Wednesday, January 13, 2010

Kaf.Ba.Ra.Kaf.Alif.Ta.Nun

Kaf.Ba.Ra.Kaf.Alif.Ta.Nun.

Siapa tahu baca???KEBERKATAN..
tapi yang sebenarnya..cikgu nak betulkan spelling tu salah...yang betul ialah:

Kaf.Ba.Ra.Kaf.Ta.Nun
tanpa alif tau...bunyi tetap sama KEBERKATAN

Tak kisah lah bagaimanapun ejaan yang digunakan,as long as bunyinya sama,
maksudnya juga sama...itu lebih penting.

Apa yang ingin saya kongsikan ini adalah apa yang kita perlu cari dalam hidup. Andai sahaja perkara ini kita perolehi sepanjang kehidupan,selagi itu kehidupan yang kita lalui tidak akan pernah lengkap. Menjalani hidup yang tidak berkat,boleh diumpamakan berlayar di lautan tanpa tujuan dan bekalan.

Bila sahaja kita lahir di dunia, secara automatiknya kita menjadi seorang hamba Allah bergelar anak. Punya ibu-bapa yang perlu kita hormati dan turuti kata-katanya. Menghormati mereka dan meletakkan mereka di tempat yang tinggi . Melakukan segala kebaikan dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka. Segala yang kita lakukan semata-mata untuk mendapat KEBERKATAN dari mereka kerana redha mereka adalah redha Allah. Restu mereka menyusuri setiap langkah hidup kita untuk meneruskan kehidupan.

Sedikit kita berganjak ke alam dewasa, kita mengenal insan-insan bergelar guru. Mereka memberi ilmu, mengajar kita tentang sesuatu yang mungkin tidak kita perolehi ketika di rumah bersama ibu dan bapa. Membuka mata dan membina persepsi berbeza tentang kehidupan yang semakin luas dipandangan mata. Menghormati mereka juga untuk menuntut KEBERKATAN ilmu yang dicurahkan kepada kita. Dengan berkat ilmu mereka, insyaAllah akan membantu kita menguruskan hidup dengan lebih baik.

Seterusnya perjalanan kehidupan akan sentiasa berkembang dan semakin ramai manusia lain yang kita kenali. Yang harus kita ambil berkat dari mereka. Si isteri perlukan keberkatan dari si suami (begitu juga sebaliknya),pekerja perlu kenerkatan majikan dan sebagainya. Yang paling utama sebagai seorang hamba kita perlu mendapatkan KEBERKATAN dari Allah s.w.t. untuk hidup yang lebih baik dan di penuhi rahmat dari-Nya.

Yang penting, bila melakukan sesuatu mesti lakukan dengan ikhlas dan sdepenuh hati. Yakin dengan Allah dan selalu berfikiran positif. Semoga KEBERKATAN yang kita cari akan kita berolehi dalam menenpuhi hidup.

remember:
KEBERKATAN itu dicari bukan dinanti.

6 comments:

Abd Razak said...

Salam...

Syeikh Afdhaluddin pernah berkata, "khianat menghapuskan berkat" sebagaimana haram menghapuskan halal. Sesiapa berkhianat dalam satu dirham, iblis akan menyeretnya untuk berkhianat dalam seibu dirham."

Hanya dengan memelihara keimanan dan ketakwaan diri Allah SWT memberikan keberkatan ke dalam hidup kita.

- jinggo - said...

sibuk nya cgu
lama tak update blog.
saya suka baca dan berkongsi ilmu dengan komern en razak tu...

izzah said...

@Abd Razak

salam...

terima kasih di atas perkongsian yang penuh makna nie..

"mensyukuri sedikit nikmat..mengundang limpahan berkat"

izzah said...

@-jinggo-

tu lah...kesian kat blog nie..
tuan dia tak sempat nak belek dia lama2..

fazemy said...

Betul tu Izzah. Bila ada keberkatan..hidup kita pun akan tenang.

LotsOfLove-Pearls said...

Dear Izzah..

..baik utk dikongsikan dan sebagai suluh perjalanan.

Thanks share this dear.