Thursday, October 4, 2012

Jemput Hadir Bersama Saya ^_^

Buat kawan-kawan yang berada di sekitar Lembah Kelang, Kuala Lumpur dan Selangor, mari sama-sama merasai kemeriahan 'Majlis Maulid Bulanan' anjuran 'Majlis Ta'lim darul Murtadza', di Masjid Muadz bin Jabal, setiawangsa,selepas solat isya'.

Apa yang saya rasa indahnya majlis ini selain di penuhi dengan qasidah yang memuji dan berselawat ke atas junjungan mulia Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam ialah merasa bagaimana perasaan dan sambutan para sahabat menyambut kehadiran baginda memasuki kota Madinah semasa peristiwa hijrah.  para sahabat berkompang dan menyanyikan qasidah 'Thola'al badru alaina'. Meriah. Bersyukur.Penuh mahabbah.

Sekiranya ingin menambah rasa mahabbah kepada baginda Rasulullah s.a.w, saya mengajak kawan-kawan yang punya kelapangan masa untuk merasa keindahan majlis ini dan sama-sama menyelusuri keindahan akhlak baginda dalam tazkirah yang di beri oleh al-Habib Ali Zaenal Abidin al-Hameed.

Insya Allah,kita akan rasa besarnya rasa mahabbah dalam majlis ini. Bukan sahaja sangat dinantikan oleh kita yang dewasa,bahkan anak-anak kecil sangat-sangat menantikan majlis ini setiap bulan.

Untuk pengetahuan semua,majlis ini berlangsung setiap hari jumaat pertama setiap bulan. Manakala pada hari jumaat minggu-minggu seterusnya akan diadakan kelas ta'lim yang membahaskan tafsir al-Quran, Buku Bidayatul Hidayah (imam al-Ghazali), syarah hadis kitab Riyadhus Solihin dan Buku Peringatan Tentang Umur Insan.



1 comment:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Rugi jika tidak hadir...