Wednesday, September 9, 2009

UPSR oh UPSR

Lamanya saya biarkan mahligai nie bersawang sana-sini. Tak sempat2 nak update. Pastu lappy tertinggal kat umah mak pulak. Hari ini barulah berkesempatan membukanya. Semalam lepas zohor terus balik Sungai Buloh. Gara2 rindukan blog saya yang tidak seberapa nie. Lepas berbuka puasa rushing balik semula ke Tanjong Karang.




Minggu nie minggu UPSR. Sejak semalam,saya bertugas sebagai pengawas peperiksaan. Awal2 pagi saya kena keluar 6.45 dah tercegat depan pagar rumah. Tunggu Ketua pengawas jemput, sebab saya kena mengiringi dia ke bilik kebal mengambil kertas soalan setiap pagi. Pagi tai hujan pulak tu...tapi tentunya rahmat Allah datang bersama hujan yang turun. Hari nie saya bertugas sampai pukul 9.30 pagi sahaja...dan sekarang,saya sedang bersenang-lenang mengadap blog..hehehhe..suka..suka..suka..




Esok,keluar rumah macam biasa..tapi balik lewat sket. Pukul 4 petang baru habis periksa. Sebab mulai tahun nie ada "Ujian Aptitud". Ujian Aptitud nie wajib diambil oleh setiap calon UPSR sebagai satu syarat untuk memudahkan mereka memasuki asrama. Saya difahamkan mereka perlu melepasi ujian ini untuk melayakkan mereka bersekolah di sekolah berasrama penuh. Mungkin kerana ramai sangat budak yang pandai sekarang nie, jadi ujian sebegini di perlukan bagi memudahkan membuat saringan. Ujian nie lebih kurang macam ujian personaliti jugak lah. Macam-macam ujian lah sekarang nie.




Bila tengok bebudak ne peksa,kita pun jadi kecut. Lagi2 kalau student melayu..kesian,ada yang tak leh membaca dan menulis...kesian sangat..tapi itu pilihan mereka..bila mereka sendiri memilih untuk tidak membantu diri mereka. Saya jadi terfikir bagaimana masa depan mereka nanti? Aduh..kesiannye....Harap2 hati mereka akan terbuka untuk belajar bersungguh2 sebelum mereka benar2 telah terlewat untuk menyedarinya.






9 comments:

Dearie Pearls said...

Salam Sahabatku..

Cousin LOL juga amik peksa UPSR ni.

tapi tak sempat nak wish kat dia coz dia kat sekolah since monday..

dan kepada Izzah, thanks pesanan utk RK oke..

sayang Izzah.

Izzah said...

@LOL
hye dear..
Sayang LOL jugak..;)

KTS said...

byk betul subjek yg bebudak skrg kena ambik... sabar je laaa...
zaman dah berubah la katakan...

:D

Unknown said...

Salam Ramadan, anak saya jantan pun ambik UPSR..nak target 5A..InsyAllah..mudah2an dapatlah MRSM..Cikgu,nak tanya sikit....betulke permarkahan UPSR berbeza ikut daerah?,,.maksud saya ada perbezaan antara bandar dan luarbandar..pakai graf..bandar ,graf tinggi ,luar bandar ..graf rendah!!!.kalau ni mcm susahle...sebab anak saya kt bandar...Kota damansara!!!...payah le nak target!!!..buatnye graf naik,...e.g 90% baru dpt.A biasa 80% aje...habislah macamni!!!.. Apa pandangan cikgu????...t/kasih....p/s;..ngajar kt. mana???....

Abd Razak said...

Moga yg mengambil UPSR mendapat kejayaan yang cemrlang

maza said...

huhuhu.. sejak dua malam lepas maza termimpi2 pula zaman maza exam STPM tahun 1994 aderkk!!!!

dah berbelas tahun lamanya, masih lagi trauma kanzz.. dahsyat gak tu..

waakaakka

Izzah said...

@Mat

perbezaan tu mungkin disebabkan kemudahan yang tersedia di bandar lebih bagus berbanding luar bandar.
dan kebanyankkan murid di bandar lebih tinggi kesedaran diri untuk berjaya berbanding luar bandar yang sebahagiannya langsung tidak peduli kepentingan pelajaran.

walaupun terdapat perbezaan graf,tapi tapisan untuk memasuki sekolah terbaik masih berdasarkan peratusan atau markah individu..A1 atau A2..

Anonymous said...

Making money on the internet is easy in the hush-hush world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]blackhat traffic[/URL], Don’t feel silly if you don't know what blackhat is. Blackhat marketing uses alternative or little-understood methods to generate an income online.

Anonymous said...

[url=http://www.casino-online.gd]online casino[/url], also known as arranged casinos or Internet casinos, are online versions of celebrated ("chunk and mortar") casinos. Online casinos okay gamblers to ostentation and wager on casino games in toto the Internet.
Online casinos normally nominate up as a replacement an eye to sales marathon odds and payback percentages that are comparable to land-based casinos. Some online casinos contend higher payback percentages with a assume trust to status automobile games, and some change known payout recreation audits on their websites. Assuming that the online casino is using an aptly programmed unspecific assorted generator, gaming-table games like blackjack charm an established restrain edge. The payout proportion as a replacement pro these games are established at the completion of a given's tie up with the rules of the game.
Uncountable online casinos contract distant or flow their software from companies like Microgaming, Realtime Gaming, Playtech, Supranational Prank Technology and CryptoLogic Inc.