Monday, November 19, 2012

Bicara buat yang syahid di jalan-Nya

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sayu hati melihat anak-anak kecil ini tidak bernyawa lagi,
Dengan darah merah meliputi tubuh badan,
Dengan pucat wajah yang sangat meruntun perasaan,
Kerana mempertahankan sebuah agama dan negara.

Yahudi Zionist itu bermaharaja lela,
Semakin rakus menyerang dengan pelbagai senjata,
Menghujani Palestin dengan peluru tanpa rasa,
Hanya kerana bongkak dan ingin dilihat ampuh oleh dunia.

Si kecil Palestin itu tetap gagah mempertahankan perjuangan mereka,
Pemuda Palestin itu tegak berdiri melindungi dan memerangi musuh agama mereka,
Menghunus apa jua senjata yang ada demi sebuah keamanan dan kebebasan yang nyata milik mereka,
Lelaki-lelaki itu berjuang mencari syahid di jalan-Nya,
Bersama wanita-wanita yang tidak pernah putus doanya buat kesejahteraan semua.

Mereka berlindung dengan nama Allah yang maha berkuasa,
Mereka dijemput Allah sebagai syahid di jalan-Nya,
Mereka mulia di sisi Allah kerana kentalnya semangat mereka,
Mempertahankan al-Aqsa dengan kalimah syahadah yang mulia.

Sungguh hiba kami yang jauh disini,
Walau hanya dengan mendengar khabarmu dari kejauhan,
Walau hanya menatap gambar bisu yang penuh dengan 1001 kesukaran,
Hanya doa dan harapan yang menggunung tinggi kami panjatkan,
Moga Allah membantu kamu, melemahkan musuh-musuh itu dan memberi kekuatan dalam hati-hati kamu.

Sungguh Palestina,
Kamulah juara kerana kamu mara dengan keberanian,
Sedang musuh Allah itu menyerang kamu kerana penuh dengan ketakutan,



1 comment:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Sedih melihat keadaan. Hanya doa yang dapat dihulurkan. Semalam sempat menonton satu video mengenai fahaman syiah.

Hizbullah yang ada di Palestin tu bukanlah berjuang untuk umat Islam di sana tetapi mereka bersongkol dengan Yahudi untuk menghapus umat Islam Sunni...Allahu Akhbar