Wednesday, January 27, 2010

oh SiTi

Pagi-pagi lagi rumah saya dah menjadi huru-hara. Lepas seorang, seorang yang lain terkejut. Suasana yang hening dan ala suam-suam kuku selepas bangun tidur bertukar gamat dengan jeritan dan gelak tawa yang pecah hanya gara-gara insiden yang sangat-sangat menggerunkan dan meremangkan bulu tengkuk dan meloyakan tekak...bisa membuat saya rasa geli geleman dan tidak keruan. Hendak menaip entri nie pun saya rasa kembang-kembang telinga....

ARRRGGGGGGGHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!



isssshhhh...saya memang sangat tidak suka dengan apa yang berlaku pagi ini. Saya berharap mimpi ngeri ini cepat-cepatlah berakhir. Kenapalah perlu hadir mimpi ngeri ini dalam hidup saya. Membayangkannya sahaja saya sudah tak boleh berdiri di atas muka
bumi yang nyata apakan lagi menghadapinya secara realiti...terasa nak sentiasa berdiri di atas kerusi. Tidak tahu apalah nasib saya pagi-pagi lagi (belum sempat nak masuk bilik air untuk mandi pun...) saya dah bertembung dengan spesis ini
.



.



.





Sedangkan inilah antara binatang(antara yer..ada lagi la maknanya selain yang ini..huhu) yang saya tidak boleh walau hanya dengar namanya
di sebut. Alergi sungguh...

That animal..mula muncul di rumah sewa saya sejak 2 minggu lepas...selepas jiran sebelah rumah saya berpindah. Sebelum ini,rumah kami memang aman tenteram je. Tapi sejak 2 minggu lalu kami mula mendengar bunyi tarian dan larian dari atas syiling rumah. Dengar bunyi tu pun dah suspen sangat....kami berharap sangat-sangat 'dia' takkan turun ke bawah...ngeri betul... Tapi malangnya, kawan saya nampak 'dia' berlari di lantai rumah kami minggu lepas,dan hari ini saya pulak bertembung dengan 'dia'....apalagi...gamatlah rumah jadinya..rasa macam masa tu jugak saya nak terbang..kalau boleh nak jalan di awangan..tak nak jejak lantai...taknak terlanggar dia...ya Allah..tak dapat bayang kan....tolonggggggggglah.....!!!! Macamana saya nak usir dia dari rumah saya....saya sangat takut sekarang nie...bukan main2..betul2 punya...saya jadi takut nak masuk bilik air...nak pergi dapur...nak pergi tempat basuh baju....saya takut 'dia' masuk bilik saya....saya takuttttt.....eiiii geli lah!!!!

~kenapa orang boleh tergila2kan ikon kartun nie pun saya tak tau...kalau tengok rupa sebenarnya..still nak suka gak ke???? saya tak dapat bayangkan untuk memikirkannya... errr....~

Friday, January 22, 2010

Jangan rebut-rebut!

Masa kecil-kecil dulu kalau abah saya beli makanan sedap-sedap,mak saya selalu pesan:
"jangan berebut-rebut..makan sama-sama,adik beradik kena kongsi-kongsi"

Kalau ada yang berebut permainan mak saya cakap:
"jangan lah gaduh-gaduh..main sama-sama, abah beli mainan tu untuk main sama-sama"

Bila ada yang merajuk tak dapat apa yang dimahukan, mak saya akan pujuk:
"beralah lah...adik-beradik kena lah ada yang beralah, tak malu orang tengok asyik nak berebut-berebut je,tak ada yang nak mengalah?"

Situasi biasa,masa zaman kecil-kecil dahulu. Konsep berkongsi, tolak ansur dan bertoleransi sudah diterapkan sejak kanak-kanak lagi. Saya percaya semua ibu-bapa pasti mendidik anak-anak mereka untuk sentiasa bertolak ansur dan jauhkan sifat suka mendominasi sesuatu perkara yang akhirnya membawa kepada pertengkaran. Seharusnya juga, apabila kita semakin membesar, kita boleh belajar sendiri melalui pengalaman dan sifat ini menjadi jati diri dalam menjalani hidup sehari-harian.


