Saturday, January 16, 2010

Sekolah...di awal tahun.

Masih dalam 'mood' awal tahun. Masih banyak lagi kerja-kerja menyusun, menyenarai, merancang dan membuat pembaikan. Dari hari ke sehari, cuba selesaikan apa yang boleh di selesaikan. Namun, belum lagi masuk tahap busy macam gaban (sekarang gaban dah tak sibuk sangat..mungkin kapten kit lagi sibuk...huhuhu...)


Topik terhangat di sekolah sekarang ni adalah, membuat rombakan kelas. Memandangkan ada kelas-kelas yang terlalu padat murid di dalamnya. termasuk kelas saya, jadi kerja-kerja yang perlu di selesaikan awal,terpaksa tertangguh sehingga senarai murid baru di keluarkan. Dengar-dengarnya paling awal pun bulan Februari baru selesai. Setakat hari ini, saya cuma buat kerja-kerja keceriaan kelas, dan menuntut yuran tambahan dari murid sedia ada.


Topik lain yang menggusarkan guru-guru opsyen bahasa melayu atau pengajian melayu yang di katakan akan ditukarkan ke daerah-daerah 'bandar' dan guru-guru opsyen bahasa inggeris dari daerah 'bandar' tu akan dihantar ke daerah 'kampung'. Kebanyakkan mereka pula adalah guru-guru senior yang sudah berkampung dan beranak pinak di daerah-daerah mereka sejak berbelas tahun yang lalu. Tentu sangat susah mereka menerima berita ini, memikirkan anak-anak,suami,rumah dan segala keperluan mereka sudah tersedia di sini. Untuk memulakan kehidupan baru di tempat baru tentu rasa sangat membebankan.


Alasan pertukaran ini adalah untuk memperbaiki tahap pencapaian kedua-dua bahasa di kedua-dua daerah. Mereka-mereka yang di atas itu melihat orang-orang bandar lebih tahu berbahasa inggeris,manakala orang-orang kampung lebih dalam bahasa melayu, maka mereka melakukan agenda pertukaran ini untuk memperbaiki tahap kedua-dua bahasa di kalangan murid.


Yang menjadi perbalahan di kalangan guru-guru di sini adalah, kebanyakkan guru-guru yang beropsyenkan bahasa melayu di sekolah ini adalah guru bahasa inggeris dan guru matematik yang telah lama meninggalkan bidang bahasa melayu untuk mengajar mengikut keperluan sekolah semasa mereka ditempatkan. Mereka telah membina skill dalam mengajar subjek-subjek pengajaran mereka, dan tiba-tiba mereka perlu melakukan pertukaran dan bermula dari awal semula.


Saya adalah orang-orang berkecuali. Saya mendengar dari jauh,kadang-kadang saya memberi pendapat. Saya selesa bekerja dengan kawan-kawan di sekolah ini, saya sedang fikir-fikirkan, bagaimana kalau betul-betul pertukaran itu berlaku. Guru-guru bandar itu datang ke sekolah saya, bagaimana agaknya penerimaan mereka? terutama mereka-mereka yang ber'title' atau yang suka demand lelebih...saya lebih kesian pada mereka-mereka ini..tentu sukar meninggalkan kebiasaan masing-masing. wallahu a'lam.

6 comments:

Tie said...

Kak tie simpati benar pada guru-guru ni. Selalu je jadi bahan experiment. Kejap suruh ngajar dalam BM, sekejap suruh ngajar dalam BI.. malah ada yang terpaksa ngajar subjek lain pulak !

Begitulah bila kita jadi kakitangan kerajaan ni. Yang buat keputusan tu mana ada fikir tentang kesukaran yang kita hadapi. Sabar aje laa...

nahmy said...

mula-mula guru-guru jd mangsa dgn penggubah dasar kita especially dasar pelajaran...kemudian anak-anak plak jd mangsa dan kemudian mak-bapak....habih camno??

izzah said...

@Tie
tu la kak tie...bahan experiment yang di guna sesuka hati..kalau jadi..diaorg berbangga..kalau tak jadi..dia start experiment baru plak..

Abd Razak said...

Salam..:)

Pendidikan dalam negara kita ini kebiasaan mengikut acuan pemimpinnya, bertukar permimpin bertukarlah coraknya, yang menjadi mangsa adalah guru yg bertungkus lumus agar amanah itu tetap dijalankan...

Peganglah amanah itu sebaik-baiknya ya sahabat :)

izzah said...

@nahmy
tu la..mereka buat keputusan tanpa fikir jangka panjang..
ini lah jadinya..semua org jadi mangsa..

izzah said...

@Abd Razak

salam..

insyaAllah..selagi amanah itu saya galas..saya akan usahakan yg terbaik..
thanks...