Thursday, November 27, 2008

Kalau Bukan Jodohnya...



Dua hari lepas...saya berjumpa dengan kawan lama...dia berpangkat adik pada saya(dia muda dua tahun dari saya)tapi kami sangat rapat masa belajar dulu...masa memisahkan kami..tapi hubungan masih dikekalkan...dia begitu beriya2 ingin berjumpa..tarikh 'date' pun beberapa kali terpaksa diubah kerana saya ada komitmen lain..tapi dia bersunguh nak berjumpa..."antara hidup dan mati"itu ungkapannya dalam sms sehari sebelum berjumpa...rupanya dia ada kisah duka..."orang dah taknakkan saya lagi"...ujarnya bila kami melabuhkan punggung di KFC tengahari itu...dia masih tersenyum..dan terdengar tawanya yang lirih..saya terkejut...sambungnya"semalam dia sms saya..katanya dia tak ada hati dengan saya lagi..dia tak boleh terima perempuan macam saya..dia kata saya queen control.."terus amarah saya naik..."bukan dulu dia yang beria2 nakkan awak ker?bila awak menolak dengan baik..dia cuba bersungguh2..hantar pinangan..bila dah masa nak kawin..knp dia ckp macam nie?dia memang tak kenal siapa awak..awak bukan queen control.."balas saya agak tegang...ceritanya...lepas setengah tahun bertunang..dia kesan perubahan pada tunangnya tu..jarang sekali menghantar khabar berita..sms tidak..telefon apatah lagi..kalau tak kawan saya memulakan sms..tunangnya tak akan sms dulu..kemusykilan itu terlerai malam itu..bila kawan saya memutuskan hendak bersua muka..bertanya apa sebenarnya yang berlaku..kerana pada perkiraannya dia tak berbuat salah apa2...tapi..lelaki kalau nak bagi alasan..apa pun jadi..bila dah taknak kan kita..semuanya jadi buruk..tak baik..walaupun sebelumnya..semuanya cantik...saya sendiri merasakan alasan yang digunakan untuk memutuskan pertunangan itu terlalu bodoh!...ada ke dia ckp kawan saya tu queen control hanya kerana kawan saya menetapkan syarat(untuk menjaga batas syariah)antaranya:



1.supaya tidak selalu menelefon..seminggu sekali bolehla..kalau selalu jadi zina telinga..



tapi kalau sekadar sms takpe hari2(sekadar bertanya khabar).



2.berjumpa..mesti ada yang meneman..itu pesan ayah..dan saranan agama juga kan?



saya rasakan syarat2 tu bukan untuk control si lelaki..tapi..control kedua2nya..agar hubungan itu terjaga baik mengikut syariatnya...dan alasan lain untuk memutuskan pertunangan itu sebab kawan saya bertanya bila nak langsung..janjinya setahun..dan bulan ini sudah genap setahun..jadi dia minta supaya kedua2 belah pihak keluarga berbincang..sementelaah..ibu-bapa asyik bertanya...bertunang lama2 pun..tak baik juga...bukan mendesak..cuma ingin kepastian..ye la perempuan..nak buat keputusan nanti kata lebih2 pulak..tentu lebih manis kalau lelaki yang buat keputusan..terserlahlah kematangan lelaki..disamping kebijaksanaannya membuat keputusan...malangnya..si tunang menganggap kawan saya terlalu mendesak..dan dia tak bersedia lagi untuk berkahwin..alahai...kalau tak bersedia..dulu beriya2 nak bertunang...masa meminang tak fikir ker nak berkahwin?bukan kah itu alasan bodoh namanya?..






saya katakan kepada kawan saya.."mugkin ada baiknya semua ini terjadi..kalau dia jadi suami awak...entah macammana dia jadi kepala keluarga..fikiran dia belum matang..belum mahu memikul tanggungjawab..lagipun mesti ada hikmah yang Allah nak tunjukkan...awak tak rugi kehilangan dia..tapi dia rugi besar kerana melepaskan awak..sebab awak perempuan yang baik..tentu jodoh awak orang yang baik2 juga.."dan saya melihat dia sangat tenang selepas habis menceritakan segalanya..mungkin beban di bahunya terasa ringan sedikit..walaupun bukan semua bebannya mampu saya hilangkan..dan saya juga berharap..semoga dia akan terus cekal menghadapi hari2nya..perlu berhadapan dengan bekas tunang setiap hari selepas ini..(sebab dorang rakan sekerja)aduh...



2 comments:

Tie said...

Betul kata izzah tu. Mujurlah tak kahwin lagi. Tunang tu bukannya seorang yang matang dan langsung tak sesuai. Patut kawan izzah rasa lega, tuhan sayangkannya.Ada seseorang yang lebih istimewa utknya.. Izzah bagaimana?? Masih single atau dah berpunya??

Izzah said...

wah..kak tie..saya single lagi..ntah la..mak saya sampai cakap..saya nie berat jodoh..alamak..mintak2 dijauhkan...:(