Realitinya sifat bertoleransi dan bertolak ansur sangat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Hidup dalam satu kelompok manusia, yang secara langsung mahupun tidak langsung akan sentiasa berkominikasi dan berhubung menuntut kita untuk sentiasa mengalah dalam situasi-situasi tertentu.


Realitinya juga, berhadapan dengan manusia-manusia yang pada zahirnya di sifatkan sebagai orang-orang terpelajar dan berintegriti serta berperibadi mulia bukanlah bermakna mereka mempunyai sifat toleransi yang tinggi setinggi pandangan dan anggapan orang luar kepada mereka. Kadang-kala sifat suka berkira mereka dengan perkara yang remeh-temeh boleh membuatkan kita menggeleng kepala. Meletakkan seniority sebagai alasan untuk mendapatkan sesuatu,dan memandang rendah kepada muka-muka baru sangat menyedihkan.


Sesukar mendapatkan taraf kewarganegaraan, begitu jugalah ukurannya bagi putik-putik baru yang baru membina pengalaman untuk mendapatkan pembelaan. Setiap perbuatan ada sahaja salahnya, setiap tindakan ada sahaja tidak betulnya. Musyawwarah hanya topeng kepada sebuah demokrasi, apabila keputusan yang di ambil di pertikaikan oleh pihak minoriti maka keputusan itu sekadar memenuhkan agenda semata...bagai melukut di tepian gantang, bila masuk rumah orang,terpaksalah ikut arus yang menentang. Kalau dah mentimun..mentimun jualah...


*bila orang tua nak berebut-rebut,mempertahankan hak kerajaan Malaysia sebagai hak mutlak mereka...adus,tak sanggup rasanya nak tengok...dunia ini pinjaman..apa pun yang ada pada kita pinjaman semata-mata..sampai masa kembali jua pada-Nya..apa salahnya barang yang tidak anda gunakan dimanfaatkan oleh orang yang memerlukan...dari barang itu terbiar berkarat reput terbiar...sekurang-kurangnya ada orang lain tolong tengok-tengokkan...saya sangat tidak faham dengan orang yang ada sifat begini!!sangat mementingkan diri!!dan saya sangat tidak suka!!!!!

Wednesday, January 20, 2010

..::PujAaN hAti::..


ehem...ehem...
Tajuk entry yang menggebu.. Berbunga-bunga hati bila membacanya.. Terasa hari begitu indah... duhai...hati... siapa yang dipuja-puja.. duhai hati... siapa jualah yang telah bertahta... mengundang senyum... walau hanya kala terdengar namanya...


(sesungguhnya....sungguh-sungguh..tiada kaitan dengan si penulis..walau sepicing pun..jauh sekali)


Apa yang menyebabkan saya ber'jiwa-jiwa' hari ini? Tiada yang istimewa berlaku hari ini, semalam, kelmarin, atau pada hari-hari yang telah berlalu. Saya cuma teringat pada satu rancangan tv di sebuah rangkaian luar negara yang saya tonton melalui saluran berbayar Astro yang mahal tu.


Dalam rancangan bual-bicara itu, mereka membincangkan tentang siapakah pasangan ideal mereka atau lebih mudah...wanita dan lelaki idaman bagaimana yang mereka harap-harapkan. Banyak jawapan yang diberikan, di mana kebanyakkannya adalah jawapan klise yang di beri oleh reponden. Lelaki begini,lelaki begitu...perempuan begini, perempuan begitu.


Apa yang menarik perhatian saya adalah kesimpulan yang dibuat oleh salah seorang perantaranya yang mengatakan bahawa:

wanita di awal 20-an akan memeilih lelaki yang:
kacak,romantik,willing to do everything...pendek kata..the best men in the world..

wanita pada usia 30-an akan memilih lelaki yang:
berpendapatan stabil,dan mampu menjamin kehidupan serta bertanggungjawab, dan sekadar sedap mata memandang.
(..kacak,romantik..jatuh ke nombor entah berapa..)

wanita pada usia 40-an akan memilih lelaki yang:
bertanggungjawab.
(itu sahaja)

Kerana wanita semakin berusia akan semakin realistik. Kateria-kateria yang di simpan berjela-jela akan menyusut senarainya mengikut peningkatan usia. Berbeza dengan lelaki, mereka tidak mempunyai senarai berjela-jela hanya satu jawapan untuk setiap tahap usia, lelaki akan memilih pasangan mereka berdasarkan satu perkara sahaja iaitu:
CANTIK....
Setiap lelaki apabila di tanya wanita bagaimana yang mereka ingin jadikan pasangan tentu majoritinya akan menjawab yang pertama:
CANTIK....
Bila saya fikir-fikirkan...sangat betul kesimpulan yang dibuat. Lelaki memang suka perempuan-perempuan cantik...malah ada yang pantang nampak perempuan cantik...tak berkedip mata.. Mungkin kerena wanita perhiasan dunia..jadi mereka hanya perlu cari perhiasan yang cantik rupa parasnya...

Saya bukan bersikap prejudis dan masih belum membuat kesimpulan, cuma berfikir...ada benarnya kenyataan di atas. Mungkin boleh difikir bersama-sama. :)

Saturday, January 16, 2010

Sekolah...di awal tahun.

Masih dalam 'mood' awal tahun. Masih banyak lagi kerja-kerja menyusun, menyenarai, merancang dan membuat pembaikan. Dari hari ke sehari, cuba selesaikan apa yang boleh di selesaikan. Namun, belum lagi masuk tahap busy macam gaban (sekarang gaban dah tak sibuk sangat..mungkin kapten kit lagi sibuk...huhuhu...)


Topik terhangat di sekolah sekarang ni adalah, membuat rombakan kelas. Memandangkan ada kelas-kelas yang terlalu padat murid di dalamnya. termasuk kelas saya, jadi kerja-kerja yang perlu di selesaikan awal,terpaksa tertangguh sehingga senarai murid baru di keluarkan. Dengar-dengarnya paling awal pun bulan Februari baru selesai. Setakat hari ini, saya cuma buat kerja-kerja keceriaan kelas, dan menuntut yuran tambahan dari murid sedia ada.


Topik lain yang menggusarkan guru-guru opsyen bahasa melayu atau pengajian melayu yang di katakan akan ditukarkan ke daerah-daerah 'bandar' dan guru-guru opsyen bahasa inggeris dari daerah 'bandar' tu akan dihantar ke daerah 'kampung'. Kebanyakkan mereka pula adalah guru-guru senior yang sudah berkampung dan beranak pinak di daerah-daerah mereka sejak berbelas tahun yang lalu. Tentu sangat susah mereka menerima berita ini, memikirkan anak-anak,suami,rumah dan segala keperluan mereka sudah tersedia di sini. Untuk memulakan kehidupan baru di tempat baru tentu rasa sangat membebankan.


Alasan pertukaran ini adalah untuk memperbaiki tahap pencapaian kedua-dua bahasa di kedua-dua daerah. Mereka-mereka yang di atas itu melihat orang-orang bandar lebih tahu berbahasa inggeris,manakala orang-orang kampung lebih dalam bahasa melayu, maka mereka melakukan agenda pertukaran ini untuk memperbaiki tahap kedua-dua bahasa di kalangan murid.


Yang menjadi perbalahan di kalangan guru-guru di sini adalah, kebanyakkan guru-guru yang beropsyenkan bahasa melayu di sekolah ini adalah guru bahasa inggeris dan guru matematik yang telah lama meninggalkan bidang bahasa melayu untuk mengajar mengikut keperluan sekolah semasa mereka ditempatkan. Mereka telah membina skill dalam mengajar subjek-subjek pengajaran mereka, dan tiba-tiba mereka perlu melakukan pertukaran dan bermula dari awal semula.


