Friday, May 22, 2009

Help Me!!!Help Me!!!

Tolong…!!!!!!Tolong……!!!!!

Tension betul..mengapa perkara ini terjadi pada saya????

Oh kenapa dan mengapa????

Di waktu saya sedang berlapang2..punya masa yang cukup…

Untuk melayan my buah hati…

Kenapa ada yang cemburu???????


GERAM…GERAM…GERAM…


Dah dua hari perkara nie berlarutan…

Sakitnye hati….

Konfius betul..kenapa yerk…

Adakah cik acer saya kena demam jugak???

(laptop boleh kena serang virus N1H1 tak???huhuhuhu)

Atau mungkin ada virus lain telah menyerang cik acer???


Why??Why???Why???


Setiap kali saya nak masuk blog saya…

Setiap kali itu akan ada amaran dari En Microsoft ..

That’s why la saya nak reply comment pun payah yang amat…

Pastu automatically cik acer akan ter ‘mati’ dengan sendirinya..


Menyeramkannnnnnnssssssss…..


Atau mungkins ada penunggu di dalam blog ini…

Atau cik acer dirasuk hantu????

Argggghhhh…….


(post ini di buat dengan ehsan en.HP adikku@wanie)


Thursday, May 21, 2009

Siapakah kita?

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg mempunyai ilmu tetapi tidak mahu berkongsi dengan orang lain malahan tidak pula berniat menyampaikan ilmunya.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia.
Semoga kita selalu memberi manfaat kepada orang lain.

Wednesday, May 20, 2009

Terima undangan...




Tengahari tadi…

Saya dapat utusan….

Datang dari negeri sebelah…

Tengok pada cop di setem yang terpampang…




Dalam hati..dup..dap..dup..dap…

Minggu lepas..ada orang tu telefon…minta alamat..

Hari ini..perutusan itu ada atas meja saya….

Tak suka…tak suka…malas nak buka…

Tapi..gatal tangan…gunting dicapai….

Sampul dibuka…terpampanglah….


Kad undangan perkahwinan orang tu!!!

Sakit hati ker?????

Tak lah…

Rasa apa?

Tak tahu…tapi menyampah…

Eleh…biarlah dorang kahwin…

He is not a nice guy pun….

Ya..doakan sahaja bahagia untuk dia…

Allah mesti simpan permata berharga untuk saya…

insyaAllah…

Tuesday, May 19, 2009

Betul ker apa yang saya buat nie....

Cerita ahad lepas….

Seorang kawan datang menemui saya. Masa tu petang dah nak masuk ke senja. Tak berapa lama selepas tu azan maghrib berkumandang.

Mata dia merah…tanda2 orang baru lepas menangis. Dia nampak bersahaja..masih cuba bergelak ketawa. Tapi saya dapat mengagak lara di hatinya. Saya membiarkan dia terus cuba bergembira. Saya taknak bertanya apa2 kalau dia belum betul bersedia.

Malam itu selepas solat dan mengaji bersama-sama. Dia datang menghampiri. Wajahnya sudah tiada baying gembira. Dia hanya diam seribu bahasa. Muram diwajahnya menandakan mendung dihatinya semakin kelam. Takungan air mata menunjukkan hujan mungkin akan turun bila-bila masa sahaja.

“kenapa nie?dari tadi lain macam jer..ko nangis kan tadi?ko pergi mana sebenarnya tadi?” Saya mula bersuara. Sebab saya tahu… memang mengharapkan saya memulakan persoalan ini.

“pergi blind date…” jawabnya mendatar. Tapi sangat mengejutkan saya,kerana dia tak pernah bercerita yang dia ada berkawan dengan sesiapa.

“hah!yer ker..patut la comel jer masa nak kuar tadi…so..macamana?”saya cuba bersikap biasa.

“entahlah…kenapa Allah tak tunjukkan seorang yang baik untuk aku…aku tak mintak banyak pun…sekurang2nya akau harapkan orang yang boleh bimbing aku…kalaupun jodoh aku bukan dengan dia yang aku harap2 kan…aku selalu berdoa lelaki yang akan aku kenal selepas dia adalah orang yang akan lebih baik dari dia..atau mungkin punya kualiti 50% seperti yang aku harapkan…tapi aku hampa!” dia mula meluahkan rasa hatinya. Saya faham..sangat memahami…saya tahu apa mahu sahabat saya ini.. sebab kalau tanya saya pun..lelaki bagaimana yang saya harapkan..tentulah seorang lelaki yang terpelihara agamanya..yang boleh memimpin saya terus berjalan di jalan yang benar..

