Wednesday, April 21, 2010

Cerita Satu Hari

'sekejap ada...sekejap takde..' dah macam slogan biskut chips more plak. Dulu glemer betul slogan nie...huhu..especially kalo org tuh suka ponteng skolah lah kan..

Tengahari tadik.. meeting tergempar.. aduh.. berasap.. panas... meletop2...dari gunung berapi...lahar menjulang..sampai tercetusnya air mata air...alahai...dah macam dewan parlimen pun ada...bantah membantah...cakap beremosi...memang tak settle masalah...meeting dah jadik macam medan bertegang urat leher...org tanya lain..jawapan lain...mintak lain ...bagi lain. .adooiiiyyyaaa... pokcik2...mokcik2... malu betul tengok orang dah berpengalaman... bertelagah....ffuuuuuhhhh....

Skang nie busy wat persiapan sukan..terutama untuk perbarisan...bukak2 FB pas isya' tadik..ada berita hangat jugak kat blog emy..malangnya tak sempat nak baca entry kat blog emy...rugi betoi..huhu..(bab2 panas nie takmo terlepas..hehehe)

~ini entry takde idea namanya...hehhee~

Friday, April 16, 2010

Cuba fikirkan

Pernah tak anda terfikirkan,apabila anda membuka mata kemudian melihat sekitar dan semuanya gelap,hitam pekat. Anda cuba membesarkan biji mata,berusaha membuka mata seluas-luasnya, namun masih lagi serupa,kegelapan yang bagaikan tiada berpenghujung. Tika itu,tentu ketakutan menyelubungi diri. Meraba-raba mencari cahaya yang tidak pasti dan arah mana yang harus di tujui.

Pernah tak anda gambarkan bila anda membuka mata, anda terasa asing dan sunyi. Persekitaran menjadi beku sebeku-bekunya. Tiada satu suara pun yang kedengaran,waima bunyi desiran angin semilir. Fikiran menjadi sangat buntu,apa harus dilakukan kala itu?

Ada tak anda membayangkan,bila satu saat anda bersendirian. Tiada rakan taulan, saudara mara mahupun keluarga di sekeliling anda. Tiada seorangpun yang bersama anda. Anda berada dalam tempat yang gelap,sunyi lagi sempit. Anda terkapai-kapai keseorangan,walhal...anda sangat perlukan pertolongan. Anda rasa sangat terdesak,cuba untuk bersuara namun jeritan itu seakan tidak mahu terlontar. Berusaha sekuat tenaga, namun tetap hampa.

Di mana saya? meronta-ronta akal berfikir...di mana saya???? sehingga akhirnya anda tersedar...sesungguhnya,anda berada di dalam satu alam yang anda hanya punya diri sendiri sebagai pembela,dan segala perbuatan sebagai teman. Tiada rakan,tiada ibu ayah,tiada anak dan suami..tiada semuanya.

"Andai sahaja dahulu segala kebaikan aku laksanakan...tentu aku tidak setakut dan segentar ini. Andai saja waktu itu aku lakukan segala perintah-Nya...tentu sahaja cahaya terang akan menerangiku. Andai sahaja al-Quran itu aku jadikan sebagai temanku dan islam itu jalan hidupku...pasti aku tidak menderita keseorangan, menerima azab siksa sehingga hari di bangkitkan semua manusia....Andai ku mahu lakukan apa yang di ajarkan oleh kekasih Allah itu sebaik-baiknya,tentu rehatku di alam barzakh ini aman...tenteram..dan lenaku panjang menanti hari perhitungan.

Namun segala-galanya nyata terlambat. Sesalku ini sudah tiada gunanya...kerna telah terputus segala amalanku di dunia....alangkah ruginya...."




Thursday, April 15, 2010

Wajah Kesayangan



Sofiyyah...namanya.
baru 3 tahun...
ada sorang kakak...dengan adik lelaki.
selalu kena buli dengan adik dia...
walaupun adik dia baru jer berumur 15 bulan...
adik dia agresif skit...
(dia pun camtu gak masa seusia adik dia)
nampak tak kening dia ada garis...
tanda budak aktif...
terjatuh masa panjant kerusi..terbelah kening...
sampai besau lah tanda dia tak hilang...

skang nie dia suka sangat bersembang...
cakap tak berhenti...
ada jer benda dia nak citer...
macam orang besar...
tapi,dia cakap pelat sikit..
kadang-kadang atuk ngan nenek dia tak faham...
tapi buat-buat faham jer la..
(tapi saya terer skit...selalu jadik tukang translate tuk mak nagn abah)

kalau saya balik petang jumaat...
mesti dia berlari menyambut..
"cik ijah!!!!!!"
soalan pertama dia ...
"cik ijah gi ane?"
bila saya bagitau saya pergi sekolah dia mesti jawab...
"nak ikut bley?"
tu ayat wajib dia..kalau nak ikut saper2
macam mintak izin pun ada...
kalau nampak saper2 yang bersiap..
dia pandang muka kita dia cakap..
"nak ikut atuk bley?"
"nak ikut nek bley?"
comel betul..
dengan pelat2 dia...

dia selalu cakap dia dah sekolah...
selalu kerja dia mewarna...
bawak beg sekolah...
sepanjang masa dalam rumah...
kalau adik dia kacau...
dia lari kat acik2 dia...tak pun carik atuk ngan nenek dia..
"amin(sebenarnya amir) kacau...nanti cikgu marah..."
dia tak melawan adik dia atau marah adik dia..
dia cuma melarikan diri..
menyorok blakang orang lain..

dia..kalau nak berjalan...sibuk cari tudung..
tapi..tudung dia bertahan sekejap dia...
nanti dalam kereta..dia dah bukak tudung..
pastu sengih-sengih..
time nie..dia selesema..
asyik nak mengorek bijih jer..
kat R&R pun dia boleh wat kerja lagik...
satu lagi habit dia tak leh tinggal..
hisap ibu jari tangan kanan...
dari kecik..camner ntah nak buang tabiat tuh..

Walau apapun..
dia umpama embun dalam hati saya...








Wednesday, April 7, 2010

Sepenuh Hati

Bila agaknya, kita melakukan sesuatu dengan penuh kerelaan dan keikhlasan. Bila masanya kita rasa senang hati dan tenang selepas kita buat sesuatu? bila pula masanya kita rasa penat,tertekan dan sesak bila berdepan dengan pelbagai perkara.


Melakukan sesuatu dengan seikhlas hati...mendatangkan keseronokkan yang tiada bandingannya, tapi dah lama saya tidak merasainya. Adakah kerana saya tidak ikhlas melakukannya. Atau mungkin saya tidak menerima ianya dengan ikhlas. Sukar rasanya memberi sesuatu dengan seikhlas hati. Sesukar mencari rasa khusyuk dalam solat...begitu mungkin gambarannya.


Mencari kegembiraan dan keseronokkan adalah terpulang kepada individu itu sendiri. Mungkin beribu alasan boleh direka....diungkap...dilepaskan, namun adakah alasan itu benar-benar menjadi sebab musabab...dalam hati...mungkin ya...mungkin tidak. Mungkin hanya ucapan akal untuk melepaskan beban dan keluhan.
Sampai bila pun..andai begini keadaannya...dimana-manapun...tidak mungkin akan ada rasa kepuasan dalam tindakan. Melakukan sesuatu sepenuh hati...hanya pada perkara yang benar-benar menerbitkan bahagia di hati....





:{
Anda faham????
saya pun masih kurang pasti...?

Thursday, April 1, 2010

Dengar Guruh Di Langit

Ini memang logo band hujan yang tengah meletop-letop tuh. Tapi saya bukanlah nak cerita pasal band nie (sebab bukan tau sangat perkembangan semasa kumpulan nie..nanti kalo tersalah cakap kena saman...ish..susah). Saya nak cerita pasal hujan...ya..HUJAN.

Hujan itu anugerah...istimewa. Just a few month ago..cuaca kat Malaysia nie..panas terik...berbahang-bahang...dari pagi sampai malam,rasa bahangnya panas tu tak hilang-hilang. Time tu memang berharap-harap sangat hujan turun...tapi hujan tu mahal sangat...kalau nampak macam mendung-mendung pun..hujan masih tak kunjung tiba..tidur malam pun tak lena, bahang panas tu masih terasa...even dah pasang kipas sampai nak tercabut bilah kipas pun..still rasa panas.



Sekarang...hujan dah turun. tiap-tiap hari hujan..espeacially waktu malam (kat tempat saya la). Rasa nikmatnya lah bila hujan turun. Pagi pun rasa segar, tengahari pulak tak terasa terik sangat mentari...besar kan anugerah tu. Memang tepatlah kalau di katakan hujan itu umpama mutiara...susah nak dapat...tapi bila dah dapat..seronok betul...

Tapi hujan...sikit-sikit..jadi kawan...kalau dah lebat menggila...dialah lawan. That's why..sediakan payung sebelum hujan...bila hujan..sentiasa beringat...bila dapat anugerah kena selalu bersyukur..kalau kita tak bersyukur, nikmat yang kita dapat bertukar menjadi bala yang tak di undang...nauzubillah..




Selamat menikmati hujan dengan nikmat dan beringat-ingat...