebudak ni..

Friday, April 3, 2009

Dengki VS Dendam

Berdepan dengan gelagat manusia yang pelbagai membuatkan kita kadang kala pening kepala. Walau sebaik manapun kita menjaga tingkah-laku,menjaga perkataan dan menjaga hati insan-insan disekeliling kita, kita tak mungkin akan terlepas dari prasangka buruk manusia-manusia yang sangat suka mengamalkan sikap dengki-mendengki. Kadang-kala tanpa sebab musabab kita menjadi mangsa. Perkara yang sebesar kuman membesar menjadi seekor gajah. Kenapa manusia suka mendengki? hebatkah kita bila kita berjaya membuat orang yang berkasih sayang jadi benci membenci? seronokkah kita bila cerita rekaan yang ditokok tambah disampai-sampaikan kepada orang lain? sukar untuk difahami. Apa hendaknya mereka? Apa salahnya kita?

Kita disemai dengan sifat-sifat mulia. Kita dibesarkan dengan amalan yang tua dihormati,yang muda disayangi. Kita diajar berbuat baik sesama manusia, sehingga kita terbiasa dengan perkara-perkara positif begini. Jangan menyakiti hati orang lain. Amalkan sikap saling bermaafan. Jangan suka berdendam. Bukan itukah perkara yang kita warisi dan kemudiannya kita akan wariskan kepada generasi akan datang? Tapi kenapa kita tidak amalkannya? Mungkin kadang-kala kita tergelincir dari landasan santun itu,tapi bukan selalu. Kalaupun kita tergelincir, kita seharusnya naik semula ke landasan itu, jangan biarkan kita tergelincir lagi.

Mungkin mereka tidak kisah kerana mereka terbiasa berdengki. Kerana mereka kebal,mereka orang-orang hebat. Sedangkan kami hanya kerikil,ikan bilis dan jari kelingkin yang tidak memberi apa-apa makna pun pada mereka. Tapi kami ada hati dan perasaan. Kenapa hati mereka kami perlu jaga,sedangkan hati kami mereka goreskan berkali-kali? Kami bukan ada apa-apa yang nak di dengkikan. Kami bukan siapa-siapa yang boleh menimbukan rasa cemburu mereka.

Sesetengah kami mungkin hanya membiarkan perkara itu. Biarkan angin lalu membawa luka hati kami pergi bersama hembusannya. Kami hanya mendoakan yang terbaik buat mereka. Semoga kesalahan mereka diampunkan Allah. Semoga Allah melimpahkan hidayah di hati mereka. Semoga mereka akan sedar apa yang mereka lakukan itu bukan sesuatu yang baik, mereka tersilap dan mereka akan membetulkan kesilapan. Kami tidak meminta mereka memohon kemaafan. Kerana kami bersedia memaafkan. Tapi itu hanya sebahagian dari kami.

Sesetengah kami pula sangat lantang suaranya. Sangat tajam kata-katanya. Sangat keras hatinya untuk memaafkan. Mereka tidak teragak-agak untuk menempelak. Mereka tidak berfikir dua kali untuk membalas tikaman. Mereka bukan orang yang mudah memaafkan. Mereka mungkin juga berdendam.

Jadi kami takut,andai satu hari nanti pendengki itu menerkam pendendam. Tidak dapat kami bayangkan. Harap-harapnya tidak meletuslah perang saudara. Semoga Allah memelihara mereka dan memberi mereka ketenangan jiwa.

“Kita ingin segalanya indah
Sebersih pasir pantai memutih
Seindah dan secerah pewarna
Berseri ukhwah dipupuk kasih.”

Thursday, April 2, 2009

Hawa (La Tahzan!)

Hawa, Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa, Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa.. Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

Wednesday, April 1, 2009

Story mory

Apa kaitan iktik kuning dengan citer ini..???
Maybe korang dah pernah terbaca kisah nie. Mungkin jugak belum lagik. Saja suka-suka. Citer lawak tapi tak la lawak tahap cipan menjerit..hehehhe..layan jer yerk..

