Friday, January 22, 2010

Jangan rebut-rebut!

Masa kecil-kecil dulu kalau abah saya beli makanan sedap-sedap,mak saya selalu pesan:
"jangan berebut-rebut..makan sama-sama,adik beradik kena kongsi-kongsi"

Kalau ada yang berebut permainan mak saya cakap:
"jangan lah gaduh-gaduh..main sama-sama, abah beli mainan tu untuk main sama-sama"

Bila ada yang merajuk tak dapat apa yang dimahukan, mak saya akan pujuk:
"beralah lah...adik-beradik kena lah ada yang beralah, tak malu orang tengok asyik nak berebut-berebut je,tak ada yang nak mengalah?"

Situasi biasa,masa zaman kecil-kecil dahulu. Konsep berkongsi, tolak ansur dan bertoleransi sudah diterapkan sejak kanak-kanak lagi. Saya percaya semua ibu-bapa pasti mendidik anak-anak mereka untuk sentiasa bertolak ansur dan jauhkan sifat suka mendominasi sesuatu perkara yang akhirnya membawa kepada pertengkaran. Seharusnya juga, apabila kita semakin membesar, kita boleh belajar sendiri melalui pengalaman dan sifat ini menjadi jati diri dalam menjalani hidup sehari-harian.


Realitinya sifat bertoleransi dan bertolak ansur sangat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Hidup dalam satu kelompok manusia, yang secara langsung mahupun tidak langsung akan sentiasa berkominikasi dan berhubung menuntut kita untuk sentiasa mengalah dalam situasi-situasi tertentu.


Realitinya juga, berhadapan dengan manusia-manusia yang pada zahirnya di sifatkan sebagai orang-orang terpelajar dan berintegriti serta berperibadi mulia bukanlah bermakna mereka mempunyai sifat toleransi yang tinggi setinggi pandangan dan anggapan orang luar kepada mereka. Kadang-kala sifat suka berkira mereka dengan perkara yang remeh-temeh boleh membuatkan kita menggeleng kepala. Meletakkan seniority sebagai alasan untuk mendapatkan sesuatu,dan memandang rendah kepada muka-muka baru sangat menyedihkan.


Sesukar mendapatkan taraf kewarganegaraan, begitu jugalah ukurannya bagi putik-putik baru yang baru membina pengalaman untuk mendapatkan pembelaan. Setiap perbuatan ada sahaja salahnya, setiap tindakan ada sahaja tidak betulnya. Musyawwarah hanya topeng kepada sebuah demokrasi, apabila keputusan yang di ambil di pertikaikan oleh pihak minoriti maka keputusan itu sekadar memenuhkan agenda semata...bagai melukut di tepian gantang, bila masuk rumah orang,terpaksalah ikut arus yang menentang. Kalau dah mentimun..mentimun jualah...


*bila orang tua nak berebut-rebut,mempertahankan hak kerajaan Malaysia sebagai hak mutlak mereka...adus,tak sanggup rasanya nak tengok...dunia ini pinjaman..apa pun yang ada pada kita pinjaman semata-mata..sampai masa kembali jua pada-Nya..apa salahnya barang yang tidak anda gunakan dimanfaatkan oleh orang yang memerlukan...dari barang itu terbiar berkarat reput terbiar...sekurang-kurangnya ada orang lain tolong tengok-tengokkan...saya sangat tidak faham dengan orang yang ada sifat begini!!sangat mementingkan diri!!dan saya sangat tidak suka!!!!!

8 comments:

Abd Razak said...

Salam...:)

Manusia ini tidak sama sifatnya dan amat sedikit yang bersifat qanaah cukup dengan apa yang ada. Jika dia mendapat rezeki yang banyak dia sekadar mengambil keperluan sahaja dan selebihnya di sedekah kepada yang memerlukan.

Namun di zaman ini ramai yang bersifat tidak pernah merasa puas sekali pun rezekinya melimpah ruah setinggi gunung sekali pun, namun dia akan berusaha utk menambahkan lagi hingga sanggup memijak orang lain.

nahmy said...

mentimun pun klu cicah sambal belacan ke...sedap gak! wlupun saya tak dpt nak pastikan samada ini adalah hadith sahih tp elok juga buat panduan,"merendah dirilah kamu spt mutiara di dasar lautan - walaupun berada di tempat paling 'bawah' namun nilainya sgt berharga"...wallahualam.

Izzah said...

@Abd Razak

salam..

Ya..manusia,ramai yang tidak pernah merasa cukup, dan ramai juga yang tidak bersyukur..

semoga saja kita sentiasa menjadi orang-orang yang beringat...

Izzah said...

@nahmy

faveret saya tuh sambal belacan dgn ulam mentimun...
:)

kerana mutiara itu sukar di cari...
jadi untuk mencari mutiara bernilai tu memang amat sukar sekali..

Tie said...

Sekarang ni tak ramai yang benar-benar jujur la Izzah.. Masing-masing ada agenda tersendiri.

Agenda kak tie ... untuk memastikan anak2 semuanya boleh berdikari, selamat dan maju dunia dan akhirat.

maza said...

apa yg penting?! Kerjasama gitew..

heheheh

KTS said...

ada ketikanya, elok mengalah...
ada ketikanya, JANGAN sesekali mengalah...


errr...
serius bunyinya ni...

hihihi

puspawangi said...

Salam,

Lama dah kak puspa tak datang menjengok kat sini. Ketamakan manusia kekadang menyebabkan mereka lupa rezki Allah yang tetapkan sehingga sanggup berebut-rebut dan memijak-mijak satu sama lain...