Saturday, April 4, 2009

Siapa kena jual???

Malam tadi saya balik kampung. Bertolak lepas maghrib. Saya sebenarnya sangat tak gemar memandu pada waktu malam kerana saya ada masalah silau. Selain faktor-faktor keselamatan yang agak merisaukan. Lebih-lebih lagi drive sendirian dari Tanjung Karang ke Sungai Buluh melalui jalan estet kelapa sawit yang gelap gulita tanpa ditemani lampu jalan di sepanjang perjalanan. Perlu pula menempuh jalan berliku-liku selepas kawasan perumahan Kota Putri yang agak menggerunkan. Seboleh-bolehnya saya akan elakkan untuk balik ke rumah mak pada waktu malam. Tapi saya tiada pilihan kerana petang Jumaat tu saya ada kelas mengaji al-Quran. Selalunya kelas akan berakhir paling awal pun pukul 6:45 petang.

Tapi saya geram betul dengan murid-murid kelas mengaji petang tadi,seorang pun tak datang. Ada seorang murid perempuan datang. Mulanya saya tak perasan itu anak murid saya sebab dia datang tak pakai tudung. Bila dia bagi salam,baru saya kenal suara dia (kebetulan saya di belakang rumah,nampak dia datang naik basikal,ingatkan anak jiran belakang rumah). “Aik,datang nak ngaji tak pakai tudung?” Tanya housemate saya kat budak tu. “Saya datang bukan nak ngaji lah ustazah,saya datang nak bayar yuran tuisyen je” amboi-amboi…selamba jer dia jawab. “eh..pakai tudung bukan masa ngaji je,keluar rumah kenalah pakai tudung..awak tu dah besar..”tegur kawan saya. Nak tau apa budak tu jawab? “ mak cakap tak payah pakai tudung, sekejap je..” ok lah di maafkan, dia pun belum akil baligh lagi..tapi sepatutnya dah dididik juga,sebab dah darjah 5 dah nak jadi anak dara dah. Berbalik pada cerita kelas mengaji tadi, kawan saya dengan nada pelik dan hairan bertanaya “eh!sapa cakap tak ngaji hari ni?” jawapan budak tu yang best nak dengar tu “ Ustazah Izzah cakap semalam,hari nie tak ngaji”….wah..sesuka dia jer jual nama saya,bila masa pulak saya cakap hari nie tak ngaji. Pandai auta betul la budak2 nie..pastu boleh pulak dia kabo kat sumer kawan2 dia hari nie tak ngaji. Jadi tak seorang pun budak2 ngaji yang datang petang tu..penat je dok tunggu sampai petang semata2 nak ajar ngaji..kalau tau pas zohor lagi dah balik umah..tak lah menempuh kegelapan malam. Nasib baik saya berniat baik…jadi redhakan je lah(kalau niat buat baik dapat pahala kan??). Tapi hari isnin ni kena lah budak yang mengauta tu…Ooooo..pandai dia jual nama saya yer…kalau mak dia tau,kena piat jugak telinga tu…

Saya akhiri cerita saya ini dengan serangkap pantun yang ditujukan khas buat anak2 murid kelas mengaji ku yang di kasihi:

“sorong papan,tarik papan,
Buah keranji atas perahu,
Suruh makan, korang makan,
Suruh mengaji korang tak tahu”

Hah! Tu lah..saper suh suka ponteng kelas mengaji..tau makan je la..ngaji tak tau..!memang nak kena sunat lagi sekali bebudak ni..

10 comments:

Tirana said...

Wahhh..boleh tahan ustazah Izzah ni..nak sunat anak orang sekali lagi ye..Karang tak pasal2 kena saman..hehehe...

izzah said...

@Tirana
a'ah kan kak..almaklumlah..zaman saman menyaman nie bahaya...
nak buat pe2 kena pk 4-8 kali..

LotsOfLove-Pearls said...

ayoooo..
kan cikgu dah berpantun tue..
wahai murid2ku..
jgn ponteng lagi k..
kang bersajak plak Ustazah Izzah..

'marah kena jual..'
senyum sokmo!

pusat said...

selalunya maklumat yg kabo kelas ngaji cancell ni memang laju je sampai kat telingan memasing...

bila ada maklumat yg kabo kelas ngaji ada gerenti ada yg tak sampai .... dema ckp takde org kabo.... ekekeke

nahmy said...

sabor dlm tegas je le ustazah. zaman ni mcm tu le yg selalu terjadi...semoga Allah sentiasa bersama kita lebih2 bila kita bantu agamaNya...wallahualam.

fazemy said...

Ahahaha...bdk2 zmn skrg menjawab pandai betul. Owh Izzah ajar mengaji yer. Bagusnya. Skrg ni payah nk dpt ustazah ngaji yg muda2. yg ada smua yg dh pencen je. Ustazah yg ajar saya mengaji dulu smpai skrg mengajar lg. Katanya bkn taknak benti dr mengajar, tp sbb ustzah dh pupus, mak bapak yg dtg merayu suruh dia ajar jugak. Sbb dh terbukti didikan dia bagus (tgk anak murid dia nilah..haha)...

Klw saya ada anak esok2..tak tahu dh nak hntr ngaji kat mana.

p/s: Saya darjah 5 dh pakai tudung dah..

izzah said...

@LOL-Pearls
aku tengah karang sajak la nie LOL..
ko nanti kan sajak aku yer..
hahahha

izzah said...

@nahmy
Sabar itu sebahagian daripada iman...

izzah said...

@fazemy
saya ajar ngaji nie pun sbb org minta tlg ajarkan anak2 dia..tak sampai hati nak tolak..lagipun skang nie mmg ramai budak tak ngaji..dan tak tahu mengaji..sedih...

p/s:saya pun dah pakai tudung..masa darjah 4..

LotsOfLove-Pearls said...

dah karang rupanya..
huhu..
ok jer..
aku tolong diklamasikan sajak ko di kalangan bloggers nie..
huhu..

kang hujan, ribut petir plak..