Wednesday, December 2, 2009

Lelaki Sejati

Kisah ini terjadi pada zaman Khalifah Umar bin al-khattab Radhiyallahu 'Anhu. Ada seorang pemuda kaya, hendak pergi ke Makkah bagi melaksanakan ibadah umrah. Dia mempersiapkan segala bekalannya,termasuk unta yang akan digunakan sebagai kenderaan. Setelah semua dirasanya cukup siap, dia pun memulakan perjalanan.

Di tengah perjalanan, dia menemui suatu tempat yang ditumbuhi rumput hijau dan segar. Dia berhenti berehat seketika. Pemuda itu duduk di bawah pokok dan akhirnya dia terlelap dan tidur dengan nyenyak sekali.

Ketika dia tidur, tali untanya terlepas, menyebabkan unta itu pergi ke sana ke mari. Akhirnya unta itu masuk ke kebun berhampiran. Unta itu memakan tanam-tanaman dan buah-buahan di dalam kebun itu. Dia juga merosakkan segala yang ada di situ.

Penjaga kebun itu adalah seorang yang sudah tua. Orang tua itu berusaha mengusir unta itu. Namun, dia tidak mampu. Kerana risau unta itu akan merosakkan semua kebunnya, lalu dia membunuh unta itu.

Ketika bangun, pemuda itu mencari untanya. Ternyata, dia mendapati unta itu telah mati dengan leher dikelar di dalam sebuah kebun berhampiran. Pada saat itu, orang tua itu datang, lantas pemuda itu bertanya "siapakah yang membunuh unta ini?"

Orang tua itu menceritakan apa yang telah terjadi keatas kebunnya dan kerana khuatir kebunnya akan musnah semuanya dia telah bertindak membunuh unta tersebut.

Mendengarkan cerita dan pengakuan dari orang tua itu, si pemuda terus naik marah sehingga tidak terkawal kemarahannya. Serta-merta dia memukul orang tua itu sehingga orang tua itu tidak sedarkan diri dan telah meninggal dunia., pemuda itu terkejut,dan menyesal atas apa yang dilakukannya.

Ketika itu, datanglah dua orang anak orang tua tadi. setelah mengetahui ayah mereka sudah meninggal dunia kerana dipukul oleh pemuda itu, lalu mereka menangkap pemuda itu dan menyerahkannya kepada Amirul Mukminin, Khalifah Umar al-Khattab r.a. Mereka menuntut untuk melaksanakan hukiuman qisas.

Saidina Umar r.a bertanya kepada pemuda itu, dan pemuda itu mengaku perbuatannya serta benar-benar menyesal atas apa yang berlaku. Lalu Amirul Mukminin memutuskan "Aku tiada pilihan lain kecuali melaksanakan hukuman Allah.

Pemuda itu meminta agar dia diberi waktu selama dua hari untuk pulang ke kampung halamannya agar dia dapat membayar segala hutang piutangnya.

Umar al-Khattab berkata "hadirkan kepadaku orang yang menjamin bahawa, kau akan kembali lagi ke sini. Jika kau tidak kembali orang itu yang akan di qisaskan sebagai ganti dirimu."

"aku orang asing di negeri ini, aku tidak dapat mendatangkan seorang penjamin" jawab pemuda itu. Abu Zar r.a yang ketika itu hadir di situ berkata "wahai Amirul Mukminin, ini kepalaku...aku akan serahkan kepadamu sekiranya lelaki ini tidak hadir selepas dua hari"

Dengan terkejut Umar al-Khattab berkata "Apakah kau yang akan menjadi penjaminnya wahai sahabat Rasulullah?" ."Benar" jawab Abu Zar.

Pada hari yang telah ditetepkan untuk melaksanakan hukuman, orang ramai menanti kedatangan pemuda itu. Sangat mengejutkan! dari jauh, mereka melihat pemuda itu datang dengan memacu kudanya. Orang ramai memandangnya dengan rasa takjub.

"Mengapa engkau datang ke sini anak muda?padahal kau dapat menyelamatkan diri daripada maut" Umar bertanya kepada pemuda itu.

"Wahai Amirul Mukminin, aku datang ke sini agar orang lain tidak akan berkata - tidak ada lagi orang yang akan menepati janji di kalangan umat Islam, dan tidak ada lagi lelaki sejati yang berani bertanggungjawab atas perbuatannya di kalangan umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam."jawab pemuda itu.

Lalu, Umar menghampiri Abu Zar "Dan,kau Abu Zar,bagaiman kau berani menjamin pemuda ini, padahal kau tidak mengenalinya?"

Abu Zar menjawab"Aku lakukan ini agar,orang lain tidak akan mengatakan bahawa tidak ada lagi lelaki sejati yang sedia berkoban untuk saudara seimannyan dalam umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam".

Mendengarkan semua itu, kedua anak orang tua yang terbunuh itu berkata "sekarang,tiba giliran kami, wahai Amirul Mukminin. Kami bersaksi di hadapanmu bahawa pemuda ini telah kami maafkan, dan kami tidak meminta apa-apapun daripadanya. Tidak ada yang lebih utama daripada memberi maaf dikala mampu. Ini kami lakukan agar orang tidak akan mengatakan bahawa tidak ada lagi orang yang berjiwa besar, yang mahu memaafkan saudaranya di kalangan umat Muhaammad Sallallahu Alaihi wassallam."


Petikan dari:
Ketika Cinta berbuah Syurga:Habiburrahman El Shirazy

p/s: jom..fikir-fikirkan...

10 comments:

Dearie Pearls said...

Dear Izzah,
Cerita pengajaran.
Semoga apa yang diceritakan akan akan menjadi teladan bagi semua.

Thanks for sharing this.

*Lama menghilang, ok ker dear?

Abd Razak said...

Salam...

Indah segala-galanya jika akhlak dan iman itu ada di hati orang-orang Islam, semuanya terhasil dari didikan Rasulullah s.a.w kepada umatnya.

Thanks for sharing :)

Izzah said...

@LOL

untuk dijadikan tauladan..dan untuk dijadikan sebahagian dari diri...insyaAllah..

*tak hilang..cuma sedikit 'kebizian'..hehehe

Izzah said...

@Abd Razak

salam...

andai saja kita juga boleh berfikir seperti mereka...
umat islam kini semakin kurang sejatinya...

MaizaC'Joe said...

Salam my dear izzah

lamanya tak nmpak.. hee.. thanks for sharing.. kisah teladan.. penting indahnya kita menjaga akhlak. Akhlak di pelihara di pandang mulia.. mudah-mudahan akhlak kita sentiasa di pelihara...

-maiza-

KTS said...

ada lagi tak lelaki camni agak2 nya??

.
.


klu ada jgn lupa kenalkan padaku eh...

hikkkssss

Izzah said...

@maiza

hehehe..
saya nie kejap ada..lama hilang..
hehehe..
insyaAllah..after few weeks..ada la kot..

kisah nie..satu kisah untuk teladan..membandingkan kehidupan kita dengan mereka2 di zaman sahabat...

Izzah said...

@KTS

lelaki seperti itu
.
.
.
kalau pun masih ada
.
.
.
aku kebas dulu...hehehhe
.
.
.
ko nak share ker ngan aku???
.
.
.
.
erk...kene pikir banyak kali nih...

Nl said...

errrr... perutku kompem besar... hatiku belum tentu lagi besar...


terima kasih...

Izzah said...

@NaqeebLukhman

buat sit up bebanyak.nanti kempislah perut yg besau tuh..
huhuhu..

terima kasih kembali..