Friday, December 11, 2009

Bila waktu Berlalu

Sejak beberapa waktu,saya sering berfikir tentang berlalunya masa yang terasa begitu cepatnya. Seakan sekelipan mata,segalanya berlalu. Setahun itu bagaikan terlalu singkat. Saya tidak merasakan berbaloinya masa itu pergi,kerana terasa saya seperti telah mensia-siakan masa yang diberi Allah kepada saya.

Ya,Allah telah memberi waktu sama banyak kepada semua makhklukNya samada manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan selainnya. Allah menciptakan siang dengan waktunya dan malam dengan waktunya. Allah menyiapkan setiap detik tidak pernah kurang untuk semua makhluk. Terpulang pada mereka untuk menjadikan masa itu sebagai satu medan yang sangat berharga ataupun sekadar mensia-siakannya.

24 jam yang diberiNya digunakan siang untuk bekerja semahunya seakan kita boleh hidup selama-lamanya, dan dijadikan malam untuk kita berehat dan beribadah kepadaNya seakan esok tiada lagi. Namun sejauh mana kita memanfaatkan masa yang berlalu,hanya kita yang mampu menilainya.

Alangkah beruntungnya bagi mereka yang telah memanfaatkan waktu yang diberi untuk mendekatkan diri kepada Sang Pencipta namun tidak pula meninggalkan dunianya. Sesungguhnya dia akan mendapat manfaat di dunia mahupun di akhirat. Sebaliknya,alangkah malangnya mereka-mereka yang mengejar-ngejar dunianya untuk menghirup nikmat yang sementara sedangkan mereka melupakan Allah Yang Maha Esa.

Saya melihat pada diri saya, masih banyak perkara yang perlu diperbaiki. Berfikir untuk berubah tetapi tidak bertindak untuk berubah adalah sesuatu yang paling merugikan. Sesungguhnya, untuk melakukan kebaikan itu ada berjuta halangan,keutamaannya adalah semangat dan kekuatan hati. Begitu juga kata pujangga hendak seribu daya,tak nak seribu dalih, siapa berusaha dia akan berjaya, siapa menanam dia akan menuai hasilnya.

Semoga saja Allah akan terus merahmati kita,menguatkan hati-hati kita untuk terus berpegang pada jalanNya dan terus berpegang dengan taliNya serta memelihara iman di hati-hati kita. Senjata kita adalah doa yang penuh pengharapan kepadaNya,semoga Dia mengabulkannya.

6 comments:

Abd Razak said...

Salam...:)

Banyak sekali orang yang membuang-buang waktunya hanya untuk hal-hal yang tidak berguna. Dan kebanyakan dari mereka tidak menyedari bahwa mereka telah mensia-siakan waktu yang tidak akan mungkin kembali lagi. Saya pun dlm kumpulan ni agaknya.

Perhatikan firman Allah SWT berikut ini: “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(QS. Al-Hasyr [59] : 18)

Tie said...

Masa begitu cepat berlalu... kak tie ni sedar-sedar anak-anak dah besar.. umur pun dah lanjut. Tapi tak ada pencapaian yang membanggakan.. samada untuk dunia mahupun akhirat.

Kena kerja keras dari sekarang.. jom Izzah !!

MaizaC'Joe said...

salam my dear izzah

risau juga diri takut terlajak membuang waktu ke pada yang tidak berfaedah... mudah-mudahan dengan n3 nie sesama kita memperingati... cepatnya masa berlalu meninggalkan hari yang mendatang.. tak sempat nak kejar..... nice n3...
thanks for sharing....

-maiza-

izzah said...

@Abd Razak

salam...
saya pun dalam kumpulan manusia yang suka mensia2kan waktu yang sebenarnya sangat berharga..

erm..ruginya..

semoga kita mampu memperbetulkan diri kita insyaAllah..

izzah said...

@Tie

kak tie..jom..sama2 kita hargai masa...
sebelum masa tu kita ta mampu nak kejar..

izzah said...

@maiza

dear maiza,
kadang-kadang kita sedar apa yang kita buat itu adalah sia-sia..tapi kita teruskan jugak..
rugi kan kita...

thanks friend..
:)