Wednesday, June 3, 2009

Mr. Right vs Mr. Perfect

Kepada girls yang sedang mencari,tentu ada kateria tertentu yang anda gariskan untuk menjadi mr. Right kan? Saya tiba-tiba terfikirkannya apabila anak buah saya yang berusia 6 tahun mula bersoal jawab tentang lelaki baik kepada saya antara soalan dia adalah:-
  • 1) Kalau lelaki yang tak merokok tu baik kan? tapi kalau dia merokok dia tak baik...merokok tu kan tak baik...
  • 2)Pakcik *** selalu pergi surau. Mesti dia rajin sembahyang kan...Allah suka orang yang rajin sembahyang..kakak pun suka. Macam atuk...
  • 3) Kita tak boleh tipu kan...kadang2 kakak tengok orang suka berlakon jadi baik...tapi bila dia kat tempat lain dia jadi tak baik...mana boleh macam tu kan..
Huhuhu...tengok,kanak-kanak pun pandai menilai which one is good and bad. Jadi saya membuat konklusi perempuan sebenarnya telah menyimpan atau menyenaraikan sifat2 peribadi tertentu terhadap lelaki untuk menjadi lelaki pilihannya. Dan tentulah yang baik-baik semuanya. Cuma bagaimana untuk bertemu dengan lelaki baik itu yang perlu difikirkan caranya.

Saya ada membaca buku 'Trevalog Dakwah:Meniti Hari Esok' karya penulis best-seller yang terkenal Prof. Mohd Kamil Ibrahim. Dah lama saya baca buku ini,dan saya masih sangat takjub dengan peribadi yang ada pada penulis ini. Bagaimana dia perusaha sedaya upaya untuk menjadi hamba Allah yang di rahmati dan menjadi muslim yang sempurna. Dia bermula dengan seorang yang biasa-biasa kemudian diberi hidayah kepada Allah dan dia berusaha mengekalkan hidayah itu dalam seluruh hidupnya. Betapa berbarakahnya hidupnya. Apa yang penting dia berusaha untuk memperbaiki diri dan istiqamah dengan jalan yang dipilihnya. Saya sangat mencemburui sifat2nya itu. Betapa kerdilnya saya bila membaca tulisan beliau.

Dia ada bercerita kisah di bulan ramadhan,apabila dia menjemput seorang ustaz tahfiz untuk sama2 berdamping dengan beliau untuk menghidupkan malam2 ramadhan,malangnya ustaz itu tewas untuk istiqamah menghidupkan malam2 barakah itu,untuk mencari malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Namun beliau cekalkan hati untuk terus bertahan dan melalui malam2 seterusnya dengan hati yang tenang.

Saya berjumpa banyak watak seperti ustaz itu. Dan saya juga satu daripadanya. Saya telah lama dalam bidang pengajian Islam,tapi saya masih lagi tidak sekuat Prof. Mohd Kamil. Saya sangat mengaguminya. Alangkah baiknya jika saya boleh seistiqamah dia. Bukan tidak boleh,yang penting niat dan hati. Seandainya ada kemahuan, carilah jalan yang sebaiknya untuk menjadi baik.

Dan...mengapa saya bercerita tentang peribadi yang dikagumi ini?? Kerana saya rasa sangat susah mencari kualiti lelaki sepertinya. Rasanya 1 dalam sejuta. Kerana dalam ramai2 lelaki yang saya temui,saya belum pernah jumpa yang benar-benar boleh menawan dan menyebabkab saya tertegun dengan peribadi mereka. Sukarnya mencari Mr. Right yang perfect.

Bukanlah bermakna saya inginkan kesempurnaan,kerana saya sangat sedar setiap manusia ada kekurangan. Jarang sangat saya jumpa lelaki bujang,muda,berkeupayaan dan cukup sifatnya rajin mengimarahkan masjid dan surau. Jarang-jarang juga saya lihat lelaki yang istiqamah membaca al-Quran setiap malam. Selalu saya jumpa lelaki yang mencari perempuan yang baik...dengan harapan boleh menjadikan mereka baik...sadisnya. Selalu saya jumpa lelaki yang mencari perempuan yang baik pekerjaannya dengan harapan kewangan mereka akan stabil..sedih sungguh. Selalu juga saya bertemu dengan lelaki sambil lewa hidupnya tetapi mencari perempuan yang sangat stabil dengan harapan perempuan itu akan menstabilkan kehidupannya nanti..betulkah begitu caranya?

Saya bukan prejudis...tapi saya rasa itulah hakikat hari ini...bukan semua lelaki tidak baik, kerana saya percaya masih ada lelaki baik di dunia ini. Permata berharga memang sukar dicari.

8 comments:

KTS said...

aku pun mencari mr right yg perfect... tu yg tak jumpa2 smpi skrg..

dan aku dpt buat kesimpulan, no body perfect..
kena terima hakikat tu..
kita perlu saling lengkap melengkapi utk dptkan kesempurnaan tu..

.
.
.

oh bilalalala??

carikan aku seorang, boleh?? hikkksss

Jie said...

dalam sibuk2 mencari, jangan lupa untuk menjadi ' sekian-sekian' supaya diri kita juga termasuk dlm list 'orang yang mencari' itu juga.

ayat..entah faham tataulah

Dearie Pearls said...

..Mr. Right susah nak cari coz Ms. Right pown dah semakin pupus..

Izzah said...

@KTS
that's why la...
hehhe
yup..nobody perfect...
termasuk penulis nih..
huuhuhuhhuhu

Izzah said...

@jie
betul tu..
nak yang baik2..
kena jadikan diri kita baik dulu..

ayat tu..saya cuba faham2kan...hehehe

Izzah said...

@LOL
mr&mrs smith ada la..
berlambak2..
hahaha

~Cinta Cukulet~ said...

kalau tak jumpa permata, ambik batu pastu kita gilap biar berkilat berkilau, ok tak? hehehee

Izzah said...

@CC
pandai cik cc..
tapi nak kena pilih batu special..
baru leh jadik permata...
hehehe