Tuesday, January 12, 2010

Mangkuk Hayun!!

Marah betul bunyinya. Sakit hati dekat siapa pulak la ni. Sampai nak hayun-hayun kan semua mangkuk-mangkuk yang ada di dapur tu. Berapa banyak mangkuk yang nak di hayun tu pun tak kira lagi, kalau ada 10..agaknya sepuluh lah mangkuk tu akan di hayun kan.


Walaubagaimanapun....jangan risau,kerana insyaAllah tak akan ada mangkuk yang akan di hayunkan. Saya dalam mood yang sangat baik...tidak membara mahupun terbakar..sedang 'cool'..hehehe.


Saya cuma nak bercakap tentang perkataan 'mangkuk hayun' itu sahaja. Biasa saya dengar perkataan nie terluncur dari mulut-mulut orang yang sedang marahkan seseorang atau mereka mengkatogorikan seseorang yang mereka tak gemar dengan menggunakan perkataan ni.


Dari mana asal usulnya perkataan 'mangkuk hayun' nie,saya sendiri kurang pasti...boleh juga dikatakan tak pasti sama sekali. Apa sebenarnya magkuk hayun nie...?


Saya tiba-tiba boleh terfikir,bagaimana rupa mangkuk hayun ini sebenarnya. adakah mangkuk yang dihayunkan? atau ada sejenis mangkuk yang memang di namakan sebegitu, kalau betul ada,saya teringin sangat nak tengok rupanya. mesti rupanya agak tidak menarik...sebab tuh ianya di samakan dengan orang yang tidak di sukai...mungkin....

mangkuk nie bukan untuk di hayun yer..nanti tumpah mee kari tuh..membazir...

:)


9 comments:

Abd Razak said...

Salam..:)

Saya pun ingin juga nak tgk mangkok hayun ni rupanya camner?? :)

Tie said...

Salam Izzah,

Kak Tie biasa dengar, tapi tak faham maksudnya..

Izzah said...

@Abd Razak

salam...

tu la..selalu dengar org sebut2..tapi taktau rupa dia camner...

Izzah said...

@Tie

salam kak tie..

saya pun biasa dengar...
org dok cakap dan sebut...
tapi nak mengaitkan relevannya perkataan tu dengan maksudnya tu yang kita kurang pasti...

Dearie Pearls said...

Dear..
Mangkuk Hayun?
Hahaha..
Gua xpernah lagi guna perkataan tue. Tak tau nak guna cmner..

..kot2 mangkuk tu di ikat tali (serupa seperti buaian) kemudian dihayunkan. Maka jadilah mangkuk hayun.

..pernah dengan org2 sekitar gua sebut 'mangkuk' bila marah. ntah apalah nasib mangkuk nie.

fazemy said...

Itulah. camne erk rupanya. kalau mangkuk jamban tu tahulah. haha.

Selamat bekerja cikgu. Amacam murid2 tahun ni. Ada manyak bagus ka?

nahmy said...

salam...
rasa cam popular kat belah utara istilah 'teknologi tinggi' ni. cubalah tanya member dr penang, kedah atau perlis...depa mesti tau.

cun09 said...

salam ^_^

besanya ayat niii...org utara yg dok suka sebut!!! Depa tau kot...

Unknown said...

Tanya ustaz khairi.dia selalu guna nak tahu juga ,ape maksut nye