Thursday, November 1, 2012

Bila Rasulullah S.A.W semakin dipinggirkan


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...




Betul kan? Berapa ramai di kalangan kita yang dah mula lupa senarai nama 25 Rasul kita. Tapi ingat setiap pemain bola sepak tu mewakili kelab apa,dari negara mana, berhijrah ke kelab mana, berapa bayaran yang mereka dapat dan posisi mereka ketika bermain. Boleh sebut dengan PERFECT. Tapi bila tanya pasal sirah nabi...garu-garu kepala, buat muka konfius dan menjawab dengan sangat tidak yakin! Ya Allah sedihnyaaaaa!!!!!!

Begitu jugalah dengan anak-anak kita, bukan tanya sirah nabi Adam ke nabi Idris ke nabi Zulkifli ke, saya tanya tentang sirah NABI MUHAMMAD Sollallahu Alaihi Wassallam. Nabi kita. Kekasih Allah. Manusia yang membawa Islam kepada kita. Sedih sangat!

Lebih menyedihkan, mereka tidak ada respect langsung kepada baginda rasul ini. Ada diantara mereka menjawab dengan cara mempersenda dan mempermainkan jawapan yang diberi. Mempermainkan serta mempersendakan ahli keluarga nabi. Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah...bantulah mereka. Kita marah sampai keluar air mata sebab sedih dengan perlakuan mereka,tapi tidak langsung memberi kesan di hati mereka. Di mana silapnya? bagaimana cara lagi yang boleh mendekatkan mereka dengan Rasulullah? bagaimana nak tumbuhkan rasa kasih,sayang dan cintakan Rasulullah dalam hati-hati mereka? Saya selalu usaha bercerita, mengingatkan tentang segala kebaikan,pengorbanan dan kisah perjuagan baginda S.A.W kepada anak-anak ini, tapi tidak boleh sampai menyentuh hati mereka. Kalau pun mereka diam bertafakkur, seketika cuma. Saya keluar dari kelas. Subject bertukar. Mereka lupa semula.

Kepentingan dan kewajiban mengenal Allah dan Rasulullah tu dah jatuh ke nombor berapa pun saya tak tau. Adakah kerana mereka merasakan subject agama ni tak penting (sebab bukan subject utama peperiksaan) maka mereka memandang segalanya tentang agama itu sebagai second class?

Saya sedih!!!!!sangat!!! semoga Allah bukakan hati dan minda mereka, suatu hari nanti bahawa agama itulah perkara utama yang mereka perlu ada dan bawa dalam hati mereka sampai bila-bila. Dan menyintai Allah dan Rasulullah itu adalah cinta pertama yang perlu mereka semat dalam hati-hati mereka. Kerana itulah penyelamat mereka nanti di akhirat sana. Sedarkanlah mereka Ya Allah...sebelum mereka benar-benar terlambat.

:'(

2 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Zaman ini kita terlihat akan kata-kata Nabi s.a.w. bahawa Islam akan kembali asing seperti mana ia datang dulu asing.

Moga kita dapat memperkuat hubungan kita dengan Rasulullah, dengan menghidupkan sunnah beliau, mengenal riwayat hidup beliau dengan rajin bermawlid, menanamkan kecintaan terhadap beliau dalam lubuk hati kita serta keluarga kita, menjadikan Rasulullah sebagai idola yang tertinggi dan paling dekat dengan umat Islam, serta memperbanyak sholawat kepada baginda.

Izzah said...

@Abd Razak

Waalaikumsalam akhi..

terima kasih atas doanya..
Allhumma amin...

semoga mereka akan tersuluh dengan cahaya kebenaran...insyaAllah..