Wednesday, January 20, 2010

..::PujAaN hAti::..


ehem...ehem...
Tajuk entry yang menggebu.. Berbunga-bunga hati bila membacanya.. Terasa hari begitu indah... duhai...hati... siapa yang dipuja-puja.. duhai hati... siapa jualah yang telah bertahta... mengundang senyum... walau hanya kala terdengar namanya...


(sesungguhnya....sungguh-sungguh..tiada kaitan dengan si penulis..walau sepicing pun..jauh sekali)


Apa yang menyebabkan saya ber'jiwa-jiwa' hari ini? Tiada yang istimewa berlaku hari ini, semalam, kelmarin, atau pada hari-hari yang telah berlalu. Saya cuma teringat pada satu rancangan tv di sebuah rangkaian luar negara yang saya tonton melalui saluran berbayar Astro yang mahal tu.


Dalam rancangan bual-bicara itu, mereka membincangkan tentang siapakah pasangan ideal mereka atau lebih mudah...wanita dan lelaki idaman bagaimana yang mereka harap-harapkan. Banyak jawapan yang diberikan, di mana kebanyakkannya adalah jawapan klise yang di beri oleh reponden. Lelaki begini,lelaki begitu...perempuan begini, perempuan begitu.


Apa yang menarik perhatian saya adalah kesimpulan yang dibuat oleh salah seorang perantaranya yang mengatakan bahawa:

wanita di awal 20-an akan memeilih lelaki yang:
kacak,romantik,willing to do everything...pendek kata..the best men in the world..

wanita pada usia 30-an akan memilih lelaki yang:
berpendapatan stabil,dan mampu menjamin kehidupan serta bertanggungjawab, dan sekadar sedap mata memandang.
(..kacak,romantik..jatuh ke nombor entah berapa..)

wanita pada usia 40-an akan memilih lelaki yang:
bertanggungjawab.
(itu sahaja)

Kerana wanita semakin berusia akan semakin realistik. Kateria-kateria yang di simpan berjela-jela akan menyusut senarainya mengikut peningkatan usia. Berbeza dengan lelaki, mereka tidak mempunyai senarai berjela-jela hanya satu jawapan untuk setiap tahap usia, lelaki akan memilih pasangan mereka berdasarkan satu perkara sahaja iaitu:
CANTIK....
Setiap lelaki apabila di tanya wanita bagaimana yang mereka ingin jadikan pasangan tentu majoritinya akan menjawab yang pertama:
CANTIK....
Bila saya fikir-fikirkan...sangat betul kesimpulan yang dibuat. Lelaki memang suka perempuan-perempuan cantik...malah ada yang pantang nampak perempuan cantik...tak berkedip mata.. Mungkin kerena wanita perhiasan dunia..jadi mereka hanya perlu cari perhiasan yang cantik rupa parasnya...

Saya bukan bersikap prejudis dan masih belum membuat kesimpulan, cuma berfikir...ada benarnya kenyataan di atas. Mungkin boleh difikir bersama-sama. :)

11 comments:

Dearie Pearls said...

Hi Dear..

I tak nafikan bahawa lelaki lebih mengutamakan paras rupa. Yang cantik, cantik dan cantik.

nahmy said...

jab..aaa...nak pikir. haaa'aa..memang lelaki suka yg cantik. sebab? kalau tak cantik dah tak boleh nak buat apa..tapi kalau tak pandai masak tentu pompuan tu boleh belajar masak...janji dia cantik. hehe...sajala...sebenarnya cantik bukanlah segala-galanya...

fahana_ann said...

hehe..kdg2 dah dapat istri cantik pun cari lain lagi..pelik gak ngan laki ni..hakhak.pe pun, cinta tulus ikhlas bukan dari luaran semata2..

Anonymous said...

hi izzah...
;)
tertarik kat gambar jari jemari yang cute itu...

Abd Razak said...

Salam...)

Kecantikan itu sifatnya fana tidak kekal, namun ilmu agama yang ada pada diri seseorang itu akan berkekalan dan sering bertambah hinggalah akhir hayatnya...

Izzah said...

@LOL-Pearls

Hi Dearie...
yer..sila jangan menafikan kebenaran ini..
cantik..still tarikan utama pada mereka kan..

Izzah said...

@nahmy

bagus alasan yang di beri...
kalau cantik..tak pandai masak..suh dia blaja masak..
tapi..kalau dah cantik...nak suruh masak..nanti selekeh pas masak..sian plak..
hehehe..
sajer..jer..
:)

Izzah said...

@Fahana_ann

lelaki memang sukar di fahami...
cantik 1 tak cukup..kena ada cantik 2..cantik 3..dan cantik seterusnya....
:)

Izzah said...

@ibusinga

terima kasih sudi singgah dan meninggalkan comment...
comel kan jari tuh...

Izzah said...

@Abd Razak

salam...
itulah yang sebaik2nya...

maza said...

ahaks.. tak semua pada hakikatnya mementingkan rupa..

ada gak lelaki yg lebih mementingkan akhlak dari rupa.. rupa manis pun worait jerk...tak der lah sampai muka mcm nenek kebayan yg serabai tak mandi berbulan2..

kalau benarlah dakwaan lelaki hanya berminat memilih wanita yg cantik, apa hal pula kawan2 kita yg tak cantik dari kita atau dari nenek kebayan itu, berkahwin awal dan beranak awal dari kita?

kita yg cantik ini pula, macam semput2 aje sampai jodohnya?

hmmm

pendek kata, nak dapat jodoh yg baik, kena ler perangai yg baik! heheheheh