Friday, November 28, 2008
Blurrrrrr...
Thursday, November 27, 2008
Kalau Bukan Jodohnya...
sudah empat hari..inilah aktiviti pagi saya..menjadi cikgu jemputan untuk murid2 tahun 1,2 &3..buat kelas persediaan untuk ke tahun depan..sepatutnya kelas nie bermula mingu lepas..tapi kerana hal2 yang tak dapat dielakkan..saya hanya mula mengajar pada hari isnin lepas...jiran merangkap kawan emak saya yang meng'offer' saya...dan saya fikir..why not?lagipun saya tak ada ape2 aktiviti cuti sekolah nie..sekurang2nya pagi saya terisi dengan perkara yang berfaedah. kelas ni anjuran JKKK kampung dan rangkaian pendidikan PASTI bagi membantu kanak2 ini belajar dalam musim cuti sekolah..jadualnya pun tak terlalu panjang..bermula pukul 9:00 pagi hingga 11:00 pagi..setiap hari isnin-khamis...bayaran pun sangat murah hanya rm10 untuk jangka masa sebulan...dan yang penting,sekurang2nya kanak2 nie tak menghabiskan masa dengan aktiviti yang tak berisi(sekurang2nya juga ibu-bapa tahu anak2nya belajar 2jam sehari..kalo nak harapkan kat rumah..mungkin kartun ajelah jawabnya..ceria..ceria..ceria...)dan sambil saya membantu mereka..saya juga membantu diri saya..dapat income sampingan musim cuti2 nie..:)..senyum sampai ke telinga....
Wednesday, November 26, 2008
Pening Lalat
Yoga...
Musykil juga saya dengan orang yang sibuk2 membantah fatwa yang telah dikeluarkan oleh pakar2 agama nie..kalau kita tak dengar cakap orang yang memang ahli dalam bidang agama nie..cakap saper lagi kita nak dengar bila timbul masalah2 agama macam nie. ..lebih2 lagi perkara ini bersangkut paut dengan akidah kita sebagai seorang islam. Itulah..bila orang cakap orang melayu+islam nie suka meniru gaya hidup bangsa+agama lain secara melulu(kononnya up to date la..ataupun modern lifestyle) kita melenting...bila orang membetulkan kesilapan kita dengan dalil2 yang benar pun kita melenting jugak...dalam agama takde yang out of date atau tak up to date..sebab agama kita dah cukup syumul dah...suruhan solat 5 waktu tu taknak pulak jadikan amalan..bila dikatakan solat itu senaman yang paling bagus..tak percaya pulak..tapi bila amalan agama lain kita jadikan cara hidup..boleh la pulak...fikir2 kan lah...
Tuesday, November 25, 2008
Tulang empat kerat
Selalu kita dengar orang cakap selagi terdaya gunakanlah tulang empat kerat yang kita ada untuk kita usahakan sesuatu..untuk mendapatkan sesuatu...tadi saya ke KL..ada date dengan kawan lama..kebetulan dia datang bercuti di rumah abang dia..jadi ajak round2 KL..shopping sakan dia..saya cuma temankan dia memilih itu dan ini...selain bagi pendapat mana yang sesuai dan tak sesuai untuk dia..(boleh pakai jugak idea saya..kehkehkeh..macam perunding imej la plak)..dan dia menggunakan tulang empat kerat dia untuk membawa semua hasil borongan untuk di bawa balik ke pahang..hehe..hasil jugak tu kan...
