Sunday, July 8, 2012

Jangan salah lagi..nilai dengan iman di hati

Assalamualaikum warahmatullah....


Kita berjalan dalam perjalanan hidup yang panjang. Kita tidak pernah tahu apa yang bakal kita temui di hadapan. Bila masanya kita perlu memilih simpang yang betul juga bukan di dalam pengetahuan kita. Namun yang pasti, bila kita memilih dengan ilmu dan iman,insyaAllah yang dipilih itu adalah yang baik buat kita. Andai Allah takdirkan itu bukan pilihan yang tepat, maka itu adalah pengajaran buat kita.

Hidup juga adalah satu tempoh pembelajaran yang tiada kesudahan. Setiap perkara yang berlaku adalah satu ilmu baru dan satu pengalaman yang penuh dengan hikmah tersendiri. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar dengan setiap ujiannya. Cuma, jangan kita buat lagi kesalahan yang sama. Takut nanti,kita terlalu immune dengan kesalahan itu sehingga kita berulang-ulang melakukannya.

Satu pengajaran hidup yang saya pelajari dalam hidup seperti gambar di atas ialah : "Orang lelaki atau perempuan yang sangat mudah jatuh cinta berkali-kali dalam satu masa adalah orang yang paling lemah hatinya kerana tidak terasuh dengan kuatnya menahan godaan serta hawa nafsu. Mereka yang lemah hatinya kerana perkara begini menampakkan kelemahan imannya. Mereka yang mendidik hatinya dengan iman dan takutkan Allah,akan menjaga matanya dari memandang sesuatu dengan nafsunya,menjaga lidahnya dari merayu dan mengungkapkan yang sia-sia serta menjauhkan dirinya dari cinta dunia yang sia-sia. Mereka menjaga hatinya kerana Allah dan akan hanya memberi hatinya kepada orang-orang yang mencintai Allah sahaja."

Menilailah dengan mata hati yang didalamnya terdapat iman. Berserahlah kepada Allah untuk sebaik-baik pilihan. Bertawakkallah kerana itu cara orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Kita mungkin salah,tapi kita tidak pernah terlambat untuk membetulkan keadaan. Jangan takut,kerana Allah sentisa bersama kita.

2 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Tiada yang lebih baik sebagai manusia menunaikan tugas kehambaan, menerima ketentuan Allah baik atau buruknya serta redha dengan pilihan~Nya

Izzah said...

@Abd Razak

Waalaikumsalam...

ya,selagi kita yakin dengan Allah,insyaAllah segalanya akan jadi indah walaupun ianya berbentuk ujian...