Saya kenal dengan lelaki yang pernah bertahta di hatinya. Memang seorang lelaki yang sangat baik…semua ciri2 lelaki baik ada pada si dia. Tetapi urusan jodoh itu urusan Allah. Kalau tidak tertulis jodoh mereka,sekuat manapun mereka mencuba dan berusaha tetap tidak membawa makna. Dia pasrah tentang suratan itu. Dia tak pernah menyesali putusnya kasih sayang antara mereka.

‘apa yang tak kena dengan mamat yang ko jumpa tadi?” Saya cuba mengorek pertemuan yang dilakukan di luar pengetahuan saya. “ dia…menghampakan…mula2 datang jumpa aku jer..dia pegang kotak rokok..bau rokok pun masih ada. Aku tak suka lelaki perokok. Aku pening bau rokok.”

“dia merokok depan ko ker?” saya masih bertanya. “Takde lah..tapi cuba ko fikir..dia first time nak jumpa aku…patutnya tunjukkanlah peribadi yang baik..aku nampak jer kotak rokok kat tangan dia terus aku down…hilang segala selera..hilang rasa”

Saya diam. Faham maksud yang ingin disampaikan. Saya pun akan rasa perkara yang sama sekiranya saya di tempatnya. Oh lelaki..kenapa selalu memandang enteng pada perkara2 begini.

“takpe lah..at least dapat makan free kan..”aku cuba memeriahkan suasana. “makan free tak la..minum free jer..ko tau tak???boleh mamat tu makan sorang2 tak jemput pun aku..sebal betul!! Dah la tu…boleh kira berapa patah perkataan yang dia cakap dengan aku..aku nak bercakap dengan dia pun susah..sebab dia dok pandang kiri kanan..entahlah..”sesi meluahkan perasaan masih berterusan. Tak sangka aku sebegitu sekali lelaki yang dijumpainya.

“dia segan kot” aku membuat andaian sendiri “dia ada massage ko lepas jumpa?” aku meneruskan penyiasatan.

“itulah masalahnya…aku punyalah berdoa mintak2 dia tak massage aku dan aku harap2 sangat dia tak suka dengan aku…malangnya dia asyk massage je lepas jumpa…aku nak buat macam mana nie????aku tak nak jadi jahat..jahat tak aku kalau aku tak nak layan dia..pastu aku tak leh terima dia…sebab aku memang tak boleh!!!” uishhh..berapi2 minah nie…

“sebelum jumpa korang feeling2 ker?” saya Tanya lagi… “aku nak feeling2????sorry skit..dia tanya aku nak kawan jer..aku pun masa cakap boleh kalau nak kawan..memang tak bermaksud lebih dari kawan…tapi aku risau..kalau dia harapkan lebih dari itu…macamana nie…” oh kawan ku…tentu pening sungguh kepala mu…

Akhirnya saya menyarankan kepada dia “kalau ko rasa memang tak boleh langsung terima dia…tinggal jer la..aku pun ngeri dengar cerita ko nie..tapi terpulanglah..”

Betul ker apa yang saya cakapkan nie..harap2 betul la kan.. nak kawin..nak hidup bersama selamanya..saya rasakan tentu dengan orang yang kita rasa selesa bersama..kalau rasa selesa pun kita tak boleh nak rasa..saya fikir tentu sukar nak bina bahagia. Entahlah….

Pintu Yang Sentiasa Terbuka

Hari ini semasa sedang mengajar al-Quran saya sampai pada satu ayat yang sangat menarik perhatian saya. Sememangnya ayat-ayat Allah itu indah dan sangat hebat. Apa yang terkandun di dalam kitab Kalamullah itu tak dapat disangkal lagi keindahan dan kehebatannya. Setiap kali membacanya akan ada nasihat, ingatan dan amaran kepada kita hambanya supaya sentiasa beringat, sentiasa mengikut ‘guideline’ yang telah Allah berikan selain bersyukur dengan segala kurniaannya dan menginsafi segala kekurangan dan keterlanjuran kita sebagai seorang hamba yang tidak pernah lari dari melakukan kekhilafan.