Saya adalah orang-orang berkecuali. Saya mendengar dari jauh,kadang-kadang saya memberi pendapat. Saya selesa bekerja dengan kawan-kawan di sekolah ini, saya sedang fikir-fikirkan, bagaimana kalau betul-betul pertukaran itu berlaku. Guru-guru bandar itu datang ke sekolah saya, bagaimana agaknya penerimaan mereka? terutama mereka-mereka yang ber'title' atau yang suka demand lelebih...saya lebih kesian pada mereka-mereka ini..tentu sukar meninggalkan kebiasaan masing-masing. wallahu a'lam.

Wednesday, January 13, 2010

Kaf.Ba.Ra.Kaf.Alif.Ta.Nun

Kaf.Ba.Ra.Kaf.Alif.Ta.Nun.

Siapa tahu baca???KEBERKATAN..
tapi yang sebenarnya..cikgu nak betulkan spelling tu salah...yang betul ialah:

Kaf.Ba.Ra.Kaf.Ta.Nun
tanpa alif tau...bunyi tetap sama KEBERKATAN

Tak kisah lah bagaimanapun ejaan yang digunakan,as long as bunyinya sama,
maksudnya juga sama...itu lebih penting.

Apa yang ingin saya kongsikan ini adalah apa yang kita perlu cari dalam hidup. Andai sahaja perkara ini kita perolehi sepanjang kehidupan,selagi itu kehidupan yang kita lalui tidak akan pernah lengkap. Menjalani hidup yang tidak berkat,boleh diumpamakan berlayar di lautan tanpa tujuan dan bekalan.

Bila sahaja kita lahir di dunia, secara automatiknya kita menjadi seorang hamba Allah bergelar anak. Punya ibu-bapa yang perlu kita hormati dan turuti kata-katanya. Menghormati mereka dan meletakkan mereka di tempat yang tinggi . Melakukan segala kebaikan dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka. Segala yang kita lakukan semata-mata untuk mendapat KEBERKATAN dari mereka kerana redha mereka adalah redha Allah. Restu mereka menyusuri setiap langkah hidup kita untuk meneruskan kehidupan.

Sedikit kita berganjak ke alam dewasa, kita mengenal insan-insan bergelar guru. Mereka memberi ilmu, mengajar kita tentang sesuatu yang mungkin tidak kita perolehi ketika di rumah bersama ibu dan bapa. Membuka mata dan membina persepsi berbeza tentang kehidupan yang semakin luas dipandangan mata. Menghormati mereka juga untuk menuntut KEBERKATAN ilmu yang dicurahkan kepada kita. Dengan berkat ilmu mereka, insyaAllah akan membantu kita menguruskan hidup dengan lebih baik.

Seterusnya perjalanan kehidupan akan sentiasa berkembang dan semakin ramai manusia lain yang kita kenali. Yang harus kita ambil berkat dari mereka. Si isteri perlukan keberkatan dari si suami (begitu juga sebaliknya),pekerja perlu kenerkatan majikan dan sebagainya. Yang paling utama sebagai seorang hamba kita perlu mendapatkan KEBERKATAN dari Allah s.w.t. untuk hidup yang lebih baik dan di penuhi rahmat dari-Nya.

Yang penting, bila melakukan sesuatu mesti lakukan dengan ikhlas dan sdepenuh hati. Yakin dengan Allah dan selalu berfikiran positif. Semoga KEBERKATAN yang kita cari akan kita berolehi dalam menenpuhi hidup.

remember:
KEBERKATAN itu dicari bukan dinanti.

Tuesday, January 12, 2010

Mangkuk Hayun!!

