Thursday, July 22, 2010

Jangan Jatuh Bertimpa-timpa!

"Blogger tido!" memang sesuai sangat dengan posisi saya seminggu-dua yang lalu. Harap maaf kepada pengunjung-pengunjung, ada aral melintang di tengah jalan. Perlu saya alihkan dahulu. Bukankah perkara yang penting perlu di dahulukan? maka saya dahulukan yang wajib. Selesai perkara yang perlu didahulukan itu,saya kembali di sini.

Saya memang tidak ada menyinggah ke mana-mana blog untuk tempoh masa itu,banyak cerita saya dah tertinggal. Kena buat lawatan sambil makan jemput-jemput pisang nanti,insyaAllah... =)

Dalam masa 'tido' tu..ada perkara-perkara persekitaran yang menjadikan saya kalut dan hanyut dengan situasi semasa seketika. Sibuk tolong fikirkan masalah orang lain...(taknak fikirkan pun..terfikir juga bila orang bertanya) sampai pening kepala. Kasihan dengan nasib orang yang sudahlah jatuh...bertimpa-timpa pula dengan tangga. 

Orang kata jangan cakap atau komen lebih-lebih,sebab bukan kita yang alami...tapi,kadang-kadang terkomen juga untuk mencari logiknya sebuah cerita. Mintak simpang jauh-jauh,malapetaka atau nasib buruk dalam hidup. Saya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan hari ini pada saya, walaupun tidaklah sempurna,tapi setakat ini tiada apa-apa yang perlu disesalkan. Semoga Allah memelihara kehidupan saya di masa-masa mendatang dengan memberkatinya dengan kebaikan. Begitu juga dengan insan-insan di sekeliling saya,rakan-rakan saya (termasuk anda semua) serta mereka yang percaya kepada kebesaranNya. Syukurilah dengan apa yang kita ada dengan merasa cukup dengan nikmatnya!

3 comments:

julietchun said...

mana tau satu hari nanti kita pulak yg jatuh, masa tu ada tgn yg sudi menyambut.

Abd Razak said...

Salam...

Di sebalik nikmat ada musibah di sebalik musibah ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa musibah usah resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usah lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca musibah.

Anonymous said...

Biasa orang luahkan masalah di blog ni bukan kerana tak tahu nikmat Allah atau tak bersyukur atau tak redha.. Biasanya dia hanya nak lepaskan beban di dada. Cuma orang yang tak pernah rasa masalah begitu akan anggap luahan itu satu keluhan..