Friday, December 2, 2011

Jumaat yang barakah


Salam semua...

Mari mulakan hari ini dengan cas-cas positif dalam diri kita. Berfikir tentang sesuatu yang menggembirakan hati dan melakukan sesuatu yang membuatkan hati kita senang serta menyenangkan orang-orang di sekeliling kita.

Berfikir tentang kehebatan Allah dalam menjadikan kita sebagai manusia yang sempurna dengan akal yang hebat. Berfikir tentang kehebatan syurga,yang padanya terdapat nikmat-nikmat yang Allah ciptakan untuk kita nikmati insyaAllah dan berterima kasih ke atas segala rezeki yang Dia berikan kepada kita selama ini,ketika ini dan di masa-masa akan datang.

Menyedari kewujudan kita bukanlah sia-sia,maka jangan sia-siakan hidup kita dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah. Berbuat baik dengan sebanyak-banyaknya dan seikhlas yang kita mampu serta mengambil kesempatan ini untuk menyebarkan kasih sayang kepada sesiapa jua yang berhak mendapat kasih sayang kita. Sayangilah insan-insan disekeliling kita tanpa mengira apa jua perasaan yang ada dalam hati kita, tidak rugi memberi kasih sayang kerana ada pahala padanya. Padahal apabila kita menyimpan dendam, perkara itu akan mendatangkan penyakit dalam hati kita dan padanya ada dosa-dosa yang kadang-kala tidak kita sedari.

Senyum itu sedekah,maka berilah senyuman ketika kita masih mampu tersenyum.
Bersangka baik itu pintu kepada kebaikan,
maka jadikan ia amalan moga-moga ianya juga menjadi doa
 untuk membuka jalan kebaikan kepada orang lain.
Menyambung silaturrahim itu pahala,maka hulurkanlah salam dan bermaafanlah,
 kerana orang yang memberi kemaafan itu sebenarnya lebih tinggi nilainya dari yang menerima maaf.

~orang yang selalu tersenyum akan kelihatan lebih menarik dari orang lain~

vps hosting

2 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Tafakkur adalah perbuatan hati. Jika kita melihat kebaikan pada diri kita, bersyukurlah kepada Allah SWT sebanyak mungkin. Jika kita melihat keburukan pada diri kita, maka bertaubatlah dari keburukan itu.

:)

izzah said...

@Abd Razak

waalaikumsalam

terima kasih..
perkongsian yang bermakna...

:)