masa berhenti solat zohor di Masjid India(sambil menghilangkan lenguh2 kaki..pusing sekitar jalan TAR dan jln Masjid India)ada sesuatu yang sangat menarik dan tertarik saya 'ter'nampak semasa menunggu kawan saya menyelesaikan solatnya..jeng..jeng..jeng...bacalah iklan yang saya sempat 'snap' untuk tatapan umum..(saya tolong iklankan untuk dorg ker..oh..tidak..)..antara dalam iklan tu mengatakan..'tidak kira apa status anda..cepat jangan tunggu lama-lama...owk ow..bahaya tuh..kepada para isteri..pastikan suami2 anda tidak mendail nombor yang tertera..hehehe..sebab zaman sekarang nie..macam2 jenis manusia dan macam2 perkara berlaku tanpa kita sedar dan kadang2 benda tu tak terjangkau dek akal kita...agensi ini..berusaha semaksima mungkin untuk mendapatkan pelanggan menggunakan tulang empat kerat pekerjanya(terutama yang menampal iklan ini..tinggi tu..mesti dia panjat pagar masjid tu )..tidak kiralah siapa pun pelanggan mereka..dan yang paling best..iklan ini di tampal di Masjid..yerla..nak menyeru org mendirikan masjid la katakan..hehehe..
itu satu citer..satu lagi..dalam perjalanan balik..saya jumpa ramai pengemis2 jalanan yang memegang cawan menadah rezeki dari ihsan orang lain...saya secara jujurnya memandang negatif dengan aktiviti pengemis terutama di KL...sejak2 keluar banyak cerita negatif tentang mereka terutama yang berkaitan sindiket..mahupun org2 yang tidak berusaha menggunakan tulang empat kerat mereka untuk melakukan kerja demi meraih rezeki...selalu juga kita dengar pengemis yang mendapat ratusan malah ribuan ringgit sehari hasil dari mengemis...mungkin pemikiran saya terlalu negatif terhadap mereka tetapi itulah hakikatnya..setiap kali saya melihat mereka pasti terlintas difikiran pandangan2 negatif..kemana duit itu pergi?untuk siapa duit itu dibelanjakan?atau..betul2 ker dorg nie tak berkemampuan?..mungkin..benar2 ada pengemis yang mengemis kerana betul2 tak berpeluang untuk mendapat pekerjayaan yang halal..atau benar2 kesempitan hidup..tapi berapa ramai dari kalangan mereka?sesetengah org berpendapat..hulurkan saja bantuan..niatkan sedekah itu ikhlas untuk menbantu meringankan beban..ke mana pun duit itu pergi..itu adalah urusan si pengemis dengan Allah..mungkin itu yang terbaik...semoga setiap harta yang kita infakkan untuk sedekah akan disalurkan ke jalan yang betul dan mendapat ganjaran pahala dariNya..insyaAllah...
Saturday, November 22, 2008
Antara Novel dan Filemnya
i'm a new beginers...
cerita rama-rama
Apa yang saya faham ialah..kita tak perlu mengejar cinta (umpama kita mengejar rama-rama..kita berlari bersungguh-sungguh..kadang2 hampir tersungkur..namun,makin kita dekat…macam dah nak dapat..tiba2 dia ‘terbang’ lebih jauh lagi) tetapi..biarlah cinta yang kita harapkan itu datang sendiri kepada kita…mungkin benar persepsi ini,kenapa? kerana saya juga pernah mendengar pengalaman dari kawan2 dan juga dari pembacaan..yang ceritanya hampir sama dengan cerita ‘mengejar rama-rama’ nie…bila mereka dah give-up mencari dan mengejar cinta..suddently..cinta datang menjengah…
erm…itulah takdir..qada’ dan qadar Allah…dia menciptakan sesuatu itu sungguh unik dan tersendiri..begitu juga dengan rahsia jodoh kita..kita tak pernah tahu siapa jodoh yang Allah takdirkan untuk kita…mungkin hari ini kita bercinta dengan ’sipolan’ ini…tapi adakah dia jodoh kita?masih rahsia…mungkin juga kita ditakdirkan menjadi tunang seseorang…tapi adakah dia benar2 akan jadi suami/isteri kita?masih lagi satu rahsia….dan mungkin kita ditakdirkan menjadi isteri/suami seseorang…tapi benarkah dia yang ditakdirkan bersama kita hingga ke akhir hayat?masih lagi rahsia….
namun..Allah telah menyediakan jalan keluar menggunakan ’senjata orang2 mukmin’…berdoalah…semoga ’si dia’ akan menjadi teman kita di syurga…ssungguhnya Allah mendengar setiap doa orang yang ikhlas…