Thursday, April 2, 2009

Hawa (La Tahzan!)

Hawa, Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa, Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa.. Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

5 comments:

Dearie Pearls said...

Hows so sweet..

Semoga kita sebagai Hawa tahu batas dan berada di landasan yang betul..

Semoga sukses selalu, Sahabat.
Thanx for sharing..

Unknown said...

Salam,,semoga kamu semua mendapat kejayaan,saya pernah duduk dalam majlis satu orang ulama di indonesia,apa dia cakap,satu wanita,punya fikir dan kalahkan sepuluh orang lelaki,dan apabila wanita ada fikir agama,insyaAllah,seluruh keluarga dia selamat...bahkan jika di sekeliling rumah ada kemungkaran,tp kemungkaran ini tidak akan memasuki rumah wanita tersebut,,,semoga Allah pelihara kita dan seluruh umat amnya..salam ziarah,jemput beri pendapat atau nasihat di blog saya dan jangan lupa add blog saya sebagai rakan blog anda...tq.

Izzah said...

@LOL-Pearls
Yes dear..
semoga kita sentisa memelihara diri kita..

Izzah said...

@Anak Pendang Sekeluarga

Tahnx for sharing..
semoga kemungkaran tak mendekati kita..
insayaAllah saya akan ziarah ke blog anda.

fazemy said...

Ya..La Tahzah Hawa a.k.a Izzah. Yang pasti stiap manusia dh ditentukan ajal maut jodoh pertemuan. Cuma cepat dan lambat saja. Jgn bersedih sahabat..