Thursday, June 25, 2009

Usia..Muda..Tua...

Erm... hari nie nak cerita pasal umur dan usia. Apa ada pada umur??? Petunjuk kepada kematangan? becoming tua? atau hanya sekadar nombor??? hahhaa..
Perempuan memang sensitif pasal usia..bila nak menjangkau ke nombor puluh yang seterusnya..warrrgghh..so tak suka...am i right???
Titibe nak citer pasal usia kan..kenapa?? hari nie bukan hari jadi saya..or someone yang saya kenal pun bukan..tapi kalau ada sesiapa yang menyambut hari ulang tahun kelahiran ketika membaca e3 nie..wish u..selamat panjang umur,dan di murahkan rezeki..amin....
Berbalik pada umur dan usia, betul ke usia pengukur kepada kematangan???siapa setuju??
NO...NO...NO...
WAh..ramainya yang membangkang..saya pun bangkang jugak! siapa kata orang2 yang dah berusia tu dah matang???
SAYA TAK KATA....
Saya percaya awak..awak..dan awak semua pun tak kata?so siapa yang cakap camtu???erm...entah...tapi memang ada orang yang berkata begitu...biarlah dia dengan pendapatnya.
Sebab kadang2 ada juga orang2 yang dah berusia...tapi perangai mengalahkan anak muda...uishhh..malu menengoknye...macam tak leh nak terima plak hakikat dia dah berusia senja...kesian...
Ramai manusia matang sebelum usianya. Ada orang matang kerana dia memang berfikiran matang. Ada juga yang matang kerana dia terpaksa bersikap matang kerana desakan hidup dan ada orang yang kelihatan matang kerana wajahnya nampak matang. Dan ada pelbagai alasan lagi kenapa kematangan tidak boleh diukur dengan usia dan umur.
Ada juga orang yang telah berusia tapi penamplan dan gayanya seperti muda belia. Pembawakan dirinya, wajah keanak-anakkan mereka membantu mereka kelihatan sentiasa seperti remaja..macam Amy Mastura. Nampak comel jer walaupun dah beranak dua. Untungnya dia...Tapi ada juga orang yang tak suka wajah mereka yang keanak-anakkan dan macam muka orang muda jer sebab dia rasa orang akan kurang respect kat dia. Kenapa?? sebab bila first time jumpa orang akan buat conclusion "nie mesti muda lagi kan..." kalau orang baru dan muda di tempat kerja..alamat selalu la kena 'buli' walaupun sebenanya dia bukan muda lagi...bila orang dah tau dorang akan cakap "la...ingatkan muda lagi...nampak macam budak2 jer.." kalau saya..suka....orang cakap kita kelihatan muda...kembang semangkuk you...tapi ada gak orang yang tak suka kan...'sesuka jer cakap aku macam budak2!"...hahahha..nasib badan la...terima jer ketentuan seadanya...
Pada saya usia dan umur bukan sekadar nombor untuk mengukur selama mana kita hidup di dunia. Tapi usia adalah ingatan untuk diri sendiri...semakin bertambah usia,semakin sedikit masa kita hidup di dunia...dan semakin sedikit peluang kita untuk menambah amalan dalam kehidupan...
So..hargai usia dan hidup kita..Kita enjoy!!!tapi jangan lupa buat baik banyak-banyak!!!! ok!

6 comments:

Anonymous said...

Salam Izzah.. kak tie dah banyak kali datang tapi komen box tak muncul2, huhu.. hari ini berjaya pulak!!

Tentang usia tu, ekk.... macam kena lekuk atas muka kak tie je, ekekeke... Sebenarnya kak tie ni memang dah tua, rambut pun dah beruban. Secara realitinya perangai kaktie macam ibu2 di luar sana.

Cuma bila berblogging, kak tie rasa muda pulak, lupa akan usia sebenarnya.. kerana itu kekadang kak tie sengaja bahasakan diri kak tie sebagai mokcik, kerana hendak mengingatkan diri sendiri..

Sifat matang, memang tidak berkadar dengan usia. Kak tie cepat matang, kerana sebagai anak sulong...selalu jaga adik. Kerana itu kak tie tak pernah merasa dimanjai atau mendapat perhatian dalam keluarga sendiri, hinggalah kak tie berjumpa dengan suami, hehe..

Walaupun dah berusia, ada ketika ingin merasa seperti remaja walaupun sebentar...sekadar menghiburkan diri...

Dearie Pearls said...

"Tapi usia adalah ingatan untuk diri sendiri...semakin bertambah usia,semakin sedikit masa kita hidup di dunia...dan semakin sedikit peluang kita untuk menambah amalan dalam kehidupan...
So..hargai usia dan hidup kita..Kita enjoy!!!tapi jangan lupa buat baik banyak-banyak!!!! ok!.."

terima kasih..

ini memang peringatan yang baik..
tetiba tersedar...
aduh....

thanks ok, dear...

so sweeet mengingatkan tapi LOL xder ar tua sangat..
kahkah..
masih sweet..
kahkah..

nahmy said...

berbagai tafsiran ttg umur, pd saya ia sekadar nombor yg mengajar kita utk jd lebih 'kemanusiaan' disamping mengingatkan yg kita dah nak di 'hujung-hujung'

Izzah said...

@Kak Tie
Yer ker??ala..patut la riinduu sangat kat akak...
akak, tak per berjiwa muda..sebab semangat untuk hidup dengan lebih baik akan semakin berkobar2..
ala..kak tie kan comel lote...
mesti awet muda jugak!

Izzah said...

@LOL
hai dear..
lol memang sweet...
macam buah ceri...
hehehehhe

Izzah said...

@nahmy
that true..
umur tu alarm semula jadi...