Friday, October 23, 2009

Ini Tidak Adil!!

Semalaman Pak Seman bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja yang di berikan oleh tuan director. Pak Seman bersengkang mata, tidak menghiraukan makan minumnya. Dalam fikirannya hanya memikirkan untuk menyiapkan paper work tu selewat-lewatnya pagi ini.

Jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Pak Seman bangun dari kerusi yang telah didudukinya sejak malam tadi. Menuju ke bilik air, mandi seterusnya bersolat. Kemudian dia kembali mengadap kerjanya untuk beberapa ketika. Selepas rasa betul-betul berpuas hati, dia lalu mencetak kertas kerjanya, memasukkan ke dalam sebuah fail dan meletakkannya berhampiran dengan beg kerjanya.

Pak Seman menuju ke almari pakaiannya pula, memilih sehelai baju yang paling menarik dalam koleksinya, memakai pakaiannya dan memperkemaskan penampilannya dengan tali leher dan sehelai kot.

Hatinya lega kerana dia akhirnya berjaya menyiapkan kerja yang di pertanggungjawabkan kepadanya. Walaupun belum pasti lagi penerimaan tuan directornya nanti bagaimana. Yang penting, dia telah berusaha ke tahap maksima dan melakukan apa yang terbaik untuk projek kali ini.

Setiba di pejabat, dia memasuki ruang mesyuarat untuk persediaan awal. Selepas hampir satu jam berada di situ, kerusi-kerusi di ruangan itu mulai penuh dan tuan director pun masuk dengan wajah gah seperti selalunya.

Pak Seman menarik nafas dalam-dalam, membaca bismillah dan al-Fatehah seterusnya membentangkan kertas kerjanya dengan bersungguh-sungguh. Selepas selesai pembentangan, dia memalingkan wajahnya ke arah tuan director dan mengharapkan penerimaan baik dari tuan directornya.

“Seman!!!ini awak kata kertas kerja????kalau macam nie,budak darjah 5 pun lebih pandai buat dari awak…buat semula,saya nak lusa dah siap!!”

Sambil melempar fail ke tengah meja lalu berlalu meninggalkan ruangan mesyuarat itu. Berbaloi ke?

8 comments:

maza said...

huhhu.. kesian kat pak seman kanzzz..

kalau maza, belum tentu lagi nak buat campak2 depan org mcm tu!

Dah menjatuhkan maruah org namanya tu! huhhuh

bukan nak ajarkan cara yg diterima, marah lagi ada! perkhhh .. zaman koloniel sungguh,kanzzz cikgu?! huhuhu

Izzah said...

@maza

tu la sian kat pak seman tuh..punyalah dia bersungguh2 bekerja..pastu tak dihargai..

tak patut..tak patut...

Abd Razak said...

Salam...

memang tak patut pak seman dibuat macam tu...

ini merupakan cerminan peribadi ketua yang buruk (insecurity).

Dearie Pearls said...

Dear Izzah,
Kisah benar ke nie..?

Ciannya Pak Seman..

Boleh lak lempat cenggitu jer..

Sabar jelah..

mcm2 ragam org..

zai said...

hmm..kesian kat pak seman..

sedih bila usaha dan penat lelah buat kerja dengan sepenuh hati tak dihargai..

kejam betul boss tu..

pusat said...

pak seman = ustazah izzah?

KTS said...

humang aihhhh...
takde adab betul tuan direktor tu..

.
.


meh sini aku ajar!! amboi amboi amboi....
ngan pak seman berani la ko!!


hihihi... beraninya aku :D


.
.

Izzah said...

cerita nie titibe jer melintas kat pemikiran masa nak poskan entry..tak ada kena mengena dengan saya even org yang saya kenal..tapi mungkin berlaku di mana2..mungkin..