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama jimmy.
Dia ni org johor.
Die ade awek name Julie. Julie nih dok kt perlis.
Diorng nih xpnah jumpe sblom nih, juz msg n call aje.
Gamba pon diorng xpnah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310

Diorng da xthan nk jumpe sngat2.
Diorng pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama.
Dan diorng brcadang utk berjumpe di rumah julie.
Julie telah beritahu keluarga dia yg jimmy akan dtg beraya ke rumah mereka.

Pada seminggu sebelom hari raye, Julie terlibat dgn satu kemalangan.
Mayat julie selamat dikebumikan.
Seluruh keluarga Julie sgt bersedih atas pemergian Julie.
Akan tetapi, jimmy tidak mengetahui hal ini.
Kebetulan, hp jimmy rosak pada hari kematian Julie.
Sehari sebelum raya, barulah hp die siap dibaiki.

Apabila hp dah ok, jimmy terus msg Julie.
Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di'reply'.
Pada hari yg ditetapkan, dgn alamat yg pernah diberi oleh Julie kpd jimmy...
Jimmy bertolak dr johor pd subuh awal syawal dan smpai di perlis ptg.
ari tu juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya.
Bila smpai shj di rumah Julie,dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri
kepada ibu bapa Julie...

Ibu bapa Julie pon menyuruh jimmy duduk.
Mereka perbualan dgn bertnya tntang diri jimmy.
tetapi mata jimmy terjenguk2 ke arah dapur dan bilik2 yg ade di rumah tersebut.
kot2 ade Julie keluar atau menyorok dari dia.
Jimmy semakin tidak senang duduk.
Setelah lama berbual, jimmy pon tny pasal Julie kerana beliau tidak tahan
nk berjumpa dgn Julie.

Ibu bapa Julie menyarankan supaya jimmy banyak bersabar.
Jimmy semakin hairan dan bertanya kepada ibu bapa Julie,
"kenapa mak cik ngan pak cik? ape yg dah berlaku pd Julie?"
"Julie telah meninggal dunia," kata ibu Julie.

Jimmy semakin kehairanan.
Jimmy bertanya "bila mak cik? sbb apa?"
Ibu bapa Julie pon menceritakan tentang hal kejadian.
Jimmy agak terkejut dan tidak percaya kerana beliau ade sms dgn
Julie sebelum berangkat ke perlis.
Jimmy pon tunjuk semua sms itu kpd ibu bapa Julie.
Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut,
ibu bapa Julie hairan kerana no telefon itu memng Julie yg punye.

Utk mendapatkan kepastian, ibu bapa Julie bawak jimmy ke tnh perkuburan
Jimmy masih x berpuas ati dan mengorek kubur Julie.
Memng betol Julie sudah mati dan berada di dlm kubur tersebut.
Jimmy semakin hairan dan ketakutan.
Sebelum julie meninggal, julie telah berpesan kpd org tua die supaya kalo
dia mati, tnm skali hp die sbb die terlalu syg kt hp nih.
Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada jimmy.

Jimmy pon cuba sms Julie di depan ibu bapa Julie.
"awk ngah wat pe?"
Tidak lma kemudian, hp jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima.
apabila buka shj sms tersebut, kesemua mereka terkejut beruk
kerana sms itu dibalas oleh Julie dan sms tersebut berbunyi
"xde wat papepon..awk da smpai ke?"

Jimmy semakin panik dan membalas.
"ibu bapa awk kata awk dah MATI?"
Dan Julie pon balas "memng sy dah meninggal."
Jimmy cuba beranikan diri dan membalas semula sms tersebut.
"ABES 2, MCM MANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??"
Tidak lama kemudian, hp jimmy pon berbunyi lg.
Mereka semakin panik, takut dan mcm2 bermain di fikiran.
Apabila mereka baca sms tersebut, mereka terkejut BEROK & kehairanan terpinga-pinga.
Kerana sms tersebut berbunyi.
"DIGI ADA DI MANA-MANA"


Muahahahahahahahaha ....