Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Salam Ramadhan...tahniah,kerana telah di pilih Allah untuk berada dalam bulan mulia,bulan yang digandakan pahala,bulan yang dijadikan sebagai satu bulan 'hadiah' Allah kepada sekalian manusia. Sebagaimana yang dikatakan oleh baginda nabi Muhammad s.a.w,seandainya kita tahu betapa hebatnya kurniaan di bulan Ramadhan ini,tentu kita inginkan Ramadhan bukan hanya sebulan,tapi biarlah sepanjang tahun (kerana rahmat dan kurniaan yang terdapat di dalamnya)
Sebelum kita memasuki Ramadhan,mari persiapkan diri supaya semua amalan kita sepanjang Ramadhan akan diterima Allah s.w.t tanpa halangan. Pertamanya niat yang ikhlas memasuki Ramadhan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan melakukan sebanyak mungkin amalan-amalan dengan harapan semoga ibadah itu akan di terima Allah dan diganjari pahala. Sungguh,beruntung orang yang berpuasa kerana diamnya orang yang berpuasa dianggap tasbih dan tidurnya prang yang berpuasa dikira ibadah,apatah lagi saat kita bangun untuk melakukan ibadah yang sebenar dan membaca al-Quran,pasti ganjarannya akan lebih besar.
Mari kita sama-sama memastikan bahawa masuknya kita ke dalam bulan Ramadhan ini tanpa ada hutang dengan sesiapa pun. Samada kepada Allah mahupun sesama manusia. Rasulullah s.a.w menyarankan kita agar saling bermaafan dan memaafkan. Memohon maaf kepada kedua ibu-bapa, memohon maaf kepada sahabat-sahabat serta memberi kemaafan kepada sesiapa yang pernah menyakiti hati kita. Inilah sebaik-baik permulaan bagi Ramadhan.
Antara sebab terhalang/terputusnya pengampunan Allah di bulan Ramadhan ialah memutuskan silaturrahim. Jadilah orang yang menyambungkan perhubungan walaupun dengan orang yang telah berbuat zalim kepada kita. Andai perbuatannya sangat menyakitkan hati kita,jangan sampai ke tahap kita terhindar dari keampunan Allah di dalam Ramadhan.Perbuatan salahnya itu akan diperhitungkan oleh Allah dan Allah juga yang akan menghitung hak kita (kerana dizalimi/disakiti).
Kerana Allah suka memberi kemaafan (al-Ghaffur) dan Dia suka kepada orang yang memberi kemaafan dengan bersungguh-sungguh. Rasulullah s.a.w mengajarkan bagaimana cara terbaik untuk memaafkan seseorang di saat kita begitu sukar untuk memberi kemaafan adalah dengan mendoakan kesejahteraan mereka dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Semoga Allah merahmati mereka dan menjauhkan mereka dari perbutan zalim itu serta menjauhkan orang lain dari kezaliman mereka.
Moga-moga tak seorang pun daripada kita yang diharamkan Allah untuk mendapat kebaikan dari bulan Ramadhan. Kerana sesiapa yang tidak mendapat fadhilat dan kebaikan dalam bulan Ramadhan yang padanya terdapat sebegitu banyak kebaikan,dia telah diharamkan dari segala jenis kebaikan dan rahmat Allah s.w.t.
Semoga rahmat Allah akan bersama kita sepanjang Ramadhan dan keberkatannya berpanjangan sepanjang hayat di dunia dan akhirat.
_________________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment