Friday, April 16, 2010

Cuba fikirkan

Pernah tak anda terfikirkan,apabila anda membuka mata kemudian melihat sekitar dan semuanya gelap,hitam pekat. Anda cuba membesarkan biji mata,berusaha membuka mata seluas-luasnya, namun masih lagi serupa,kegelapan yang bagaikan tiada berpenghujung. Tika itu,tentu ketakutan menyelubungi diri. Meraba-raba mencari cahaya yang tidak pasti dan arah mana yang harus di tujui.

Pernah tak anda gambarkan bila anda membuka mata, anda terasa asing dan sunyi. Persekitaran menjadi beku sebeku-bekunya. Tiada satu suara pun yang kedengaran,waima bunyi desiran angin semilir. Fikiran menjadi sangat buntu,apa harus dilakukan kala itu?

Ada tak anda membayangkan,bila satu saat anda bersendirian. Tiada rakan taulan, saudara mara mahupun keluarga di sekeliling anda. Tiada seorangpun yang bersama anda. Anda berada dalam tempat yang gelap,sunyi lagi sempit. Anda terkapai-kapai keseorangan,walhal...anda sangat perlukan pertolongan. Anda rasa sangat terdesak,cuba untuk bersuara namun jeritan itu seakan tidak mahu terlontar. Berusaha sekuat tenaga, namun tetap hampa.

Di mana saya? meronta-ronta akal berfikir...di mana saya???? sehingga akhirnya anda tersedar...sesungguhnya,anda berada di dalam satu alam yang anda hanya punya diri sendiri sebagai pembela,dan segala perbuatan sebagai teman. Tiada rakan,tiada ibu ayah,tiada anak dan suami..tiada semuanya.

"Andai sahaja dahulu segala kebaikan aku laksanakan...tentu aku tidak setakut dan segentar ini. Andai saja waktu itu aku lakukan segala perintah-Nya...tentu sahaja cahaya terang akan menerangiku. Andai sahaja al-Quran itu aku jadikan sebagai temanku dan islam itu jalan hidupku...pasti aku tidak menderita keseorangan, menerima azab siksa sehingga hari di bangkitkan semua manusia....Andai ku mahu lakukan apa yang di ajarkan oleh kekasih Allah itu sebaik-baiknya,tentu rehatku di alam barzakh ini aman...tenteram..dan lenaku panjang menanti hari perhitungan.

Namun segala-galanya nyata terlambat. Sesalku ini sudah tiada gunanya...kerna telah terputus segala amalanku di dunia....alangkah ruginya...."




7 comments:

Abd Razak said...

Salam...

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, “Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya”.

izzah said...

@Abd Razak

salam...
terima kasih atas perkongsian ini..
semoga kita sama2 jadikan al-Quran sebagai teman di dunia..dan syafaat buat kita di akhirat nanti...

nahmy said...

benarlah tu. jd sebelum Quran melaknat kita di alam yg satu lagi kelak....marilah kita pakat-pakat membaca & mengamalkannya. setidaknya senanglah insyaAllah nak jwp soalan kubur...'apakah imam kamu?' nanti..

Mohd Ariff said...

salam..
thanks sbb berkongsi semua ni.
kita kadang2 terlalu leka dgn dunia, hingga terlupa bekal utk ke sana.

kayteeze said...

Alhamdulillah... kak tie akan selalu ingat ni.. :)

maza said...

aderkkk... aduhaiiii...

ngeri sehhhh

yanz said...

salam singgah & thanks ats perkongsian ini. Jom kongsikan di www.yanz-family.blogspot.com