Wednesday, December 28, 2011

Just Begin...

this owl look so happy to come back to school....

Kalau zaman sekolah rendah dulu,bila time bukak sekolah bukan main happy lagi,sebab tak sabar-sabar nak tayang baju sekolah baru,kasut baru,beg baru,pencil case baru,pemadam baru,pensil warna baru dan segala yang serba baru kat kengkawan sekolah......macam  ada pertandingan,siapa punya peralatan sekolah paling cantik tahun ini...huhuhu...pastu kalo tengok orang lain punya lagi cantik,mesti jeles...huhuhu..budak-budak betul!
this monkey doesn'tlook happy at all....

Bila dah masuk sekolah menengah,dah dok kat asrama...time-time nak buka sekolah rasa macam...aduhaiiiii.. sekejapnye cuti...tak puas lagi dok kat umah..dah nak kena balik hostel. Punyelah malas tahap gaban nak balik hostel...kalo boleh sampai malam-malam lagi bagus. Kalau boleh nak datang hari isnin jer terus(huh~macam dekat jer kan). Tapi,bila dah sampai je kat hostel,dah jumpe member,tak de la plak perasaan sedih meninggalkan rumah ke ape...sibuk nak cerita macam-macaam benda...mulut macam tak leh nak berhenti nak bercerita..kat bilik ke..kat surau ke..kat dewan makan ke..masa prep ke..time baru-baru sampai dari balik bercuti...memang riuh..memang macam langau bunyinye...time tuh warden round senyap ler barang seminit-dua..bila hilang jer bayang warden..otomatik...terus bersuara balik..huhuhu...sampai tak tidur lah kalo dah sibuk nak cerita itu-ini (lagi2 time2 nie..selalunya budak hostel susah nak tidur..kenkonon sebab peralihan tempat tido)..

he's look prepared and happy to be in school again...
(pssttt..he is a teacher)

Bila dah jadi cikgu..bila nak buka sekolah..sibuk fikir perancangan..2-3 minggu sebelum buka sekolah dah sibuk buat rancangan tahunan untuk macam-macam program yang nak di buat. Mula-mula memang macam pening,sebab benda tak mula lagi. Once,dah mula buat kerja..dah macam lipas kudung pun ade jugak..lama-lama,dah adapt balik dengan segala macam kerja dan program yang tak pernah habis dan segala macam target yang nak dicapai...baru boleh tarik nafas sikit..bila dah nak akhir tahun..mula busy balik..mula jadik lipas kudung balik..bila semua benda dah submit..baru boleh tarik nafas balik..dan begitulah seterusnya...

mood: 
kembali ke sekolah
(^_^)v

mari bersekolah dengan gembira :)

Monday, December 26, 2011

Mana Yang Indah di Hati

Kita akan rasa indah...
bila kita melihat sesuatu yang kita suka..
sesuatu yang kita sayang...
sesuatu yang kita puja...
sesuatu yang cantik di mata kita...
sesuatu yang membuat kita rasa gembira...
dan sesuatu yang mendamaikan jiwa...

Kita merasakan hidup ini indah...
bila ada yang menyayangi...
ada yang sentiasa mengambil berat tentang diri kita...
ada yang melayan karenah kita...
ada yang memberi apa yang kita mahukan...
dan menjadikan hidup kita seperti di syurga....

Tapi,tidak semuanya indah di mata dan di hati kita...
ada masanya kita akan dikejutkan dengan perkara-perkara duka...
sedarkah kita?
itu bukan peragut bahagia dan keindahan hidup kita...
tapi itu adalah warna yang mencantikkan lagi sebuah kehidupan...

Mana sedapnya santapan kalau semuanya manis belaka...
tentu lebih seleranya bila ada yang pedas,pahit,masam,dan masin terhidang bersama...
penentu keindahan bukanlah yang cantik-cantik belaka...
yang manis-manis dirasa...
atau yang seronok-seronok sahaja...
indah itu adalah pada keseluruhan rasa yang dikurnia...
baru di situ akan ada rahmat dan hikmahnya...
akan ada ilmu yang bisa ditelah...
akan ada sempadan yang boleh dirujuki...
dan ada barakah yang kita cari..

Dunia mana yang kekal abadi...?
sekadar perhiasan yang akan luntur dan pergi..
sana akhirat yang kita cari...
bersama bekalan yang tidak pernah mencukupi..

Friday, December 23, 2011

Melangkah menjadi baik.

Salam semua...

