Apa yang menggembirakan tentang sebuah kehidupan adalah apabila kita di kelilingi oleh orang-orang yang disayangi dan menyanyangi diri kita seadanya kita. Bersama-sama memaknakan perjalanan hari dengan gembira walaupun dikala itu kita tersandung,terjatuh dan kadang kala tersembam ke bumi,tetapi mereka yang mengelilingi kita akan menghulurkan tangan, menyambut kita, memapah sehingga kita akan rasa selesa semula.
Indahnya hidup ini bila ada insan-insan yang akan sentiasa disisi menemani. Mereka bukan sekadar teman, tapi mereka juga pembimbing, pemberi semangat dan perangsang, penghibur duka lara dan kawan untuk ketawa. Lengkap rasanya bila mereka ada.
Kerana itu fitrah manusia, hidupnya perlu di kelilingi oleh manusia lain. Hidupnya tidak sempurna bila dia sendirian, kosong, sepi dan tidak bermakna.
Manusia yang mencipta sejarah,tidak mungkin bersendirian menciptanya. Manusia memiliki kenangan, mustahil juga dia bersendirian di dalam kenangannya. Manusia merancang masa depan, pasti membayangkan insan-insan yang akan hadir dalam perancangannya.
Manusia selalu saling memerlukan. Bagaikan aur dengan tebing. Bagaikan air yang mengalir. Indah hidup ini bila kita memberi bahagia kepada insan yang memaknakan hidup kita. Memberi dengan hati yang ikhlas pasti kita akan sentiasa gembira.
Salam kasih sayang buat semua!

2 comments:
salam sayang juga dr LOL utk Izzah..
happy ok..
do good and throw it in sea...
~berbuat baik tanpa mengharapkan balasan~
salam kasih diterima :D
Post a Comment