Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Berkongsi apa yang dikongsikan....Moga-moga kita tidak terlewat untuk memanfaatkan malam yang telah dipilih Allah untuk menjadi antara malam-malam yang Allah kabulkan segala permintaan (doa).
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
"Lima malam doa tidak ditolak; malam pertama bulan Rejab, malan Nisfu Sya'aban,malam Jumaat, malam Aidil Fitri dan malam Aidil Adha" (hadith riwayat al-Baihaqi)
Jadi malam ini adalah malam Nisfu Sya'aban,salah satu malam yang disebut oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith baginda. Moga Allah memudahkan kita untuk berjaga pada malam ini,beristighfar dan beribadah sebanyak-banyaknya,moga-moga Allah mengampunkan segala kesilapan kita dan memakbulkan doa-doa yang dipanjatkan serta menjadikan kita manusia yang lebih baik pada hari-hari yang mendatang. Semoga buku amalan baru yang bakal diterima akan banyak mencatit amalan-amalan kebajikan dan mengurangkan amalan-amalan kejahatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang memang tidak lari dari kekhilafan.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Apabila tiba malam Nisfu sya'aban maka berjagalah kamu pada malamnya (dengan melakukan ibadah) dan berpuasalah pada siangnya, kerana sesungguhnya allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu,mulai terbenamnya matahari ke langit dunia" (hadis riwayat Ibn. Majah)
4 comments:
semoga bertemu jodoh yang terbaik. amiiiiin
.
.
.
errr... kt doa utk awak.
.
.
dan diri sendiri.
semoga termakbul :D
@KTS
Amin ya Robb...
insyaAllah,Allah mendengar doa-doa hambaNya yang bersungguh-sungguh...
yang terbaik untuk awak jugak!
amin..
:)
kita pun nak join doa yg sama gak. :D
@Juliet
Semoga kita dikurniakan Allah seseorang yang baik disisiNya dan pelengkap terbaik buat diri kita...
:)
Post a Comment