Sunday, July 15, 2012

Izinkan by Adeep Nahar

  


Izinkan –Adeep Nahar

Tika terbenam suria,
Berbisik suara,
khayal ku terjaga,
Saatku bermula,
Hingga ku terlupa,
Dimana batasnya…

Baru kini aku sedari,
Hidup yang Kau beri tiada ku penuhi,
Dunia yg kukecapi  bukan firdausi,
Tiada yang kekal abadi…

c/o
Ohoh..Tuhan izinkanlah,
Aku bersujud, memohon rahmat-Mu,
Kau bimbinglah aku,
Terangi hatiku,teguhkan imanku…

Ulang **

Tika terbenam suria,
Berbisik suara,
Khayalku terjaga,
Dunia yang ku kecapi bukan firdausi ,
tiada yang kekal abadi…
Ulang **
______________________________________________________________________________
sedikit info:
Adeep Nahar adalah bekas ahli kumpulan The Fabulous Cats..

Adeep duduk dalam lingkungan kumpulan al-mawlid (belakang Zaff)

Selalu dalam team Qasidah dan Selawat nie,adeep main percussion jer...tak pernah nampak dia berqasidah bersama-sama,tak sangka suara dia sangat sedap didengar kan...

Semoga Allah memeliharanya dan menjadikan dia istiqamah di atas jalan dakwah...
Allahumma amin...

12 comments:

Abd Razak said...

وعليكم السلام ورحة الله

Pertama kali dengar, moga usahanya mencapai matlumat hidupnya

Izzah said...

@Abd Razak

insyaAllah..semoga yang baik-baik buat dirinya dan semua...

Anonymous said...

ya allah sush saya nk mencaRI LAGU NIH DI YOUTUBE .. hemm seronok sgt mndgrnye , dan kali pertama sayg mndengarnye waktu berjalan jalan di taman tasek taiping melihat pokok pokok yg cntik tasek yg yg sgt cntik subahanallah dn smbil tu radio memutarkan lagu ini syaduh sungguh waktu tu , rase seronok sngt semangt enth di mana kembali gegege terbaik lahhh... memg best sgt sgt best menyentuh perasaaan sy , indh sungguh ciptann tuhan , semoga anda berjaya dlm hidup dn akhirat terima kasih ..

Abdul Hazim said...

Memang tak ada lagu ni dekat youtube. Puas cari 😢. Baru tahun ni dengar lagu ni. Dasyat lagu ni. Nice meoldy, nice vocal 👍🏼👍🏼👍🏼. Chorus pergi habis. But i like the most is verse after chorus. Sekali layan lagu ni 30minit. Ulang saja. Haha. Tak puas dengar. Sampai sanggup habis data internet. Hahaha. In sya Allah, bakal ade orang yang akan cover lagu ni.

Unknown said...

Terbaik lagu ni..unsur jazz moden diselitkan dalam lagu dakwah islam..semoga Allah memberkatimu sahabat dlm menyampaikan dakwah lagu ni.

Anonymous said...

saya ada mp3 lagu ni, nak email saya free je. mkawjr@gmail.com

Anonymous said...

Mmg terbaik la

Unknown said...

https://cf-media.sndcdn.com/5kvtr6pryuBl.128.mp3?Policy=eyJTdGF0ZW1lbnQiOlt7IlJlc291cmNlIjoiKjovL2NmLW1lZGlhLnNuZGNkbi5jb20vNWt2dHI2cHJ5dUJsLjEyOC5tcDMiLCJDb25kaXRpb24iOnsiRGF0ZUxlc3NUaGFuIjp7IkFXUzpFcG9jaFRpbWUiOjE0ODc2Nzc4NzF9fX1dfQ__&Signature=HiE1IhMvylTKCS36ujZGYgK54BcGLncM5w0IjYsPArAloLwjptwuHh8tdwET7dCJJzMjoKoRvxWHysBYuZ-jBVGYx5SEuSRIwr6Xq~jFo8V6NbV8J6XlaJhwSLXWKxq8wEzlC41c1Cw9RrhQWZjOwzEILyPqwuHQUzL5Ls6nRzAS7OFdp~PzHMmZBeZklyiWyv-7yBzbOxjr6~O8L-epyXg~lePgMuJRdrNBoL5dRareehaBvCjHH3J0a3NZRQ9Ex3HFza7oQMV6sPccpjcv3ePNxOHEwe6Tafid-9DaKKDlrYUqogbLL15FnKsmsdKYZQQb7JQHNq-tJhZHbs1ALw__&Key-Pair-Id=APKAJAGZ7VMH2PFPW6UQ

Nih die link try download

Anonymous said...

lama gile cari lagu ni. kat youtube tak de.
melodi best. lirik best. suara best. seriously harap lagu ni pergi lebih jauh.

arielrezza said...

lama jugak cari lagu ni tak jumpa2. alhamdulillah. semoga lirik lagu ni dpt kita hayati dan insafi diri masing. amin

rainseeart said...

dh ade dkt youtube

rainseeart said...

dh ade dkt youtube https://youtu.be/Rc2XPKk4Nto