Sukarkan untuk mengubah diri kita untuk menjadi lebih baik. Kadang-kala kerana pengaruh persekitaran yang tidak membantu malah memperkecilkan lagi niat baik itu. Kadang-kala pula hati kita sendiri juga bagaikan terhuyung-hayang bak lalang yang tidak tetap bila ditiup angin. Mungkin kerana keyakinan dan kepercayaan kepada diri yang sedikit rendah menjadikan kita tidak kuat untuk berubah.

Ada yang menyatakan untuk berubah,kita perlukan suasana yang baru, tempat yang baru mungkin juga mencari rangkaian rakan-rakan yang baru. Persekitaran yang boleh mendidik diri, suasana yang boleh memberi lebih ketenangan dan rakan-rakan yang akan memimpin tangan kita ke arah kebaikan.

Tahun baru yang bakal menjelang,mungkin ramai antara kita telah memasang niat untuk menjadi seseorang yang baru,yang lebih bersemangat menjalani kehidupan di bumi Allah dan lebih memberi motivasi kepada diri sendiri dan orang-orang disekeliling kita.

Tidak perlu terlalu drastik mengambil langkah untuk berubah,kerana takut nanti kita tidak mampu mengawal diri dek kerana perubahan yang kita lakukan, hingga akhirnya kita kembali berpaling ke belakang. Ambillah langkah yang kecil tetapi istiqamah, moga-moga dengan langkah yang sedikit itu akan ada keberkatan dan kebahagiaan yang berkekalan.


Thursday, December 22, 2011

Gold Cost...bukan Australia :)

Hari yang indah kawan-kawan...
Hari saya indah hari ini,dan semoga hari anda juga indah seperti hari saya.

Semalam saya pergi bercuti ke Gold Cost Morib. Hotel baru yang ada mini waterpark kat situ. Sesuailah kalau nak bawak budak-budak kecik bergumbira berendam dalam air dengan riang-rianya. Nak pergi cuti jauh-jauh banyak budgetnye dan kena prepare lebih awal lagi. Saya pergi bersama 3 orang anak buah, mak saya dan juga nenek saya. Pergi nie pun sebab ada kawan sekolah ajak bercuti bersama-sama,kebetulan suami dia ambil cuti tahunan yang tingal saki-baki sebelum habis tahun nie...apa lagi,dari duduk rumah jer,skali-skala dapat bercuti seronok jugak. 

Here is some fun and beautiful moment...love it!

 Pemandangan waterpark dari balkoni bilik kami di tingkat 3...sangat mengujakan kanak2 riang tu yer...


seronok dapat main air...

here is my mom and my granny...dalam bilik kami..

Sebelum balik 'klik-klik' dulu kat tepi pantai...

inilah rombongan kami..thanks to kak umi and abang mie sebab ajak pergi sini (^_^)

last but not least..part paling best skali tentulah.....
ber'jakuzi' dalam bilik...best wooo!!!

(^____^)v

Wednesday, December 21, 2011

Novel Baru & Beg Plastik Bihun Kasar


Semalam saya pergi KL sensorang. Sebab dah lama sangat terperap kat rumah. Alang-alang keluar bayar duit kereta,saya terus memandu sampai ke Jalan TAR. Tak ada apa sangat yang saya nak beli,belek itu...belek ini..takde yang betul-betul berkenan di hati.

Tapi..niat nak ke sana memang nak ke kedai buku Menerva...nak cari novel yang saya tak jumpa masa cari kat Plaza Angsana. Akhirnya 4 buah novel saya beli (itupun ada 1 lagi yang takde..tapi malas pulak nak cari kat pustaka mukmin). Memang dah masuk dalam list la semua novel nie...tapi dalam banyak-banyak tu cuma 1 jer yang memang novel baru "Merahnya Ceri'..yang lain tu lepas baca review pembaca,semua kata best..sebab tu saya beli...

Nak balik dari sana,saya singgah satu kedai pakaian,kat kedai tu ada la gantung2 shawl....dok belek-belek...terpikatlah dengan 2 shawl nie..


yang kelakarnya..ade ke patut..orang kedai tu masukkan tudung tu dalam beg plastik 'Bihun Kasar Cap Ikan Naga Emas' tu...hahaha..saya tak perasan pun..dah sampai rumah baru perasan...aduhai macam-macam lah...

(^__^)

Tuesday, December 20, 2011

Cuti dolu-dolu.. ^_~

Sekarang nie musim hujan...sana sini hujan...ada sesetengah tempat dah banjir pun,walaupun banjir tak sehebat tahun-tahun sebelumnya. Paling dahsat perpustakaan negara pun dilanda banjir..mesti jenuh nak mengemas kan..

Erm..tajuk pasal cuti..tapi dok citer banjir plak..hehe..

