Thursday, July 1, 2010

Black or White..Hitam atau Putih

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:

Pemuda : "Bagus ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda :"Berapa jauh biri-biri ini berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?" 
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama." www.familiazam.com
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

Cerita penglipurlara yang di ambil dari www.familiazam.com.
Masa baca cerita nie..teringat kat entry cik kts pasal pc hitam dan pc putih..
moral of the story:
ada moral ke?
saya baca suka-suka jer..
kalau korang rasa ada moral dari story nie..boleh la kongsi...
ataupun korang nak komen tentang tindakan si pengembala yang suka beza2kan kambing biri2nya pun boleh di persilakan...

 

19 comments:

Abd Razak said...

Salam...

Tentunya orang lebih suka pada yang warna putih, lebih-lebih lagi yang berkulit putih...

Jika ada manusia yang nampak hitam
Kita jangan terus melabelkan dia hitam
Sebab di alam fana segala berubah
Dalam satu detik manusia boleh berubah

izzah said...

@Abd Razak

bagus komentar nie..
sebab tu pengembala tu sebut yg putih dulu...
maybe kambing biri2 putih lebih comel kan...

terima kasih...

Ku Tak Sempurna said...

moralnya :

biri2 ada dua warna je ya adik-adik.. hitam dan putih...

.
.


.
.


.
.

nasib! kalau tak jenuh gembala tu nak menjawab soalan pemuda tu.. kaaannn

:P

Kujie said...

ramai orang lebih suka beri perhatian berlebihan pada 'ranting' dan 'cabang' tanpa sedar hal utama pada 'pokok'nya...mcm tu le kot

hehe

izzah said...

@KTS

owhhh...
.
.
.
baik cekgu...
.
.
.
:)

saya paham...

izzah said...

@Kujie

kak jie...
:)

boleh di terima juga..
hahaha..

bukan adam said...

putih atau hitam seekor kambing itu..kerana warnanya.

julietchun said...

nampak sangat ada jurang kasih sayang di situ.

pusat said...

normal dah ni....
kalau main chess pun berebut rebut org nak side putih....

pusat takkisah putih atau hitam... janji hati merah.... takkan hati putih plak....

izzah said...

@Juliet

betul3...
ish..ish..ish..
racism...

izzah said...

@bukan adam@Mohd Ariff

sebab beza sgt hitam ngan putih tuh..

izzah said...

@Pusat

hahahaha..
kelakar!

nahmy said...

terkehel gak nak memahamnya bila mula2 membaca. tapi lama2 barulah saya paham yg kat tempat tu takde binatang lain rupanya...

DDrfauziah said...

Aslmkm izzah.
Hehehe ... moralnya: hitam atau putih bezanya hanya sekadar pada warna. Tetap juga insan jadi haru & terkeliru.

fazemy said...

Bikin panas je org mcm ni. Klw depan mata mau kena sepak org mcm ni. hahaha.

izzah said...

@nahmy
haha..
betul tu..semut pun takde..
hehehe...

izzah said...

@DDrfauziah

kak G..
manusia mmg suka beza2kan warna kulit..kan...

izzah said...

@fazemy

boleh gak bagi sepelempang-dua..hik..hik..hik..
mmg kalau kena batang idung kita..boleh sakit hati jadinya..
:)

Thoha said...

nak tergelak pun ada baca cerita ni..hehe

padahal biri2 dia sama je tapi nk memilih..