Friday, October 23, 2009

Ini Tidak Adil!!

Semalaman Pak Seman bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja yang di berikan oleh tuan director. Pak Seman bersengkang mata, tidak menghiraukan makan minumnya. Dalam fikirannya hanya memikirkan untuk menyiapkan paper work tu selewat-lewatnya pagi ini.

Jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Pak Seman bangun dari kerusi yang telah didudukinya sejak malam tadi. Menuju ke bilik air, mandi seterusnya bersolat. Kemudian dia kembali mengadap kerjanya untuk beberapa ketika. Selepas rasa betul-betul berpuas hati, dia lalu mencetak kertas kerjanya, memasukkan ke dalam sebuah fail dan meletakkannya berhampiran dengan beg kerjanya.

Pak Seman menuju ke almari pakaiannya pula, memilih sehelai baju yang paling menarik dalam koleksinya, memakai pakaiannya dan memperkemaskan penampilannya dengan tali leher dan sehelai kot.

Hatinya lega kerana dia akhirnya berjaya menyiapkan kerja yang di pertanggungjawabkan kepadanya. Walaupun belum pasti lagi penerimaan tuan directornya nanti bagaimana. Yang penting, dia telah berusaha ke tahap maksima dan melakukan apa yang terbaik untuk projek kali ini.

Setiba di pejabat, dia memasuki ruang mesyuarat untuk persediaan awal. Selepas hampir satu jam berada di situ, kerusi-kerusi di ruangan itu mulai penuh dan tuan director pun masuk dengan wajah gah seperti selalunya.

Pak Seman menarik nafas dalam-dalam, membaca bismillah dan al-Fatehah seterusnya membentangkan kertas kerjanya dengan bersungguh-sungguh. Selepas selesai pembentangan, dia memalingkan wajahnya ke arah tuan director dan mengharapkan penerimaan baik dari tuan directornya.

“Seman!!!ini awak kata kertas kerja????kalau macam nie,budak darjah 5 pun lebih pandai buat dari awak…buat semula,saya nak lusa dah siap!!”

Sambil melempar fail ke tengah meja lalu berlalu meninggalkan ruangan mesyuarat itu. Berbaloi ke?

Wednesday, October 21, 2009

Sekapur Sireh

salam semua,

Dah lama sangat rasanya saya tak berkongsi sesuatu. Kekangan waktu ditambah dengan tugas2 seharian menyebabkan masa saya amat2 terhad untuk bercanda dengan blog sendiri.

Maaf lah,blog kawan2 pun saya tak sempat nak menjengah. InsyaAllah satu dua hari lagi saya akan cuba meluangkan masa saya bersama anda semua.

Terima kasih kepada yang masih sudi membuat lawatan muhibah ke blog yang bersawang dan out of date nie.

Saya sedang kumpul tenaga untuk terus bersama-sama korang semua. Rindu saat2 menulis sesuatu...

Monday, October 12, 2009

Siapa sudi.....?

Siapa boleh tolong saya. Saya kekeringan idea tahap kemarau 8 tahun nih. Dah lama tak menginvolvekan diri dengan aktiviti-aktiviti kesenian dan membuat formasi. Suddently, this year saya kena organisekan perbarisan untuk hari sukan. Mesti ramai dikalangan blogger nie yang kreative dan innovative kan...ada idea yang sangat bernas untuk di kongsikan bersama-sama saya insan kerdil disini..huhuhu. Saya perlukan idea untuk buat persembahan selama 5 minit untuk perbarisan bertemakan 1Malaysia. Nak buat moskod ape yer??kalau setakat suruh budak pakai baju berbilang bangsa tu ok lah..tapi nak buat persembahan iringan tu yang perit sket nak perah otak yang dah berkarat nih...please..please...please....

nak cariklah bendealah nie..suh bebeudak bawak..ok gak kan..hahahha...

Sunday, October 11, 2009

Laporan hujung minggu yang padat:

Semalam,seawal jam 7.30 saya memulakan perjalanan dengan misi menyerang rumah terbuka. Memula sekali pergi program rumah terbuka anjuran PPD daerah tempat saya mengajar. Sebenarnya rumah terbuka merangkap kursus pendek. Saya dengan berbesar hati hanya hadir suku masa pertama sahaja, bila break pukul 10 pagi, saya telah melarikan diri ke rumah kawan yang berdekatan dengan tempat program.

Bila dah keluar,dah malas nak masuk balik(jahat cikgu nie...sila jangan ikut perangai cikgu yang satu nie..huhu..). Alasan yang kukuh melarikan diri dari program itu ialah, saya kena tolong mak dirumah...kena rushing balik rumah sebab adik saya nak jemput kawan dia makan-makan dirumah...boleh terima tak alasan nie?hahaha..hentam saja lah labu.

Nak dijadikan cerita, sampai rumah dah pukul 1 lebih..kawan adik saya tak sampai-sampai lagi. Saya tak boleh menunggu lama, sebab saya ada beberapa jemputan yang perlu di penuhi. Salah satu sebabnya, saya dah berjanji akan datang..jadi tak baik menghampakan harapan orang.