Marah betul bunyinya. Sakit hati dekat siapa pulak la ni. Sampai nak hayun-hayun kan semua mangkuk-mangkuk yang ada di dapur tu. Berapa banyak mangkuk yang nak di hayun tu pun tak kira lagi, kalau ada 10..agaknya sepuluh lah mangkuk tu akan di hayun kan.


Walaubagaimanapun....jangan risau,kerana insyaAllah tak akan ada mangkuk yang akan di hayunkan. Saya dalam mood yang sangat baik...tidak membara mahupun terbakar..sedang 'cool'..hehehe.


Saya cuma nak bercakap tentang perkataan 'mangkuk hayun' itu sahaja. Biasa saya dengar perkataan nie terluncur dari mulut-mulut orang yang sedang marahkan seseorang atau mereka mengkatogorikan seseorang yang mereka tak gemar dengan menggunakan perkataan ni.


Dari mana asal usulnya perkataan 'mangkuk hayun' nie,saya sendiri kurang pasti...boleh juga dikatakan tak pasti sama sekali. Apa sebenarnya magkuk hayun nie...?


Saya tiba-tiba boleh terfikir,bagaimana rupa mangkuk hayun ini sebenarnya. adakah mangkuk yang dihayunkan? atau ada sejenis mangkuk yang memang di namakan sebegitu, kalau betul ada,saya teringin sangat nak tengok rupanya. mesti rupanya agak tidak menarik...sebab tuh ianya di samakan dengan orang yang tidak di sukai...mungkin....

mangkuk nie bukan untuk di hayun yer..nanti tumpah mee kari tuh..membazir...

:)


Thursday, January 7, 2010

Aku Rindu...Sayang Kamu...

Bercuti dari berblogging...apa yang menyebabkan saya lupa menarik jejari menari di lantai kekunci ini?


Beberapa minggu yang lalu...saya bertapa di sebuah daerah yang rasanya sunyi dan sedikit mendamaikan. Suasana persekitaran yang membuai-buai rasa menyebabkan saya lupa seketika kepada dunia-dunia lain di sekitar saya. Saya menjalani rutin kehidupan yang sedikit berbeza. menghirup udara yang nyaman, belajar untuk memikul satu tanggungjawab yang berbeza menjadikan saya perlu lebih fokus kepada perkara yang baru dalam hidup saya.


Dunia saya pada ketika itu jauh dari orang ramai. Jauh dari bunyi kenderaan. Jauh dari kesibukan yang membebankan. Saya punya banyak masa untuk diri sendiri, untuk insan-insan yang dekat di hati dan masa untuk lebih intim dengan- Nya.


Tika itu, saya terlupa seketika...saya masih perlu menulis,saya masih perlu berkongsi rasa dan saya masih perlu berbicara......

eeeeeeerrrrrrkkkkkkkk.................hehehehe...

Auta semata-mata...cerita sebenarnya:
Ketika saya bersemangat waja untuk menghantar entry-entry yang telah saya susun untuk di kongsi bersama teman-teman....sesuatu yang tidak di ingini telah terjadi. isk..isk..isk..sedih betul, tapi saya perlu terima takdir-Nya..
Laptop kesayangan saya yang berusia 8 tahun (lama betul..beli masa tahun 2001) mengalami masalah teknikal..skrin dia rosak..tak bercahaya...nak tak nak kena hantar bengkel. Bila dah hantar ke bengkel, saya terus terputus hubungan dengan dunia internet..dunia maya ini,yang telah menjadi sebahagian daripada hidup saya.


Bukan takde laptop lain kat rumah tu, tapi tak best plak rasa nak guna laptop orang. Jadi saya mengambil keputusan..duduk diam-diam...


Sekarang..hahahaha..saya dah ada teman baru...laptop tahun baru... :)



yang lama saya bagi kat abang saya..biarlah dia berkhidmat untuk orang baru...
Kepada teman-teman yang masih sudi singgah sepanjang ketiadaan saya.."TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK"....dan..janagan lah lupakan saya ;)