Tuesday, June 2, 2009

Duhai Wanita

Teriak suaramu memecah pagi
Suasana hening yang tenang terus bertukar tegang.

Duhai wanita...
Mengapa terlalu nyaring engkau berkata-kata???
Bukankah Luqmanul Hakim pernah berpesan..

Suaramu perlu kau jaga...


Hilang pudar cantik ayumu..

Manismu menjadi cuka..

Tingkahmu sungguh mengundang nestapa..

Duhai wanita...

Bukankah sering dikata..

Sopan santun itu perhiasan paling berharga???

Mengapa tegar engkau mencalarkannya??


Duhai wanita...
Bukankah malu itu perlu kau jaga..?
Mengapa engkau dengan megah mencaci menghina..

Niat baik mereka tidak pernah kau cuba mentelah..

Kau hanya terus lantang bersuara..

Bukankah lebih baik andai eangkau bertanya..

Bermusyawarah seperti sabda Nabi kita..

Tak mungkin aku akan berada di tempatmu...

Bila engkau telah meletakkan maruah wanita di bawah sepatu mu..


Duhai wanita...

Dayus sungguh lelaki di sisimu..

Tegak berdiri tanpa bicara..

Walau dia tahu kebenarannya..

Adakah engkau berbangga wahai wanita..

Bila dia takut..tunduk..hanya mengikut kata???

Sungguh...kesalnnya..

Sungguh...

8 comments:

Jie said...

bercakap bila perlu...kan.

ku tak sempurna said...

wanita mana ni??
wanita pertama?? kedua?? ketiga??
hik hik hik..


aku menten merendah suara... ahaksss... masuk bakul angkat sendiri.. hik hik hik

LotsOfLove-Pearls said...

adei...
kena control pas nie.
hehe...

nahmy said...

wlupun tak semestinya...tp gitule selalunya. disebalik garang wanita terkeliput lelaki dayus...wallahualam.

izzah said...

@Jie
kak jie..kata2 di atas ddk3rd tuk someone yang.....erm..tak terkata..

izzah said...

@KTS
ukuhssss..
aku tersedak membaca komen ko nie..
uhuksss...
wahai wanita ayu...
uhukkksss...

izzah said...

@LOL
hang memang ayu kan...
macam penari tarian kadazan tu..
ayu jer aku tengok...
hehehhe...

izzah said...

@nahmy
ya..betul..sedih betul menengoknye...