Lepas zohor,saya meneruskan perjalanan ke arah Batu Caves, nak pergi ke rumah Emy@Fazemy. Satu-satunya blogger yang saya berjumpa 4 mata. Ini merupakan kali kedua kami bersua muka. Itu pun tak boleh berlama-lama, kawan saya dah calling2 dan sms dah masuk berkali2. Saya makan mee kari yang di masak sendiri oleh Emy..nyam..nyam..sedap...rugilah sape tak rasa. Agak duduk dalam 15 minit,saya minta diri untuk ke destinasi seterusnya.

Kali ni arah perjalanan ke Ampang. Masuk je MRR2..aduh..jem giller.. bergerak bukan takat macam siput lagi, tapi dah macam siput yang mengantuk,tapi tak disorongkan bantal....bayangkan..sepanjang perjalanan meter saya tak naik pun sampai ke angka 10km/j paling laju pun 5km/j...sampai jer kat ampang azan maghrib berkumandang. Giler betul...

Rasanya sekarang nie memang musim orang buat open house di mana-mana. Jalan kat mana-mana pun jam macam oerang nak balik beraya. Kepada semua pemandu-pemandu berhati-hati di jalan raya...jangan ingat makan jer..ingat keselamatan,orang yang tersayang..dan jangan lupa bersabarlah di sepanjang perjalanan....


Thanks Emy!!(rupaku mcm penat konon..huhuhu..)

Wednesday, October 7, 2009

Kerana dia yang melahirkan.

Pernah tak berjumpa dengan seorang anak yang perangainya dah macam si Tanggang yang menderhaka? Walaupun tidaklah sampai tahap menidakkan kewujudan ibunya tapi dia sangup mengeluarkan kata-kata yang sangat mengguris hati seorang ibu.

Saya pernah terfikir,macamana seorang anak sampai sanggup melukakan hati seorang ibu dengan keadaan sedar dan sengaja melakukannya. Saya selalu beranggapan perkara itu sesuatu yang pelik dan tidak boleh di terima akal. Mana mungkin orang yang paling hampir dalam hidup kita dan paling kita sayang akan kita sakiti. Tak mungkin kita akan benci kepada seorang ibu yang sangat banyak berkorban untuk kebahagiaan kita. Mustahil kita akan membuang ibu yang melahirkan kita hanya kerana dia memberi pendapat yang bertentangan dengan pendapat kita.

Tapi yang mustahil dan yang tidak boleh di terima akal itu memang berlaku. Itu realiti yang terjadi. Tentu luluh hati seorang ibu bila anak tidak memahami kebaikan yang ingin disampaikannya. Kalaulah si anak itu hidup masa zaman Nabi Khaidir..tentu masa kecil2 lagi dia dah di bunuh..sebab bila dah besar dia jadi anak derhaka..derhaka yang sangat-sangat pulak tu..

Bukannya si anak tu tak boleh fikir mana yang baik mana yang buruk..ikutkan sangat darah muda,akal pun macam tak boleh nak fikir dengan betul...kalau yang datang pada dia tu memang nampak indah dan cantik..boleh lah jugak diterima...ini yang dia nak ikut-ikutkan sangat tu memang dah sah-sah tengok sebelah mata pun orang boleh tahu mafia tahap gaban yang datang..nak jugak di ikut buat apa..tak ke namanye mencari bala yang tak di undang?tak faham betul...

Jangan sampai nanti masa menyesal semua dah terlambat..masa tu keluar air mata darah pun tak guna...mohon2 moga Allah ampunkan dosa2 yang dah di lakukankan..dan harap2nya pintu taubat masih terbuka...kalau tak..harap maaf..anda dilarang menghidu bau syurga...

Sunday, October 4, 2009

Kenali Simptom Demam

Semua orang mesti pernah demam. Salah satu penyakit wajib yang mesti di rasai oleh setiap manusia. Tapi kalau ada orang yang tak pernah demam tu..tak tau lah pulak kenapa yer..setahu saya firaun zaman nabi Musa jer tak pernah sakit apa2.

Bila demam, pesakit akan rasa badan jadi sejuk, berbeza dengan orang yang merasa badan pesakit, mereka akan rasa suhu badan pesakit meningkat. Menurut artikel yang di tulis oleh Dr.
Mohamed Hatta Abu Bakar:

"Semasa demam, ada dua fasa atau keadaan yang boleh dikenalpasti. Keadaan seram sejuk (chill) dikatakan tanda yang menunjukkan suhu tubuh sedang meningkat. Tetapi pada akhir demam, kulit menjadi hangat dan pesakit mulai berpeluh. Keadaan ini disebut krisis (crisis) dan menunjukkan suhu tubuh sedang menurun."

Jadi tidak hairanlah..bila demam pesakit akan memakai baju yang tebal dan berselimut tebal sepanjang hari kerana rasa kesejukkan. Apabila sampai satu tahap pesakit akan mula berpeluh dan rasa demam akan mula berkurangan.