Maksud ayat 45 dalam surah al-Faatir:
“ Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyiksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang telah mereka kerjakan, tentulah Dia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (Dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Dia memberi tempoh kepada mereka sehingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tmpoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa melihat keadaan hamba-hambaNya”

Saya bertanya kepada murid saya “mengapa agaknya hukuman yang Allah berikan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan ataupun dosa sangat berat di akhirat nanti?”

“sebab manusia buat dosa besar!” jawab seorang murid lelaki.

“sebab Allah tak suka orang buat dosa!” jawab seorang murid lain.

“tahu tak apa balasan orang yang tinggalkan sembahyang?” saya bertanya lagi.

“hentak kepala dengan batu besar sampai pecah kepala dia!” jawab mereka hampir serentak.

“berat tak hukuman tu?boleh ke kita tanggung hukuman seberat itu masa kita di dunia ni?kita ambil batu besar. Kita hentakkan ke kepala kita sampai kepala kita pecah. Ada yang sanggup buat?”

“tak sanggup..nanti mati..”jawab beberapa orang murid.

Alhamdulillah..anak-anak ini masih ingat segala apa yang saya sampaikan. Lalu saya bertanya lagi.

“Ada sesiapa di dalam kelas ini tidak tahu hukum melakukan solat 5 waktu?”

Semua mereka senyap. Berpandangan sesama sendiri. Maknanya mereka semua tahu hukum solat 5 waktu adalah wajib. Dan kalau saya Tanya kepada seorang hamba Allah yang muslim tetapi masih lalai mengerjakan solatnya,saya sangat yakin dia juga tahu apa hukum solat 5 waktu itu. WAJIB. Lalu,apa yang menghalang mereka melakukan perkara yang wajib itu? Hanya mereka tahu apa jawapannya. Tentu sahaja alas an yang tidak boleh diterima akal akan mereka ucapkan.

Tahu kenapa hukuman Allah kepada pelaku2 dosa dan yang meninggalkan apa yang disuruhNya sangat berat? Senang sahaja jawapannya; kerana Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai penyampai risalah Allah dan baginda juga telah meninggalkan panduan yang kekal terpelihara iaitu al-Quran dan Sunnahnya. Ajaran Allah itu telahpun berkembang sampai ke seluruh pelusuk dunia. Walau di ceruk manapun al-Quran itu pasti sampai,walau di hujung dunia pun ajaran Allah itu berkumandang.

Allah telah memberi kita panduan hidup yang mana seandainya kita berpegang kepada panduan itu kita tidak akan terpesong sesat larat selama-lamanya. Panduan yang sebegitu sempurna untuk kita melaksanakan sebegitu banyak kebaikan dan mengamalkan segala amalanNya dan suruhanNya. Sekiranya kita tetap dengan apa yang kita pelajari dan willing untuk mencari ilmu Allah itu,pastinya kita selamat di dunia selamat di akhirat. Sejahtera di dunia,sejahtera jualah di akhirat.

Seandainya kita bersikap sombong terhadap ingatan Allah. Kita berpaling dari ajaran Allah. Sudah tentu balasan Allah itu sangat berat dan tak tertanggung dek badan. Kerana Allah telah mengingatkan. Kerana Allah selalu memberi pengajaran. Manusia sahaja yang lalai lupa dan berbangga diri dengan apa yang ada sedangkan semuanya milik Allah.

Adakah seorang muslim boleh dengan berbangga menyatakan dia tak tahu pun solat itu wajib?puasa di bulan ramadhan itu wajib? Zakat itu wajib? Ada ke????malu lah dengan diri sendiri sesungguhnya Allah sentiasa memeberi peluang pada kita untuk bertaubat. Selagi nyawa belum sampai ke kerongkong. Selagi matahari belum terbit dari barat. Pintu taubat sentiasa terbuka. Allah maha Pengampun dan maha Penyayang. Allah sangat sayangkan kita hambanya. Kerana itu dia sentiasa memaafkan kesalahan hambaNya walau sebesar manapun salah mereka.

Jangan rasa terlewat untuk menginsafi diri. Jangan rasa jauh dengan pengampunan Allah. Setiap hari, setiap detik waktu…Allah sentiasa menunggu hambaNya memohon keampunanNya. Dan pada setiap permohonan hambaNya itu pasti Allah mendengar dan menerimanya kerana Dia maha mendengar dengan kasih dan sayangNya. Wallahu a’lam.

Monday, May 18, 2009

Dua Minggu Lalu

Saya diserang demam panas tahap gaban panasnye. Sampaikan kawan-kawan saya semua risau. Tapi saya tak rasa sakit atau pening sangat kepala. Cuma badan saya rasa lemah jer. Dua minggu demam saya tak kebah2. Masuk minggu ke tiga baru badan mula beransur pulih. Kiranya sekarang nie saya baru jer baik dari demam yang teruk tu. Yang tak laratnya sepanjang tempoh demam tu saya perlu ke hospital setiap hari untuk di ambil sample darah dan urine. Setiap hari tau!sekarang nie pun lengan sebelah kiri saya bengkak kerana kecuaian seorang doktor pelatih yang tersalah cucuk jarum. Boleh plak bila dah tersalah cucuk dia korek2 jaram tu nak bagi keluar darah..sakit tau!pastu skang dah bengkak...masa dia nak ambil darah boleh plak kawan dia cakap "nice...ok..bagus.." dekat member yang mencucuk saya tu..padahal..dia telah pun tersalah cucuk...dan saya menahan kesakitan..saya malas nak banyak songeh..sebab tengah ramai pesakit masa tu.

Dan yang menjadi kemusykilan saya, sepanjang saya mendapat rawatan di hospital tu..doktor yang chek saya tak cakap apa2 pun tentang sakit saya. Dia tak cakap saya kena demam apa. Sedangkan masa tu suhu badan saya sangat tinggi dan timbul bintik2 merah seluruh badan,walaupun saya mengadu dan bertanya "doktor,ada bintik2 merah la kat badan saya (sambil saya menunjukkan tangan yang penuh dengan bintik2 merah tu) kenapa ya?" Jawapan doktor tu "awak pergi ke bilik 7 ambil darah yer" itu jer jawapan setiap hari. Bila result darah di tunjukkan kepada doktor dia buat sedikit catatan yang saya tak faham lepas tu dia akan cakap "esok datang lagi chek darah yer" macam tu jer la...sampai akhirnya saya rasa bosan dan malas nak pergi ke hospital lagi. Yang paling risau mak dan abah saya la.

Tapi alhamdulillah,saya dah sihat sekarang nie...rasa seronok sangat bila dah sihat. Sebab masa sakit,pergi sekolah pun rasa tak seronok sebab tak boleh nak berdiri lama2...kalau mengajar kena duduk jer. Bila budak buat perangai..kepala pinar2..nak marah tak boleh..sebab takut pressure lagi teruk pulak jadinye. Makan pun tak lalu,tapi paksa2 diri untuk makan sebab perlukan tenaga. Itulah..bila sakit baru ingat besarnya nikmat sihat tu..

Saturday, May 2, 2009

.::LiFe iS tRuE::.

wah...sebuk sangat kah saya???boleh tahan lah...tak suka!tak suka!tak suka!
tak suka hari yang bz dan membusykan.
..HUHUHU..
Saya ingin bercerita..saya ingin sekali meluahkan rasa..
tapi keterbatasan masa menghalang saya untuk menyampaikan setiap cerita dan rasa tu..
Akhirnya..cerita2 tu dah jadi basi..macam basinya nasi gorenag yang saya goreng untuk sarapan pagi semalam..dan hanya pagi tadi baru saya sempat buka semula tudung saji untuk mengemas semula semua makanan yang basi untuk menjadi habuan tong sampah...
Saya selalu merangka..merancang..dan berharap apa yang dirangka akan dapat terlaksana apa yang dirancang akan menjadi...
Tapi saya juga harus menerima hakikat...manusia memang selalu ada perancangan..tapi terlaksana atau tidak..bergantung kepada kehendak Allah s.w.t..
Walau apa pun yang terjadi..saya tetap gembira..
HAPPY HAPPY DAY...HAPPY HAPPY SMILE.. (><)