Hari ini semasa sedang mengajar al-Quran saya sampai pada satu ayat yang sangat menarik perhatian saya. Sememangnya ayat-ayat Allah itu indah dan sangat hebat. Apa yang terkandun di dalam kitab Kalamullah itu tak dapat disangkal lagi keindahan dan kehebatannya. Setiap kali membacanya akan ada nasihat, ingatan dan amaran kepada kita hambanya supaya sentiasa beringat, sentiasa mengikut ‘guideline’ yang telah Allah berikan selain bersyukur dengan segala kurniaannya dan menginsafi segala kekurangan dan keterlanjuran kita sebagai seorang hamba yang tidak pernah lari dari melakukan kekhilafan.
Maksud ayat 45 dalam surah al-Faatir:
“ Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyiksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang telah mereka kerjakan, tentulah Dia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (Dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Dia memberi tempoh kepada mereka sehingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tmpoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa melihat keadaan hamba-hambaNya”
Saya bertanya kepada murid saya “mengapa agaknya hukuman yang Allah berikan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan ataupun dosa sangat berat di akhirat nanti?”
“sebab manusia buat dosa besar!” jawab seorang murid lelaki.
“sebab Allah tak suka orang buat dosa!” jawab seorang murid lain.
“tahu tak apa balasan orang yang tinggalkan sembahyang?” saya bertanya lagi.
“hentak kepala dengan batu besar sampai pecah kepala dia!” jawab mereka hampir serentak.
“berat tak hukuman tu?boleh ke kita tanggung hukuman seberat itu masa kita di dunia ni?kita ambil batu besar. Kita hentakkan ke kepala kita sampai kepala kita pecah. Ada yang sanggup buat?”
“tak sanggup..nanti mati..”jawab beberapa orang murid.
Alhamdulillah..anak-anak ini masih ingat segala apa yang saya sampaikan. Lalu saya bertanya lagi.
“Ada sesiapa di dalam kelas ini tidak tahu hukum melakukan solat 5 waktu?”
Semua mereka senyap. Berpandangan sesama sendiri. Maknanya mereka semua tahu hukum solat 5 waktu adalah wajib. Dan kalau saya Tanya kepada seorang hamba Allah yang muslim tetapi masih lalai mengerjakan solatnya,saya sangat yakin dia juga tahu apa hukum solat 5 waktu itu. WAJIB. Lalu,apa yang menghalang mereka melakukan perkara yang wajib itu? Hanya mereka tahu apa jawapannya. Tentu sahaja alas an yang tidak boleh diterima akal akan mereka ucapkan.
Tahu kenapa hukuman Allah kepada pelaku2 dosa dan yang meninggalkan apa yang disuruhNya sangat berat? Senang sahaja jawapannya; kerana Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai penyampai risalah Allah dan baginda juga telah meninggalkan panduan yang kekal terpelihara iaitu al-Quran dan Sunnahnya. Ajaran Allah itu telahpun berkembang sampai ke seluruh pelusuk dunia. Walau di ceruk manapun al-Quran itu pasti sampai,walau di hujung dunia pun ajaran Allah itu berkumandang.
Allah telah memberi kita panduan hidup yang mana seandainya kita berpegang kepada panduan itu kita tidak akan terpesong sesat larat selama-lamanya. Panduan yang sebegitu sempurna untuk kita melaksanakan sebegitu banyak kebaikan dan mengamalkan segala amalanNya dan suruhanNya. Sekiranya kita tetap dengan apa yang kita pelajari dan willing untuk mencari ilmu Allah itu,pastinya kita selamat di dunia selamat di akhirat. Sejahtera di dunia,sejahtera jualah di akhirat.
Seandainya kita bersikap sombong terhadap ingatan Allah. Kita berpaling dari ajaran Allah. Sudah tentu balasan Allah itu sangat berat dan tak tertanggung dek badan. Kerana Allah telah mengingatkan. Kerana Allah selalu memberi pengajaran. Manusia sahaja yang lalai lupa dan berbangga diri dengan apa yang ada sedangkan semuanya milik Allah.
Adakah seorang muslim boleh dengan berbangga menyatakan dia tak tahu pun solat itu wajib?puasa di bulan ramadhan itu wajib? Zakat itu wajib? Ada ke????malu lah dengan diri sendiri sesungguhnya Allah sentiasa memeberi peluang pada kita untuk bertaubat. Selagi nyawa belum sampai ke kerongkong. Selagi matahari belum terbit dari barat. Pintu taubat sentiasa terbuka. Allah maha Pengampun dan maha Penyayang. Allah sangat sayangkan kita hambanya. Kerana itu dia sentiasa memaafkan kesalahan hambaNya walau sebesar manapun salah mereka.
Jangan rasa terlewat untuk menginsafi diri. Jangan rasa jauh dengan pengampunan Allah. Setiap hari, setiap detik waktu…Allah sentiasa menunggu hambaNya memohon keampunanNya. Dan pada setiap permohonan hambaNya itu pasti Allah mendengar dan menerimanya kerana Dia maha mendengar dengan kasih dan sayangNya. Wallahu a’lam.

2 comments:
Selagi kita berkesempatan, tunaikanlah apa yang WAJIB..
Thanks for sharin dear..
meaninful..
Gud day!
@LOL-Pearls
Yer..apa yang wajib ke atas diri kita..
wajiblah kita laksanakan..
Gud day to you too..
Post a Comment