Demam juga mungkin disertai dengan pelbagai simptom lain seperti cirit-birit, pening, sakit kepala, muntah atau terpaksa bernafas dengan cepat. Pesakit yang mengalami demam biasanya kelihatan letih, pucat dan kekeringan air dalam badan.

Untuk melegakan demam pesakit dinasihatkan untuk banyak berehat dan minum air suam sebanyak yang boleh serta makan buah-buahan bagi membantu proses pemulihan. Bagi demam panas yang tinggi pula disarankan agar selalu mengelap badan dengan air sejuk bagi mengurangkan kepanasan. Cara ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya demam atau terlalu tinggi suhu panas itu adalah merupakan percikan-percikan neraka, maka sejukkanlah dengan air”

sumber:

Saturday, October 3, 2009

Tak Suka Rasa Ini..

Malam tadi:


Pergi beraya..dua rumah..1 rumah 1 jam jugak la melepak...dalam keadaan perut yang tak selesa... ku gagahi jua badan untuk beraya.

.

.

Balik umah dah dekat pukul 11. Solat isya'...terus tidur..badan rasa lemah sangat..

mula pukul 2 pagi terjaga...perut memulas-mulas..setiap 1 jam mesti terjaga...ulang alik ke tandas...sampai lah subuh...

.

.

Pagi tadi:

Lepas solat subuh..baring kejap..tak larat dah rasa badan...tapi tak boleh nak layan sangat...

Buka almari ambik baju ngan tudung..iron..pastu mandi...kena pergi sekolah ada kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)..

.

.

pakai stoking tebal..dan sweater merah (mcm sweater LOL)..duduk dalam bilik mesyuarat pun 3 kali kuar masuk tandas..badan dah rasa hangat..

.

.

Pukul 10 pagi...tak larat sangat dah...apa lagi..balik rumah..selubung dengan selimut..sambung tidur...aduhhh..lemah nye rasa...

.

.

fikir2 apa lah yang aku makan semalam?rasanya sama jer dengan apa yang kawan2 serumah makan..tapi dorang ok jer..erkkk...

.

.

Baru lepas telefon mak..mengadu la..demam..mak cakap esok abah datang ambik..sebab saya tak larat nak drive...cepat lah masa berlalu..dan hari berganti....

Friday, October 2, 2009

Menu Semalam

kenapa saya tempek gambar wadges plak hari nie???

bukan bertujuaan untuk meliurkan sesiapa...

bukan juga untuk memberi makan kepada sesiapa...



tapi wedges nie memang sedap...

makan sampai menjilat jari...

memang kegemaran saya setiap kali berkunjung ke KFC

nyum..nyum...




Ditambah dengan cheezy yang menyelerakan...

walaupun mengandungi lemak2 yang boleh menggemukkan..

saya tidak kisah pun..

sebab..

takde effect pun..

makanlah selagi mahu...





ini sebenarnya entry yang di tulis kerana kekeringan idea yang tahap kritikal lebih teruk dari kritikalnya tapir yang menggigil kesejukkan...

Yang sebenarnya:

hahahahah...

wedges ini santapan berbuka puasa semalam..

lalu sebelah KFC..

terbayang2 wedges menari didepan mata..

apalagi...

"jom kita buka kat KFC.."

Thursday, October 1, 2009

Teman Bicara


Apa penilaian paling penting untuk memilih seorang kawan,sahabat atau teman yang menyenangkan? Selain sifat peribadi yang selalu menjadi ukuran,tentu ada sesuatu yang boleh diukur pada seseorang untuk menjadi pendamping kita. Pastinya sesuatu yang menyebabkan kita rasa senang bila bersamanya. Kalau duduk bersama tak terasa cepatnya masa berlalu. Bila dia tiada, terasa seperti ada kekurangan.



Di kalangan kita tentu ada sahabat karib yang sangat rapat dengan kita. Kadang kala kita juga punya rakan-rakan sekepala yang kita anggap macam geng atau member. Mengapa kita senang bila berada di sisi mereka? Tentunya kerana kita selesa berada dalam kelompok mereka. Rasa selesa itu menjadikan hubungan kita dekat dan akrab. Rasa selesa itu juga menyebabkan kita gembira bila bersama.



Faktor utama yang mengundang keselesaan bila bersama tentulah kerana kita boleh berkongsi banyak perkara bersama. Berbicara dengan mereka bermula dari sekecil-kecil perkara membawa kepada seserius-serius perbualan. Topik perbualan dengan mudah berkembang satu persatu dan tika itu masa yang berlalu bagai tidak terasa lagi.



Kerana itu penting mencari teman yang kita rasa selesa bersama dan kita boleh berbicara dengan selesa bersamanya. Kita mungkin punya banyak kawan, tapi yang kita benar-benar selesa hanya sebilangan daripadanya. Tidak perlu menilai rupa,harta mahupun keturunannya selagi kita tidak rasa terpaksa untuk bersama dan ruang hubungan itu terbentuk dengan baik,tentu dia boleh menjadi teman terbaik untuk kita terus berbicara bersamanya sampai bila-bila.


"Perhubungan ibarat rumah, tidak perlu cantik atau mewah,
yang penting kita bahagia di dalamnya"