Sunday, July 4, 2010

Rebung itu perlu di jaga.

Jumaat baru ni,ada hari bertemu pelanggan menandatangani repord card di sekolah saya. Boleh dikatakan saya berjaya bertemu dengan 31 daripada 33 ibubapa murid kelas saya...besar juga pencapaian tu...(kira pencapaian lah kan..boleh tarik ramai ibubapa datang..walaupun..anak murid boleh tahan 'hebat' nya). Memandangkan murid-murid saya dalam tahap pertengahan/sederhana,maka saya perlu bersedia lebih sikit. Markah mereka,terutama subjek teras memang sangat mendukacitakan (walaupun telah diberi ugutan dan peringatan untuk meningkatkan tahap kerajinan dalam diri mereka).

Macam-macam ragam ibubapa nie, 31 kepala maka 31 ragam yang saya hadapi. Kalau yang tak kisah tu...memang tak kisah langsung,tak tanya apa-apa pun pasal result anak dia, saya pulak yang over nak terangkan kelemahan yang saya kenal pasti. Parents nie boleh cakap "dah memang macam tu cikgu...nak buat macamana,dia memang malas...kat rumah pun malas...saya memang tak boleh buat apa-apa..serah je kat sekolah" erkk....terkedu saya di buatnya...

Kalau yang concern sangat pulak,sampai tanya macamana serounding p&p di kelas? kenapa anak dia tak boleh score? kenapa tak tumpukan perhatian pada anak bangsa..(cara dia cakap macam nak bagitau cikgu nie tak care pasal anak bangsa dan taknak anak bangsa berjaya. Sukati dia jer bercakap..saya sangat ambil peduli tentang anak murid saya, setiap hari saya akan tegur mereka...tak pernah saya biarkan mereka buat salah tanpa saya beri ingatan dan nasihat. 

Kalau yang memahami,boleh terima..saya sangat gembira bertukar-tukar pendapat dengan mereka. Sekurang-kurangnya saya tahu,mereka sangat mengambil berat tentang pendidikan anak-anak mereka dan meminta pandangan untuk mereka boleh membantu ketika anak-anak ini di rumah.

Ada yang bagi alasan "dia tak pergi tuesyen...cikgu,tak mampu..." 

Perkara yang berkait rapat dengan pembelajaran murid ini adalah bermula di rumah kemudian ada kesimanbungan di sekolah, berkembang di sekolah dan pantauan SANGAT PERLU di rumah. Dulu saya pun tak pergi tuesyen, tapi abah saya yang pantau kami tiap-tiap malam. Mesti kena buat latihan,kalau tak de kerja rumah,hafal sifir. Ibu bapa tak boleh lepas tangan. Jangan biarkan anak-anak terlalu asyik dengan permaian komputer,PS2,PS3, internet, kartun dan sebagainya.

Saya sarankan,sekurang-kurangnya buat latihan di rumah untuk membiasakan mereka dengan soalan dan bentuk-bentuk soalan. Dari situ,mereka akan mahir menjawab dan memahami soalan. Tak perlu hantar tuesyen kalau tak mampu,gunakan buku2 latihan yang murah pun tak mengapa. Sekarang buku latihan dah melambak-lambak kat kedai buku. Serendah rm1.20 dah boleh dapat 1 buku...kalau mahal pun baru rm4.50-rm6. Sekiranya sebulan mereka beli satu buku yang berharga lebih kurang Rm 4.50 untuk 5 matapelajaran utama mereka cuma berbelanja RM18 sebulan. Apa salahnya berkorban sedikit untuk membantu anak berjaya...tak rugi pun  kan..."kalau melentur buluh..biarlah dari rebungnya..."

Alas kepala bantal kekabu:
Good job German...korang semua memang hebat...
please cry aloud Argentina..
hiks...hiks...hiks...

12 comments:

Mohd Ariff said...

pernah baca cerita "kelapa tua" kan?

" jatuh ke bumi dari pokok yg tinggi.. dicangkuk dgn parang.. kulit dikoyak & disiat.. tempurung dihentak hingga pecah.. isi diparut tanpa belas kasihan.. santan dimasak dgn api yg panas.. akhirnya Gulai Kawah dapat nama. "

hidup utk lebih bnyk memberi. beri dgn ikhlas tanpa harap balas.

*saya menang 4!

izzah said...

@Mohd Arif

saya baru habis baca cerita awak...cerita sebenar belum baca lagi.. :)

harap2 saya ikhlas dengan tugas saya..insyaAllah..

*4-0..mmg hebat!

Abd Razak said...

Salam...

Ibubapa bertanggungjawab memberi kemudahan pendidikan kepada anak-anak..

Anak-anak pula perlu bertanggungjawab belajar bersungguh-sungguh..

Guru bertanggungjawab mendidik dengan sempurna..

Ketiga-tiganya berkait rapat..

*Senyum tgk bola tadi..:)

cheqna said...

guru..
memang memerlukan kesabaran yang tinggi bukan sahaja melayan karenah anak murid tapi turut berdepan dengan karenah ibu bapa..
semoga kita semua ikhlas dengan kerja kita ye =)

siti said...

kak..saya rabu ni

bedebar pun ade gak..cmane la agaknyer

risau..bedebar...sebab kelas saya ramai yg fail subjek teras..

@_@

Thoha said...

owh cikgu rupanya..saya ni masih belajar tak faham lagi perasaan sebagai cikgu ni..hehe
tapi kerjaya seorang cikgu ni memang mencabar..

jerman memang hebat..kesian argentina kena belasah..hihi

izzah said...

@Abd Razak

betul tu..that why,kena saling menyokong satu sama lain..sama2 berusaha membantu murid2 nie berjaya.

*senyum besar...jerman to final
hehehe...

izzah said...

@cheqna

kita cuba sehabis baik...
dan mengharapkan usaha itu akan mendatangkan hasilnya.

izzah said...

@siti

sama je kita..
good luck!

izzah said...

@thoha

zaman2 parents ngan student sama demand nie..mmg mencabar sgt..

*kecil2 cili padi..jerman mmg patut menang pun..sampai fainal nanti..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Bila menceritakan bab `tiusyen`, dah jadi trend masa kini berebut2 masuk kelas tiusyen wkt malam. Malangnya, dah jadi mcm sekolah harian, suatu `escapism` spy dapat keluar rumah, bawa h/phone, berbual2 dgn kwn, dpt duit belanja dsb. Bknnya mrk nak belajar, malah ada yg ponteng kelas tiusyen, hisap rokok, jumpa pakwa/makwa dan mcm2lah sehingga kajian menunjukkan `kelas tiusyen` tidak memberi kesan positif pada pembelajaran. Seandainya, waktu disekolah mrk tumpu perhatian dan buat kerja sekolah spt mana yg diarahkan, sudah cukup melengkapkan 80% dari keputusan akedemik mereka! Wallahulam

Ku Tak Sempurna said...

takde ke mak pak yg dtg bawak donat big epal utk cikgu??



;D


ish ish ish.. takpe.. takpe.. nanti klu ko jd cikgu anak aku, aku bawakkan donat eh.. kompem takde marah2 punya...

err.. nanti.. nanti tu tak tau bila..

hihihihi