Tuesday, June 23, 2009
Ilmu Harta Paling Berharga
Diriwayatkan suatu hari sepuluh orang terpelajar mendatangi Imam Ali ra. Mereka ingin mengetahui mengapa ilmu lebih baik daripada harta dan mereka meminta agar masing-masing dari mereka diberikan jawaban yang berbeda. Imam Ali ra menjawab sebagaimana berikut:
[1] Ilmu adalah warisan Nabi, sebaliknya harta adalah warisan Firaun. Sebagaimana Nabi lebih unggul daripada Firaun, maka ilmu lebih baik daripada harta.
[2] Engkau harus menjaga hartamu, tetapi Ilmu akan menjagamu. