Sunday, December 13, 2009

Teman Teristimewa

teman...
bila rasa ingin menangis..hubungilah aku..
bukan aku nak suruh kau berhenti menangis...
tapi mungkin aku boleh menangis bersamamu...

teman...
jika terasa tiba2 nak melarikan diri...jauh dari masalah...hubungilah
aku...aku takkan suruh kau berhenti..tapi..mungkin aku akan berlari
bersama kau agar masalah kau boleh selesai...

teman..
jika tiba2 kau ditinggalkan kekasih
kau..beritahulah aku..aku tidak akan memaki
hamun x-makwe/x-pakwe kau..
tapi..aku akan cuba buat kau
cintai diri kau sendiri...

teman..
jika kau kecewa keluargamu tak
bahagia..beritahulah aku..aku takkan buat kau
benci kepada ibu bapa kau..tapi..terimalah segala
ketentuan Allah...

teman..
jika kau kecewa dengan perkahwinan kau suatu
hari nanti...ceritalah pada aku..aku takkan sebut
nama perempuan/lelaki itu...
tetapi..
cubalah jadi lelaki /wanita
yang lebih soleh/solehah...

tetapi teman...
jika suatu hari aku berdiam diri..
aku tidak membalas messagemu..
aku tidak angkat panggilan darimu...
hubungilah aku segera...
sebab waktu itu aku..
aku perlukan kau...
untuk mendoakan kesejahteraan aku..

sumber:
inbox email saya...



extra:


to all my blogger friends...this is for u guys..



Friday, December 11, 2009

Bila waktu Berlalu

Sejak beberapa waktu,saya sering berfikir tentang berlalunya masa yang terasa begitu cepatnya. Seakan sekelipan mata,segalanya berlalu. Setahun itu bagaikan terlalu singkat. Saya tidak merasakan berbaloinya masa itu pergi,kerana terasa saya seperti telah mensia-siakan masa yang diberi Allah kepada saya.

Ya,Allah telah memberi waktu sama banyak kepada semua makhklukNya samada manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan selainnya. Allah menciptakan siang dengan waktunya dan malam dengan waktunya. Allah menyiapkan setiap detik tidak pernah kurang untuk semua makhluk. Terpulang pada mereka untuk menjadikan masa itu sebagai satu medan yang sangat berharga ataupun sekadar mensia-siakannya.

24 jam yang diberiNya digunakan siang untuk bekerja semahunya seakan kita boleh hidup selama-lamanya, dan dijadikan malam untuk kita berehat dan beribadah kepadaNya seakan esok tiada lagi. Namun sejauh mana kita memanfaatkan masa yang berlalu,hanya kita yang mampu menilainya.

Alangkah beruntungnya bagi mereka yang telah memanfaatkan waktu yang diberi untuk mendekatkan diri kepada Sang Pencipta namun tidak pula meninggalkan dunianya. Sesungguhnya dia akan mendapat manfaat di dunia mahupun di akhirat. Sebaliknya,alangkah malangnya mereka-mereka yang mengejar-ngejar dunianya untuk menghirup nikmat yang sementara sedangkan mereka melupakan Allah Yang Maha Esa.

Saya melihat pada diri saya, masih banyak perkara yang perlu diperbaiki. Berfikir untuk berubah tetapi tidak bertindak untuk berubah adalah sesuatu yang paling merugikan. Sesungguhnya, untuk melakukan kebaikan itu ada berjuta halangan,keutamaannya adalah semangat dan kekuatan hati. Begitu juga kata pujangga hendak seribu daya,tak nak seribu dalih, siapa berusaha dia akan berjaya, siapa menanam dia akan menuai hasilnya.

Semoga saja Allah akan terus merahmati kita,menguatkan hati-hati kita untuk terus berpegang pada jalanNya dan terus berpegang dengan taliNya serta memelihara iman di hati-hati kita. Senjata kita adalah doa yang penuh pengharapan kepadaNya,semoga Dia mengabulkannya.

Thursday, December 10, 2009

Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Tuesday, December 8, 2009

Kisah Si Buta dan Sudu

Cerita ala-ala lawak antarabangsa dari koleksi mail box saya..untuk release tension..boleh la layan citer nih yer....

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Abu, pemilik restoran itu yang juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya.Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.

Abu mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata,"Saya pesan ikan paus dan sayur masak asam bang"

Dengan agak terperanjat Abu mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut.

Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai untuk makan ikan paus dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya. Abu memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata, "Bau sudu yang ini sedap juga,seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan."

"Dasat juga mat ni", bisik Abu dalam hati. Abu mengiyakan sambil merenung lubang hidung si buta.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian.Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu.Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Abu muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak di dapur.

Diberikannya satu sudu dan berkata, "Leha, kamu usapkan sudu ini di ketiak kamu"

"Apa-apa lah abang ni ?" tanya Leha tak faham.

"Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Abu setengah memaksa. Leha,tanpa confident, mengusapkan sudu tersebut di ketiaknya dan menyerahkan kembali kepada Abu. Dibawanya sudu tersebut kepada lelaki buta yang duduk menunggu.

Lelaki buta itupun menghidu sudu itu,dengan mengerutkan keningnya,lelaki buta tersebut berkata, "Sungguh tak ku sangka menyangka makwe lamaku Leha bekerja disini...... boleh aku jumpa dia kejab tak!!!!!!!!!?????"

saya: hahahaha...ketawa..guling2 dah atas katil..macam nih punya orang pun ada ker????

Monday, December 7, 2009

"kalau sampai Ipoh..."

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan,si anak ini tidak berhenti-henti bertanya. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.."Sudah sampai Ipoh ke belum?"


Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la..Belum sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belum! Tidur aja la!Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. mesti pakcik dikejutkan..!"


Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehinggalah bas sudah sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.


Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu dia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak!Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun pun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan..."Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan."Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni"


Morale of the story:


Jangan lupakan anak kecil di sekeliling anda..mereka selalu kelaparan...ngeee :)




Wednesday, December 2, 2009

Lelaki Sejati

Kisah ini terjadi pada zaman Khalifah Umar bin al-khattab Radhiyallahu 'Anhu. Ada seorang pemuda kaya, hendak pergi ke Makkah bagi melaksanakan ibadah umrah. Dia mempersiapkan segala bekalannya,termasuk unta yang akan digunakan sebagai kenderaan. Setelah semua dirasanya cukup siap, dia pun memulakan perjalanan.

Di tengah perjalanan, dia menemui suatu tempat yang ditumbuhi rumput hijau dan segar. Dia berhenti berehat seketika. Pemuda itu duduk di bawah pokok dan akhirnya dia terlelap dan tidur dengan nyenyak sekali.

Ketika dia tidur, tali untanya terlepas, menyebabkan unta itu pergi ke sana ke mari. Akhirnya unta itu masuk ke kebun berhampiran. Unta itu memakan tanam-tanaman dan buah-buahan di dalam kebun itu. Dia juga merosakkan segala yang ada di situ.

Penjaga kebun itu adalah seorang yang sudah tua. Orang tua itu berusaha mengusir unta itu. Namun, dia tidak mampu. Kerana risau unta itu akan merosakkan semua kebunnya, lalu dia membunuh unta itu.

Ketika bangun, pemuda itu mencari untanya. Ternyata, dia mendapati unta itu telah mati dengan leher dikelar di dalam sebuah kebun berhampiran. Pada saat itu, orang tua itu datang, lantas pemuda itu bertanya "siapakah yang membunuh unta ini?"

Orang tua itu menceritakan apa yang telah terjadi keatas kebunnya dan kerana khuatir kebunnya akan musnah semuanya dia telah bertindak membunuh unta tersebut.

Mendengarkan cerita dan pengakuan dari orang tua itu, si pemuda terus naik marah sehingga tidak terkawal kemarahannya. Serta-merta dia memukul orang tua itu sehingga orang tua itu tidak sedarkan diri dan telah meninggal dunia., pemuda itu terkejut,dan menyesal atas apa yang dilakukannya.

Ketika itu, datanglah dua orang anak orang tua tadi. setelah mengetahui ayah mereka sudah meninggal dunia kerana dipukul oleh pemuda itu, lalu mereka menangkap pemuda itu dan menyerahkannya kepada Amirul Mukminin, Khalifah Umar al-Khattab r.a. Mereka menuntut untuk melaksanakan hukiuman qisas.

Saidina Umar r.a bertanya kepada pemuda itu, dan pemuda itu mengaku perbuatannya serta benar-benar menyesal atas apa yang berlaku. Lalu Amirul Mukminin memutuskan "Aku tiada pilihan lain kecuali melaksanakan hukuman Allah.

Pemuda itu meminta agar dia diberi waktu selama dua hari untuk pulang ke kampung halamannya agar dia dapat membayar segala hutang piutangnya.

Umar al-Khattab berkata "hadirkan kepadaku orang yang menjamin bahawa, kau akan kembali lagi ke sini. Jika kau tidak kembali orang itu yang akan di qisaskan sebagai ganti dirimu."

"aku orang asing di negeri ini, aku tidak dapat mendatangkan seorang penjamin" jawab pemuda itu. Abu Zar r.a yang ketika itu hadir di situ berkata "wahai Amirul Mukminin, ini kepalaku...aku akan serahkan kepadamu sekiranya lelaki ini tidak hadir selepas dua hari"

Dengan terkejut Umar al-Khattab berkata "Apakah kau yang akan menjadi penjaminnya wahai sahabat Rasulullah?" ."Benar" jawab Abu Zar.

Pada hari yang telah ditetepkan untuk melaksanakan hukuman, orang ramai menanti kedatangan pemuda itu. Sangat mengejutkan! dari jauh, mereka melihat pemuda itu datang dengan memacu kudanya. Orang ramai memandangnya dengan rasa takjub.

"Mengapa engkau datang ke sini anak muda?padahal kau dapat menyelamatkan diri daripada maut" Umar bertanya kepada pemuda itu.

"Wahai Amirul Mukminin, aku datang ke sini agar orang lain tidak akan berkata - tidak ada lagi orang yang akan menepati janji di kalangan umat Islam, dan tidak ada lagi lelaki sejati yang berani bertanggungjawab atas perbuatannya di kalangan umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam."jawab pemuda itu.

Lalu, Umar menghampiri Abu Zar "Dan,kau Abu Zar,bagaiman kau berani menjamin pemuda ini, padahal kau tidak mengenalinya?"

Abu Zar menjawab"Aku lakukan ini agar,orang lain tidak akan mengatakan bahawa tidak ada lagi lelaki sejati yang sedia berkoban untuk saudara seimannyan dalam umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam".

Mendengarkan semua itu, kedua anak orang tua yang terbunuh itu berkata "sekarang,tiba giliran kami, wahai Amirul Mukminin. Kami bersaksi di hadapanmu bahawa pemuda ini telah kami maafkan, dan kami tidak meminta apa-apapun daripadanya. Tidak ada yang lebih utama daripada memberi maaf dikala mampu. Ini kami lakukan agar orang tidak akan mengatakan bahawa tidak ada lagi orang yang berjiwa besar, yang mahu memaafkan saudaranya di kalangan umat Muhaammad Sallallahu Alaihi wassallam."


Petikan dari:
Ketika Cinta berbuah Syurga:Habiburrahman El Shirazy

p/s: jom..fikir-fikirkan...