Friday, April 3, 2009

Dengki VS Dendam

Berdepan dengan gelagat manusia yang pelbagai membuatkan kita kadang kala pening kepala. Walau sebaik manapun kita menjaga tingkah-laku,menjaga perkataan dan menjaga hati insan-insan disekeliling kita, kita tak mungkin akan terlepas dari prasangka buruk manusia-manusia yang sangat suka mengamalkan sikap dengki-mendengki. Kadang-kala tanpa sebab musabab kita menjadi mangsa. Perkara yang sebesar kuman membesar menjadi seekor gajah. Kenapa manusia suka mendengki? hebatkah kita bila kita berjaya membuat orang yang berkasih sayang jadi benci membenci? seronokkah kita bila cerita rekaan yang ditokok tambah disampai-sampaikan kepada orang lain? sukar untuk difahami. Apa hendaknya mereka? Apa salahnya kita?

Kita disemai dengan sifat-sifat mulia. Kita dibesarkan dengan amalan yang tua dihormati,yang muda disayangi. Kita diajar berbuat baik sesama manusia, sehingga kita terbiasa dengan perkara-perkara positif begini. Jangan menyakiti hati orang lain. Amalkan sikap saling bermaafan. Jangan suka berdendam. Bukan itukah perkara yang kita warisi dan kemudiannya kita akan wariskan kepada generasi akan datang? Tapi kenapa kita tidak amalkannya? Mungkin kadang-kala kita tergelincir dari landasan santun itu,tapi bukan selalu. Kalaupun kita tergelincir, kita seharusnya naik semula ke landasan itu, jangan biarkan kita tergelincir lagi.

Mungkin mereka tidak kisah kerana mereka terbiasa berdengki. Kerana mereka kebal,mereka orang-orang hebat. Sedangkan kami hanya kerikil,ikan bilis dan jari kelingkin yang tidak memberi apa-apa makna pun pada mereka. Tapi kami ada hati dan perasaan. Kenapa hati mereka kami perlu jaga,sedangkan hati kami mereka goreskan berkali-kali? Kami bukan ada apa-apa yang nak di dengkikan. Kami bukan siapa-siapa yang boleh menimbukan rasa cemburu mereka.

Sesetengah kami mungkin hanya membiarkan perkara itu. Biarkan angin lalu membawa luka hati kami pergi bersama hembusannya. Kami hanya mendoakan yang terbaik buat mereka. Semoga kesalahan mereka diampunkan Allah. Semoga Allah melimpahkan hidayah di hati mereka. Semoga mereka akan sedar apa yang mereka lakukan itu bukan sesuatu yang baik, mereka tersilap dan mereka akan membetulkan kesilapan. Kami tidak meminta mereka memohon kemaafan. Kerana kami bersedia memaafkan. Tapi itu hanya sebahagian dari kami.

Sesetengah kami pula sangat lantang suaranya. Sangat tajam kata-katanya. Sangat keras hatinya untuk memaafkan. Mereka tidak teragak-agak untuk menempelak. Mereka tidak berfikir dua kali untuk membalas tikaman. Mereka bukan orang yang mudah memaafkan. Mereka mungkin juga berdendam.

Jadi kami takut,andai satu hari nanti pendengki itu menerkam pendendam. Tidak dapat kami bayangkan. Harap-harapnya tidak meletuslah perang saudara. Semoga Allah memelihara mereka dan memberi mereka ketenangan jiwa.

“Kita ingin segalanya indah
Sebersih pasir pantai memutih
Seindah dan secerah pewarna
Berseri ukhwah dipupuk kasih.”

11 comments:

Dearie Pearls said...

Beginilah hidup kan Zah..
kekadang kita kena berdepan ngn mereka yang menjadikan dengki itu sebagai landasan hidup.

Bagi saya, hidup dlm dunia dengki2 nie, kegembiraan xkan ada. Hanya memikirkan yg negative and at da end, dengki itu akan makan diri.

Kita jauhi sikap dengki.
Semoga kita peroleh ketenangan dalam hidup ini..

Izzah said...

@LOL-Pearls
tu la..sangat tak faham dengan org yang suka berdengki nie..org tak salah apa2 tiba2 je kena tuduh..pastu buat muka tak tau je plak tu pas buat jahat ngan org..

org dengki ni mmg takde insuran..kalau kita,tak tenteram rasa bila org sakit hati ngan kita,tapi dorang relax jer..

KTS said...

dengki vs dendam??

dengki dan dendam tu dua2 pun tak elok...

tak patut ada yg menang pun...

ihihihihihi.... aku tak dengki... aku tak dendam... betuuulll

Dearie Pearls said...

Katakan TIDAK kepada DENGKI & DENDAM..

HIDUP BIAR INDAH..

hehati balik kampung k..
tatatititutu..

Tie said...

Izzah....kak tie dah masak dengan perangai orang yang suka dengki.Muka kak tie ni agaknya muka mangsa kot. Kak tie terlalu pendiam hingga orang kata sombong. Kak tie beli kabinet kasut, orang datang tengok, dan keesokkannya siap calling2 kak tie suruh tengok set sofa barunya....he he ..memang pelik laa...

Dari kak tie study dulu...sifat dengki tu macam dok mengekor je...sekarang ni dah kurang sebab kak tie tak keluar dan bercampur dgn orang. Itupun ada dengar2 (dari angin lalu) bunyi2 yang kurang enak...hu hu... Kita tak ganggu orang tapi napalah orang suka buat cerita dan cari pasal.... memang menyedihkan... Apa guna kita menyembah Allah tunggang tongek tiap hari, tapi mulut kita tak dijaga dengan baik...

Hati2lah Izzah... bila kita dihurungi oleh orang bersifat begini, kita dengan mudah dijangkiti penyakit hati yang lain....kak tie betul2 takut....kita punya anak dan suami. Apa yang kita buat lambat laun akan terpalit kepada mereka....Jauhilah golongan sebegini....insaf sangat2!

Izzah said...

@KTS
Amalan mulia di sukai orang....
Aku percaya ko tak berdengki dan berdendam...
Hidup jadi org baik lagi besh kan...

Izzah said...

@LOL_Pearls
SAYA SOKONG!!!!!

Izzah said...

@Kak Tie
Semoga Allah pelihara kita dan keturunan kita seluruhnya...
Orang bersifat dengki dan berdendam ni tak aman hidup mereka...

Kujie said...

dengki
dendam

semua bermula dari hati

Izzah said...

@Kujie
that's right kak..
ubat hati..baca quran,
ingat Allah selalu..

fazemy said...

Tp bila ada org dendam ngn kita..hati kita pun secara automatik akn berdendam dgn dia. kdg musuh mengatasi kawan dlm pemikiran kita hari2.