Teringat zaman masa saya khatam al-Quran bila menguruskan program khatam al-Quran di sekolah semalam. Sebenarnya ia adalah rentetan daripada program tadarus yang dijalankan sepanjang Ramadhan lepas. Kalau zaman saya khatam al-Quran dulu, majlis saya sangat simple. Tak ada la berzanji macam sesetengah orang buat (mungkin sebahagian besar anda juga) atau buat majlis khatam ketika makcik2 kahwin. Apa yang mak saya buat cuma pulut kuning dan rendang daging yang saya bawa ke rumah tok yang mengajar saya mengaji, kemudiannya tok akan hidangkan kepada semua kawan2 saya yang mengaji bersama2 di rumah tok. Makanan yang tidak berapa banyak itu di kongsi bersama2 dan mencukupi untuk setiap orang. Majlis itu selalunya di buat pada waktu malam. Masa tu pun dah rasa seronok sangat. Walaupun sangat simple dan sederhana tapi perasaannya sangat besar. Itu menjadi kelaziman di kawasan tempat tinggal saya. Hidup dalam keluarga yang sederhana itu sebenarnya memang membahagiakan. Walaupun serba serbinya sederhana,tapi rasa puas tetap ada.
Semalam, majlis khatam al-Quran yang dijalankan sangat meriah. Murid2 semua berbaju baru cantik macam nak buat sambutan hari raya pulak. Ada dua sesi khatam al-Quran, sesi pertama untuk murid lelaki, di ikuti sesi untuk murid perempuan. Mereka di arak dengan bunga manggar dan paluan kompang, siap ada bunga pahar lagi. Tujuannya untuk memeriahkan suasana dan menimbulkan rasa seronok murid2 ini menyertai program adat melayu islam sebegini. Selepas selesai majlis, setiap murid yang meyertai program diberi ganjaran berupa sebuah buku,bunga telur, coklat dan duit raya. Memang berbaloi lah..tapi yang menyebabkan saya sedikit terkilan dengan murid2 ini ialah mereka tidak tahu menghargai pemberian. Bunga teur yang diberi bertaburan di dalam dewan, itu baru bunga telur...belum kira lagi telur rebus yang bergolek sana sini dan ada juga yang meninggalkan buku yang di beri merata-rata. Duit raya pandai pulak dorang simpan...tapi yang lain2 tu dorang dah tak pandang.
Itu antara resam budak sekarang. Kurang sangat kesedaran diri untuk menghargai pemberian orang. Kadang-kala bukan setakan pemberian, pengorbanan orang lain pada mereka pun mereka tak pandang. Takut2 sikap tidak pandai menghargai nilai2 sentimental ini akan menyebabkan mereka kurang peka kepada perasaan orang lain dan akhirnya untuk melukakan hati insan2 disekeliling mereka akan menjadi lumrah juga. Di mana silapnya? mungkinkah kerana mereka telalu terdedah dengan meterial menjadikan mereka terabai untuk menilai yang sentimental. Itu perkara yang perlu difikirkan supaya sikap sebegini tidak menebak ke sanubari anak-anak kita nanti.