Thursday, August 6, 2009

A Real Love Story

Mungkin kita terlalu biasa dihidangkan dengan kisah-kisah cinta “Romeo n Juliet”, ‘Laila Majnun” “Uda dan Dara” dan macam2 lagi cerita pengorbanan manusia semata-mata kerana cinta yang terlalu mendalam kepada pasangan mereka. Sehingga mengambil tindakan yang tidak rasional akibat mabuk dengan penangan cinta.

Saya bukan ingin mengkritik karya cinta mereka. Sekurang-kurangnya kisah-kisah sebegitu kita jadikan ia sebagai sempadan hidup kita. Jangan sampai kita terjerumus ke sempadan itu.

Sebenarnya banyak juga kisah cinta yang kita boleh jadikan teladan. Seperti kisah cinta Ali bin Abi Talib dengan anakanda kesayangan Rasulullah s.a.w Fatimah az-Zahrah r.a. yang pada pendapat saya kisah cinta yang sangat comel. Kenapa comel?? Kerana permulaan mereka suka sama suka…tapi malu untuk memula bicara. Fatimah pernah disunting oleh ramai di kalangan sahabat2 Rasulullah,sebelum Ali melamar.

Di ceritakan sebab Rasulullah menolak lamaran sahabat2 untuk anakanda kesayangannya adalah semata-mata kerana menunggu pinangan dari Ali. Baginda sememangnya mahu Ali menjadi suami kepada Fatimah. Kedua-dua mereka adalah insan kesayangan baginda. Rasulullah telah membesarkan mereka bersama-sama dan sangat mengenali perwatakan masing-masing.

Akhirnya selepas sekian lama menanti. Rasulullah telah menggesa Abu Bakar as-Siddiq untuk menggerakkan Ali agar meminang Fatimah. Ali dengan rendah hati menemui Rasulullah dan menyatakan hasrat hatinya. Pinangannya diterima dengan senang hati oleh Rasulullah dan mekarlah hati Fatimah kerana jejaka idamannya bakal menjadi suaminya. Dengan mas kahwin sebanyak 400 dirham hasil jualan baju besi Ali,maka perkahwinan antara kedua insan mulia kesayangan Rasulullah ini berlangsung dengan sederhana tetapi meriah.

Jodoh itu kalau Allah telah takdirkan,tak akan kemana. Ali menyintai Fatimah begitu juga sebaliknya. Mereka tidak pernah menyatakan rasa hati. Hanya memendam rasa. Mujur juga,Rasulullah menahami isi hati keduanya. Mereka adalah pasangan yang telah disuratkan oleh Allah untuk hidup bersama. Walaupun pada awalnya sangat sukar Ali untuk menyatakan perasaannya terhadap puteri Rasulullah tetapi kerana takdirnya akhirnya mereka bersatu jua.

3 comments:

fahana_ann said...

salam ziarah dan saya link ek blog ni..dapat dari blog fazemy..comel?em, baru prtama kali dengar kisah cinta mrka kisah cinta comel..tapi memang comel pun..hehhe..betul2..be coll tapi tetap dalam doa' mudahan yang terbaik kelak dan diredhai..amin

Izzah said...

@fahana_ann

terima kasih sudi datang ziarah..
heehhee..saya rasa mereka pasangan yang comel..saling melengkapi..

fazemy said...

Ku mahu tp ku malu. hehe. tringt kisah cinta dgn husband dulu. cenggini la jugak. malu2 tucen(^_^)