Tuesday, July 3, 2012

Rezeki jangan ditolak (^_~)

Assalamualaikum...

It's Sya'aban everyone..
Sekejap je lagi dah nak puasa...
Alhamdulillah allah masih bagi nikmat untuk terus hidup menghirup udara dan memperbaiki kekhilafan diri.

Semalam,saya cuti..hehehe...sebab sekolah buat sukan tahunan hari sabtu dan ahad,jadi dapatlah cuti sehari after working for 7 days. Ok lah tu..syukur..syukur.

So,cerita semalam..saya temankan seorang kawan yang serabut sebab perlu menguruskan perkahwinan adik dia. Memandangkan adiknya seorang doktor,jadi si adik sangatlah busy sehingga tidak ada masa nak shopping segala persiapan menjelang hari bahagianya. Nak kata jodoh tu kalau datang memang la on the dot. Majlis merisik kalau tak silap pada 16 Jun 2012 baru nie,bincang punya bincang terus tetapkan tarikh kahwin 25 Ogos 2012 (hari raya ke-5). Bayangkan masa yang ada cuma lebih kurang 2 bulan je. Jadi sebagai kawan yang baik,saya pun offer la diri untuk tolong apa-apa yang patut. Makanya kawan saya ni minta tolong carikan barang-barang untuk hantaran. 

Saya cadangkan cari di sogo jer,sebab sekarang pun tengah sogo sale. Selesailah segala barang yang dicari,dari handbeg,perfume dan kasut hingga ke alas dulang hantaran kira settle semua. Tinggal beberapa barang 'gedik-gedik' untuk hiasan hantaran saja lagi. InsyaAllah dalam minggu nie saya bawa kawan saya ni pergi shopping sekali barang tu dengan adik saya,yang kebetulan nak kahwin juga bulan 9 nie.

Sebelum bertolak nak ke sogo semalam,mak saya dah buat pesanan penaja "pergi tu jangan kamu pulak yang sibuk membeli skali,almari tu dah penuh dah tu"...hehe..biasa la,ibu kan memang begitu tugasnya. Dalam mengiyakan kata-kata ibu saya tu,dalam hati ada gak berkata-kata "nak tengok-tengok kasut lah..kot2 ada yang berkenan..". Niat keluar nak tengok kasut memang betul dah,tapi yang bestnya kerana niat nak tengok kasut tu saya dapat hadiah kasut dari kawan saya kerana jasa yang tak seberapa saya nie. Sekadar tolong pilih dan bagi pendapat pun boleh dapat hadiah tau. Dia cakap dari belanja makan sekejap je kenyangnye,kalau aku bagi hadiah at least,lama sikitlah kekalnya. Weeee...



Thank you my dear friend... muahh!!

2 comments:

julietchun said...

dah macam kasut pengantin pulak :D

Izzah said...

@Juliet...

sebab cari barang pengantin..dpt hadiah pun mcm pengantin la gak :P