Wednesday, June 13, 2012

Seindah Budi pekerti,Secantik Akhlak Terpuji.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad.

Saya mendengar satu kuliah tentang keindahan akhlak Rasulullah. Sememangnya tidak disangkal lagi bahawa sebaik-baik manusia yang dijadikan Allah di muka bumi ini adalah Muhammad S.A.W. Betapa akhlaknya disamakan dengan al-Quran. Setiap kali mendengar kisah-kisah tentang baginda rasul ini, tidak boleh tidak, hati terasa sayu, tersentuh dan rasa sangat ingin bertemu,bertentang mata dan berhadapan dengan insan agung yang dicintai Allah dan seluruh malaikat ini.

Saya mendengar kuliah dari Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid di Majlis Ta'lim ketika maulid bulanan yang lalu. Kali ini,beliau menghuraikan sedikit tentang keindahan akhlak Rasulullah S.A.W. Dalam muqaddimahnya beliau menyebut:
Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat menakjubkan dari segala segi termasuk akhlaknya. Jika hendak diceritakan tentang keindahan akhlak Rasulullah s.a.w secara keseluruhannya memang tidak akan pernah habis. Sehingga habis semua kata-kata yang baik masih tidak akan habis cerita tentang keindahan akhlak baginda.

Mendengarkannya tergambar di minda dan hati saya betapa beruntungnya para sahabat dan sahabiah yang bisa berkumpul bersama-sama baginda. Bertukar-tukar pendapat,saling melihat antara satu sama lain, menyaksikan betapa indahnya baginda rasul,melihat senyuman baginda,mendengar suara baginda dan menyaksikan perjalanan dakwah dan hidup baginda. Betapa cemburunya saya (T_T).

Bayangkan sahaja, bila kita melihat orang-orang soleh di sekitar kita,yang baik budi pekertinya,yang sopan tingkah lakunya, yang santun tutur katanya,sudah kita rasa terkagum dengan mereka, sudah kita rasa baiknya mereka, sudah kita berkira-kira alangkah baiknya jika aku bisa berkelakuan sepertinya. Bayangkan bagaimana indahnya Rasulullah S.A.W. Kerana mereka ini berusaha untuk mencontohi baginda yang mungkin jika ingin dibuat perbandingan hanya 1/4 sahaja akhlak baginda rasul yang mereka mampu praktikkan,belum sampai keseluruhannya sudah bisa buat kita terkagum,terinspirasi dan terasa takjub. Bayangkan bagaimana tingginya pekerti baginda.Tidak tergambar kan? Aduh...terasa ingin sangat bertemu dengannya.

Moga saja ucapan cinta,kasih dan rindu ini didengari oleh baginda, moga saja kita boleh berkumpul bersama-sama baginda nanti di syurga...ya Allah perkenankanlah.

Mood:
Sangat-sangat rindu ya Rasulullah
:'(


 
 
 

1 comment:

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Alangkah mulia akhlak Nabi yang dihiasi pekerti, yang memiliki keindahan dan bercirikan wajah berseri

Kemegahannya bak bunga, kemuliaannya bak purnama
Kedermawanannya bak lautan, keghairahannya bak sang waktu