Friday, December 23, 2011

Melangkah menjadi baik.

Salam semua...

Sukarkan untuk mengubah diri kita untuk menjadi lebih baik. Kadang-kala kerana pengaruh persekitaran yang tidak membantu malah memperkecilkan lagi niat baik itu. Kadang-kala pula hati kita sendiri juga bagaikan terhuyung-hayang bak lalang yang tidak tetap bila ditiup angin. Mungkin kerana keyakinan dan kepercayaan kepada diri yang sedikit rendah menjadikan kita tidak kuat untuk berubah.

Ada yang menyatakan untuk berubah,kita perlukan suasana yang baru, tempat yang baru mungkin juga mencari rangkaian rakan-rakan yang baru. Persekitaran yang boleh mendidik diri, suasana yang boleh memberi lebih ketenangan dan rakan-rakan yang akan memimpin tangan kita ke arah kebaikan.

Tahun baru yang bakal menjelang,mungkin ramai antara kita telah memasang niat untuk menjadi seseorang yang baru,yang lebih bersemangat menjalani kehidupan di bumi Allah dan lebih memberi motivasi kepada diri sendiri dan orang-orang disekeliling kita.

Tidak perlu terlalu drastik mengambil langkah untuk berubah,kerana takut nanti kita tidak mampu mengawal diri dek kerana perubahan yang kita lakukan, hingga akhirnya kita kembali berpaling ke belakang. Ambillah langkah yang kecil tetapi istiqamah, moga-moga dengan langkah yang sedikit itu akan ada keberkatan dan kebahagiaan yang berkekalan.


2 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Moga cikgu sihat hendaknya dengan Izin~Nya..

Sungguh hidayah Allah SWT memerlukan perjuangan untuk mendapatkannya. Semakin besar perjuangan dan kesungguhan kita, maka insya Allah kita akan semakin mudah mendapatkannya, kerana semuanya tergantung kepada usaha kita.

Izzah said...

@Abd Razak

waalaikumsalam..

semoga kita semua dalam lindunganNya dan istiqamah di atas jalan Allah hingga ke akhirat nanti...