Friday, February 12, 2010

Seorang Wanita

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik." [Hadith riwayat Bukhari]

Wanita adalah insan yang memiliki jiwa yang halus, lemah lembut ,penyayang dan kadangkala sering berubah-ubah dan tidak istiqamah dalam sesuatu perkara. Dalam Islam, wanita sangat dihormati dan diberikan tempat yang tinggi dan mulia, umat Islam diseru untuk melayan kaum wanita dengan baik dan bertimbangsara.. Mereka yang beriman dan memelihara kehormatan diri serta berpegang teguh dengan agama adalah wanita yang disanjung oleh baginda Rasulullah SAW. Hadith diatas cukup sempurna bagi menggambarkan sikap prihatin Rasulullah kepada wanita. Rasulullah berpesan dengan sesungguhnya agar melayani kaum wanita dengan cara yang sesuai dengan individu wanita itu sendiri. Cara menangani hal wanita haruslah penuh dengan kebijaksanaan, hanya lelaki yang bijaksana sahaja yang dapat melaksanakan pesanan Rasulullah ini..

Sumber Pendapatan:
www.iluvislam.com


6 comments:

Abd Razak said...

Salam..:)

Wahai lelaki, ingatlah berterus terang dengan pasangan dapat menjauhi pertengkaran dan ...

Lahirkanlah perasaan anda itu dengan ucapan dan sokonglah dengan sentuhan yang lembut terhadap insan yang bergelar wanita...

tajnur said...

Salam!
Nilai kedudukan seseorang wanita itu bergantung sejauh mana mrk mematuhi perintah Allah SWT dan Rasulullah saw. Dalam AlQuran, ada serang wanita mengajukan soalan kepada Rasulullah, kenapakah hanya terdapat ditujukan kepada (lafaz) utk lelaki sahaja dan tidak pada perempuan? Lalu turun Ayat Surah AliImraan:195 iaitu Allah tidak akan mensia2kan/menghilangkan amalan dari lelaki atau perempuan sebngn kamu kpd sebahagian. Maknanya sama sahaja dari segi amalan mrk. wallahualam

zino said...

salam hujung minggu...

Faridrashidi.Com said...

Salam,

Ya, jangan disangka lemah itu boleh dipijak-pijak. Tidak samasekali wahai wanita.

Wanita dijadikan utk duduk disebelah lelaki.

Nyayu Amibae said...

Aku ini wanita biasa... Kadang Ku kuat setegar karang.. kadang ku rapuh, lemah, liar merana.......

nahmy said...

wanita 'penghias' kehidupan seorg lelaki...