Sebenarnya saya nak share percutian saya ke Terengganu. Ini first time saya sampai Terengganu. Pergi tu pun pakai redah jer...saya dan seorang lagi kawan,kebetulan dia ada kenalan yang ada chalet kat Rantau Abang.

Nak cerita betapa seronoknya saya berada kat sana...memang tak terkata lah kan...sebab negerinya cantik..dengan pantai-pantai yang cantik...orang-orangnya pun ramah (walaupun saya agak sukar nak faham bahasa terengganu...tapi saya suka dengan layanan mereka) banyak kawasan yang masih terpelihara. pendek kata...semua yang baik-baik sajalah di mata dan di hati saya.

Walaupun saya pergi pada masa yang kurang tepat (bak kata orang2 sana lah) sebab masa tu dah nak musim tengkujuh..angin kuat..hujan pun lebat...kalo nak tengok laut boleh,tapi tak boleh mandi..bahaya. Selain daripada tu,dorang cakap..sayanglah tak dapat tengok penyu...sebab bukan musim penyu,kat pusat penternakan penyu tu pun takde penyu..kalau tak..boleh la lepaskan anak penyu ke laut..erm..that's why..saya rasa nak pergi lagi ke sana,bawa family pulak...

ok lah..nak cerita panjang2 pun tak best..jom layan gambar.. :)

chalet kitorg- d'teratai chalet

laut yang bergelora-masa nie dlm pukul 7 pagi..pas subuh tak sabar nak turun ke laut..tapi masa tu air pasang dan ombak kuat..so tunggu sampai pukul 7 baru kitorg turun ke laut.

jakun tengok laut yang luas----bestnye----

ini antara bangunan2 yang terdapat kat Taman Tamadun Islam...2 jam kitorg jalan dalam nie...tapi best..tengok bangunan2 bersejarah...

nie masjid kristal...memang terpegun tengok masjid nie..subahanallah...


shooping time...pasar payang
tapi tak la shopping sangat pun..yang sutera tu..poyo bergambar jer yer ;)

makan-makan..
nasi dagang yang sangat sedap...kopok lekor...goreng2 tepung....
(banyak lg benda ktorg makan..tapi tak sempat nak ambik gambo..sbb lapo sgt..ngeeee)

ok..nie jer la laporan percutian di Terengganu...sape2 yang tak penah pergi tu..saya sangat2 mengesyorkan anda untuk pergi ke sana...memang sangat seronok...baaaannnnyyaaaaaakkkk tempat2 cantik...pergilah antara bulan 3 hingga bulan 7...time tu lagi seronok katanya kalo ke sana...dan satu lagi tambahan...semua tandas awam kat sana bersih2...(tapi kat pasar payang saya tak masuk...so tak tau la keadaannya camner yer)

(^__^)


Wednesday, December 7, 2011

(^_^)

~A Wonderful Life~

S e N y u M   t A k   P e R L u   K a T a   A p A - a P a

^_______^ 

Monday, December 5, 2011

Housekeeping

Adoiii....
Sangat penat hari nie...punyalah bangun pagi dengan bersemangat wajanye untuk mengemas rumah,tapi tak sangka banyak betul cabarannya. Kononnye nak mop umah dari pintu depan sampai ke pintu dapur belakang. nak tukar segala cadar dalam rumah nie. Nak clearkan dan bersihkan peti ais. Nak kemas bilik mak bersih-bersih dan wangi-wangi. Supaya esok mak balik,rumah bersih,bercahaya dan mendamaikan.

almaklumlah....
Esok mak ngan abah saya akan balik dari menunaikan ibadah haji. Jadi sangatlah berkobar-kobar untuk mengemas rumah dengan sangat rapi. Rumah kami tak la besar mana..tapi kalau bersih,teratur dan kemas..masih rasa selesa dan tenteram kan...

Malangnye...
Bersama-sama saya adalah lima orang budak kecik yang sangat aktif. Yang kalau mereka bermain..rumah nie dah jadi macam padang bola dan taman permainan. yang apabila mereka duduk senyap-senyap..mesti ada sesuatu yang mencurigakan mereka lakukan (seperti main barang-barang acik2 dia dengan senyap2 atau menelek barang-barang yang mereka tidak digalakkan untuk main). Jadi,saya pun pagi2 lagi kejutkan dorang dan memberi arahan...buat homework..saya siap print soalan latihan dan sediakan buku latihan untuk dorang..dengan harapan..they will do their homework silently...

Namun...
Harapan itu meleset sama sekali..kejap2
"cik jah....ni macam mana nak buat...?"
"cik jah...ni apa maksud dia?"
"cik jah...tengok nie dorg kacau.."
"cik jah...adik ambik barang kita.."
"cik jah..haus lah..nak minum..."
"cik jah...itu..ini..begitu..begini.."
"cik jah..lapar..."

Ok..bagi makan...oleh kerana mereka makan berlima...jadi sangat 'happening" dapur saya...lepas tu..main plak...
tak larat lah cik jah nak layan...lepas zohor...hanya boleh kemas rumah tahap biasa2 jer..pastu saya ke Econsave..cari barang dapur,balik2...saya biarkan budak2 nie main kat hall rumah..saya ke dapur..keluarkan segala benda adari peti ais..kemas..cuci..(2 buah peti ais plak tu)...kemas balik barang2 masuk dalam peti...pastu mop lantai..cuci lantai belakang..kutip semua kain buruk..rendam. Perut lapar..buat kerja pun dah sampai menggigil tangan.

Lepas maghrib,saya keluarkan apa yang patut..masak nasi..dan lauk apa yang terdaya..aduh..penatnye..itu pun tak siap lagi..cadangnye..malam2 nanti nak kemas bilik mak..esok cuci bilik air dan mop hall depan...cayok!!cayok!!kambate!!faithing!!!!


Saturday, December 3, 2011

Cepat-cepat..Laju-laju..pun boleh tau...

Bukak freezer petang tadi...ada ayam yang tinggal 4 ketul,ikan cencaru yang belum disiang dan telur ayam. 

Erm...

Hari  nie nak masak yang paling express skali....

Tengok apa lagi yang ada...

Cili yang dah siap blend...

Taugeh....

Tauhu...

erm...

ok..fikir...apa masakan paling express...nak masak laju-laju nie...hehe...

Blingggggg!!!!

ok idea bernas..simple..mudah...berbaloi2...

keluarkan telur,cili yang dah blend...taugeh dan tauhu.....

menunya....taraaaaa.....

hehe..
(oh..anak dara mana boleh malas-malas)
skali-skala tak pe kan...

sebabnya dah 'ter'sangkut dengan drama korea nie...

lepas solat,baca Quran...
(yang nie tak leh express yer)
^__^

makan sikit...

layan anak buah jap...

ok..time to terbang ke korea...

weeee...

(^__^)

Friday, December 2, 2011

Jumaat yang barakah


Salam semua...

Mari mulakan hari ini dengan cas-cas positif dalam diri kita. Berfikir tentang sesuatu yang menggembirakan hati dan melakukan sesuatu yang membuatkan hati kita senang serta menyenangkan orang-orang di sekeliling kita.

Berfikir tentang kehebatan Allah dalam menjadikan kita sebagai manusia yang sempurna dengan akal yang hebat. Berfikir tentang kehebatan syurga,yang padanya terdapat nikmat-nikmat yang Allah ciptakan untuk kita nikmati insyaAllah dan berterima kasih ke atas segala rezeki yang Dia berikan kepada kita selama ini,ketika ini dan di masa-masa akan datang.

Menyedari kewujudan kita bukanlah sia-sia,maka jangan sia-siakan hidup kita dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah. Berbuat baik dengan sebanyak-banyaknya dan seikhlas yang kita mampu serta mengambil kesempatan ini untuk menyebarkan kasih sayang kepada sesiapa jua yang berhak mendapat kasih sayang kita. Sayangilah insan-insan disekeliling kita tanpa mengira apa jua perasaan yang ada dalam hati kita, tidak rugi memberi kasih sayang kerana ada pahala padanya. Padahal apabila kita menyimpan dendam, perkara itu akan mendatangkan penyakit dalam hati kita dan padanya ada dosa-dosa yang kadang-kala tidak kita sedari.

Senyum itu sedekah,maka berilah senyuman ketika kita masih mampu tersenyum.
Bersangka baik itu pintu kepada kebaikan,
maka jadikan ia amalan moga-moga ianya juga menjadi doa
 untuk membuka jalan kebaikan kepada orang lain.
Menyambung silaturrahim itu pahala,maka hulurkanlah salam dan bermaafanlah,
 kerana orang yang memberi kemaafan itu sebenarnya lebih tinggi nilainya dari yang menerima maaf.

~orang yang selalu tersenyum akan kelihatan lebih menarik dari orang lain~

vps hosting

Thursday, December 1, 2011

Kisah Hati

Mungkin apa yang ingin saya kongsikan ini sudah acapkali dibincangkan oleh banyak orang. Tapi saya rasa terpanggil untuk memperkatakannya kerana hanya di sini saya boleh mengatakannya dan berkongsi apa yang saya rasa.

Semalam seorang kawan saya (yang dah agak lama lost-contact dengan saya) tiba-tiba menghubungi saya. Menceritakan kisah hatinya yang sangat terluka. Saya tidak tahu keseluruhan cerita kisah hatinya ketika ianya sedang berbunga,tapi saya menjadi tempat dia bercerita ketika kisah itu dilanda ribut,taufan dan akhirnya kemarau yang berpanjangan.

Di kala usianya kini menjangkau satu tahap yang agak lewat,dia telah ditinggalkan oleh lelaki itu,yang dulu sanggup bersama-sama mengharungi pelbagai onak duri selama 11 tahun (mak aiiii...lamanye bercinta). Kisahnya,percintaan mereka dihalang oleh keluarga perempuan ini yang mengharapkan dia akan bertemu seorang lelaki yang paling tidak pun,mempunyai pekerjaan tetap untuk menyara kehidupan si gadis di masa-masa akan datang. Namun kerana ketika itu hati masing-masing sedang berbunga,mereka sanggup menunggu sampai ketikanya keluarga gadis ini memberi restu dan keizinan.....

Nak dipendekkan cerita,bila saat keluarga ini sudah boleh menerima dan memberi restu mereka (mungkin memikirkan betapa degilnya anak gadis mereka untuk tetap mengahwini si pujaan hati,kalau tidak katanya dia taknak kahwin dengan sesiapa pun...dahsyat penangan cinta dia nie) Si jejaka yang dulunya sanggup menanti,rupanya telah berubah hatinya. Hatinya tiba-tiba tertawan dengan seorang wanita yang selama ini menjadi tempat dia mencurah rasa (aduhai...klise sungguh..tapi itulah kenyataannya...mana bisa lelaki menjadikan perempuan sebagai tempat untuk mengadu segala masalah hati...tentulah akhirnya mereka berkongsi hati itu..adeeehhhhhh)

Kiranya sekarang ini,kawan saya sedang merana ditinggal kekasih hati,yang dulunya berjanji untuk setia menanti. Dia meratapi nasib diri yang ditinggal pergi. Apalah yang mampu saya perkatakan..saya tidak punya pengalaman,bukan juga penasihat terbaik untuknya. Meminjamkan telinga buat dia meluahkan rasa mungkin itu yang terbaik saya mampu lakukan. Paling tidakpun saya menasihatkan....dia bukan jodoh yang Allah janjikan untuknya,pasti Allah telah sediakan seorang yang jauh lebih baik dan lebih setia daripadanya... Yakin dengan janji Allah..Allah tidak akan pernah menguji kita di luar kemampuan diri kita.....

Persoalannya... salahkah jika seseorang itu bergelar andartu? Salah diakah sekiranya jodoh itu masih belum sampai kepadanya? Salahkah sekiranya dia masih tidak berkahwin? Adakah menjadi orang bujang pada usia yang melebihi 30-an menjadi satu dosa?

Saya faham kesulitan yang dihadapinya...berdepan keluarga yang sering bertanya,rakan sekerja yang terlalu asyik dengan soalan-soalan lazimnya...anggapan masyarakat yang menuduh dia terlalu memilih dan pelbagai bentuk persoalan serta pandangan yang dia tak mampu untuk jawab semuanya....

Apa yang saya mampu katakan padanya...sabarlah dan jadilah orang yang redha atas setiap ketentuan Allah, Allah sentiasa sayangkan kita...dan saya hanya mampu mendoakan dia agar segera dipertemukan jodoh yang baik,yang akan menjadi penenang hatinya~sebab dia sangat stress dengan masalah ini~ apalah daya saya???

Kata Hati Saya
"kalau aku lelaki...aku pinang jugak dia nie...huhuhu"

Disember Yang di Nanti


Akhirnya..
berlalu juga november itu...
yang padanya saya rasa masa seakan berhenti berputar...
waktu bagaikan merangkak setiap saat...
hari bagaikan tidak berganti...
minggu yang bagaikan tidak boleh dihitung...

Selamat tinggal...
November yang sangat sepi...
November yang sangat dingin...
November yang sangat menyesakkan...
dan...kadang-kala rasa terbeban...

Disember yang sangat dinanti-nanti...
mungkin ramainya mengharapkan tahun ini tidak mungkin berakhir...
tapi saya sangat menantikan kehadiran bulan terakhir ini...
mungkin bisa merawat rawannya jiwa...
membuka lembaran baru yang tiada tara...

Mari...
Mulakan bulan baru ini dengan senyuman...
^___^