Wednesday, September 2, 2009

"Cik Ijah hari nie Iqa puasa..."

Cerita petang semalam. Semasa saya sedang sibuk di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa. henpon saya berbunyi, dalam hati berkira-kira "saper plak tepon petang2 camnie". Saya tengok nama pada skrin telepon,tertera nama 'Abahmak'.
"cik Ijah...hari ie Iqa puasa...semalam pun Iqa puasa...Iqa buka bila dah azan maghrib"

tanpa salam dan pamitan..sikecil itu bersuara...bersemangat dia nak bagitau yang dia berpuasa...saya tersenyum..nak gelak pun ada..tapi kena jaga hati budak kecik nie..
"oh..yer ker...seronokkan puasa...nanti Cik Ijah belikan baju baru untuk Iqa yer..."

hahahha..itulah janji saya pada si kecil tu..kalau dia dapat puasa sehari penuh..saya akan belikan dia baju.

Ceritanya, minggu lepas masa cuti sekolah...selama seminggu di rumah saya nak sangat mengajar Iqa puasa penuh..dapat sehari pun jadilah...nak dia rasa seronoknya berpuasa. Tapi dia nie tak tahan godaan, nampak adik dia yang baru 2 tahun makan, dia pun nak makan. Bila azan zohor jer dia buka.

Dia dah tadika, jadi saya nak biasakan dia dengan ibadah puasa supaya tahun depan dia akan lebih bersedia. Fikir punya fikir macam mana nak pancing dia untuk berpuasa, jadi saya pun terfikir satu plan...baikkkk punya.

Satu hari saya keluar ke bandar. Dia sebuk nak ikut...saya tak bagi ikut, saya cakap kat dia
"Cik Ijah tak kawan dengan orang tak puasa...orang tak puasa tak leh ikut"

tegas jer bunyi saya bercakap. Lepas tu saya terus keluar. Start kereta terus pergi tinggalkan dia di tepi grill rumah.

Baliknya saya belikan baju untuk adik-adik dia sorang sehelai (dia ada dua orang adik..yang 2 tahun tu pompuan dan baby 8 bulan lelaki). Saya pun tayang2 baju tu depan dia bagi kat adik2 dia... "orang tak puasa tak dapat baju baru...." saya cakap kat dia camtu...huhuhu..jahat tak saya????


Pastu dia duduk sebelah nenek dia (mak saya) pegang siku sambil menangis.... "Iqa nak baju baru...ummie Iqa nanti belikan Iqa baju baru...." memang dia sedih sangat la tu..sebab saya memang rajin belikan dia baju. Mak saya pun tanya dengan berbisik "betul ker takde baju dia".


"takde..orang sajer jer..nak suruh dia puasa.."

Hahahha...itulah ceritanya..dan akhirnya plan dan usaha saya berjaya..sejak hari isnin lepas sehinggalah entry ini ditaip...alhamdulillah..dia berjaya menyempurnakan ibadah puasa dia..dan hari sabtu nie,saya dah janji dengan dia nak bawa pergi shopping kat PKNS Shah Alam..cari baju baru merangkap baju raya..hadiah puasa.


"Iqa dah puasa..peace.."



Melentur buluh biarlah dari rebungnya.






8 comments:

Razak said...

Tahniah dpt mendidik iqa berpuasa, nanti bagitahu dia hadiah dari Allah lagi besar...

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Izzah,
waah..
memang semangat melentur ar berjaya juga.

tahniah kerana cara Izzah berkesan..

mmm.. ku respek kamu..

izzah said...

@Razak
nak ajar budak umo 6 tahun kena tunjuk benda yang nampak dulu..

pahala tu selit2 jugak..lagipun dia sekolah kat pasti..kalau cakap pasal dosa pahala..agak pandai jugak dia nie...

izzah said...

@LOL
huhuhu..
tu lah..berjaya juga strategiku ini...
kena biasakan dari kecik supaya dah besar senang....

fazemy said...

Hehe...tringt time kecik2 dulu puasa. Rasa darjah 2 baru dpt puasa. Tu pun tak ckp sebulan rasanya. Sehari singgit. haha.

~wAniE~ said...

semalam org balik keje..terus dtg jumpe org..

"cik wanie iqa puase.."

tp puase die isap jari jugak..
hahahhaha..

n after buka. she say.. "bes la pose, besok iqa nk pose lagi la.."

izzah said...

@Fazemy
tu la namanya puasa kanak-kanak..puase yang yok...
budak2 mmg suka kalau di beri ganjaran kan..jadi nak tak nak..kena jugak tunjukkan ganjaran.

maza said...

lah! kebetulan hari sabtu (5/9) maza pun kat PKNS Shah Alam.. shopping baju utk org kat London punya huhuhu (bapa sedara punya - dia pesan)

tapi tak nampak pun izzah? hmm