Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Ohayo!!
Sebelum terus menulis dan membaca..meh selawat sama-sama (^__^)
Allahumma solli 'ala saiyyidina Muhammad...
Hari nie nak sembang-sembang jer. Perihal bersendiri. Seorang diri. Sendirian.
Saya memang tabik spring pada sesiapa pun yang dia boleh selamba badak jer pergi mana-mana sorang-sorang. Pergi shopping ker, pergi makan kat fast-food restorant ke, pergi masjid sekali pun...bila dorang boleh pergi sendiri...saya rasa mereka-mereka itu hebat dan sangat osemmm!!!Kalau ada yang boleh duduk dekat rumah sorang-sorang,lagi lah hebat.
Macamana erk mereka-mereka ini boleh serasi duduk sorang-sorang, selesa berjalan sendiri-sendiri dan hidup bila tinggal sorang-sorang kat rumah. Sebab saya adalah manusia yang akan mati kutu bila kena tinggal sorang-sorang (bukan setakat mati kutu,gajah pun boleh mati!)
Sebab saya selalu rasa,kalau jalan sorang-sorang tu pelik,kalau makan sorang-sorang serba tak kena,rasa macam semua orang pandang masa tengah makan..(yang sebenarnya :perahsan!) kalau kena tinggal kat rumah sorang-sorang,saya sedih..boleh buat drama air mata sehari suntuk....masa tu setiap 10 minit telepon mak,tanya bila nak balik (memang suka menyusahkan hati mak ngan abah budak nih! huh)
Masa dapat tawaran belajar dulu pun, saya siap ugut-paksa kawan saya terima jugak tawaran belajar kat universiti yang sama, walaupun masa tu kawan saya macam nak-taknak jer sambung study (at least..dia besyukur kerana paksaan saya tu..ngeee). Sebabnya saya taknak rasa terasing kat tempat baru, sedangkan kami dapat pengkhususan yang berbeza. Yang bestnye,Allah campakkan kami posting kat daerah yang sama,jadi sampai ke sudah saya sentisa ada dia untuk teman saya.
Bila kawan saya dah kahwin, oleh kerana saya taknak tinggal sorang-sorang kat rumah sewa tu, saya siap isi borang pindah. Balik rumah mak-abah. Sampai sekarang,saya tak pernah tinggal sendiri atau sorang-sorang. Jadi,saya selalu fikir,orang yang boleh tinggal sorang-sorang tu hebat sesangat. Macam mana erk dorang boleh hidup bila sendirian...???? (sedang cuba membayangkan...huurrmmm)
edisi tambahan:
Nak pergi isi minyak kete pun kena teman, nak keluarkan duit kat ATM pun kena ada peneman. nak pergi mana-mana pun kena ada orang teman. Nasib baik cik jah ada anak-nak buah yang sukaaaaaa sangat teman cik jah pergi mana-mana.
(^__^)
6 comments:
hehe.. takla hebat mana pun buat benda sorang2 ni... cumanya kita takyah la nak sakit hati ke ape ke kalau orang nak meneman tu buat perangai..
kita dah biasa buat benda sendiri, sampai skang walaupun dah kawin. cuma tinggal lagi skang rase cuak sikit kalau tinggal sorang kat rumah... hihi
waaahhh...
pada saya yang tak pernah buat benda sendiri or sensorang..sgt hebat lah..sebab BERANI untuk buat all that stuff sendiri...
tinggal sensorang kat rumah itu paling menyayat hati kan..huhu
kak jie pula tak reti nak pergi dengan orang... macam apa² jadual kita tak boleh nak ikut kepala sendiri.
kalau pergi shopping sorang² boleh saja nak buat keputusan nak dok lama kat kedai yg kita suka, nak belek tudung berapa lama nak belek kasut...tapi kalau dgn orang lain rasa mcm dia suka ke dia tak suka ke
so....mmg suka sorang²
waaaahhhh...
kak jie mmg sentiasa oseeeemmmm...
:)
nak isi minyak kena teman? nak pi atm kena teman? anda laaagiiiii osemmm,kekkekekeke.
ha..ha..ha..ha..
@juliet..well..i'm the boss !
:P
Post a Comment