Mungkin apa yang ingin saya kongsikan ini sudah acapkali dibincangkan oleh banyak orang. Tapi saya rasa terpanggil untuk memperkatakannya kerana hanya di sini saya boleh mengatakannya dan berkongsi apa yang saya rasa.
Semalam seorang kawan saya (yang dah agak lama lost-contact dengan saya) tiba-tiba menghubungi saya. Menceritakan kisah hatinya yang sangat terluka. Saya tidak tahu keseluruhan cerita kisah hatinya ketika ianya sedang berbunga,tapi saya menjadi tempat dia bercerita ketika kisah itu dilanda ribut,taufan dan akhirnya kemarau yang berpanjangan.
Di kala usianya kini menjangkau satu tahap yang agak lewat,dia telah ditinggalkan oleh lelaki itu,yang dulu sanggup bersama-sama mengharungi pelbagai onak duri selama 11 tahun (mak aiiii...lamanye bercinta). Kisahnya,percintaan mereka dihalang oleh keluarga perempuan ini yang mengharapkan dia akan bertemu seorang lelaki yang paling tidak pun,mempunyai pekerjaan tetap untuk menyara kehidupan si gadis di masa-masa akan datang. Namun kerana ketika itu hati masing-masing sedang berbunga,mereka sanggup menunggu sampai ketikanya keluarga gadis ini memberi restu dan keizinan.....
Nak dipendekkan cerita,bila saat keluarga ini sudah boleh menerima dan memberi restu mereka (mungkin memikirkan betapa degilnya anak gadis mereka untuk tetap mengahwini si pujaan hati,kalau tidak katanya dia taknak kahwin dengan sesiapa pun...dahsyat penangan cinta dia nie) Si jejaka yang dulunya sanggup menanti,rupanya telah berubah hatinya. Hatinya tiba-tiba tertawan dengan seorang wanita yang selama ini menjadi tempat dia mencurah rasa (aduhai...klise sungguh..tapi itulah kenyataannya...mana bisa lelaki menjadikan perempuan sebagai tempat untuk mengadu segala masalah hati...tentulah akhirnya mereka berkongsi hati itu..adeeehhhhhh)
Kiranya sekarang ini,kawan saya sedang merana ditinggal kekasih hati,yang dulunya berjanji untuk setia menanti. Dia meratapi nasib diri yang ditinggal pergi. Apalah yang mampu saya perkatakan..saya tidak punya pengalaman,bukan juga penasihat terbaik untuknya. Meminjamkan telinga buat dia meluahkan rasa mungkin itu yang terbaik saya mampu lakukan. Paling tidakpun saya menasihatkan....dia bukan jodoh yang Allah janjikan untuknya,pasti Allah telah sediakan seorang yang jauh lebih baik dan lebih setia daripadanya... Yakin dengan janji Allah..Allah tidak akan pernah menguji kita di luar kemampuan diri kita.....
Persoalannya... salahkah jika seseorang itu bergelar andartu? Salah diakah sekiranya jodoh itu masih belum sampai kepadanya? Salahkah sekiranya dia masih tidak berkahwin? Adakah menjadi orang bujang pada usia yang melebihi 30-an menjadi satu dosa?
Saya faham kesulitan yang dihadapinya...berdepan keluarga yang sering bertanya,rakan sekerja yang terlalu asyik dengan soalan-soalan lazimnya...anggapan masyarakat yang menuduh dia terlalu memilih dan pelbagai bentuk persoalan serta pandangan yang dia tak mampu untuk jawab semuanya....
Apa yang saya mampu katakan padanya...sabarlah dan jadilah orang yang redha atas setiap ketentuan Allah, Allah sentiasa sayangkan kita...dan saya hanya mampu mendoakan dia agar segera dipertemukan jodoh yang baik,yang akan menjadi penenang hatinya~sebab dia sangat stress dengan masalah ini~ apalah daya saya???
Kata Hati Saya
"kalau aku lelaki...aku pinang jugak dia nie...huhuhu"
No comments:
Post a Comment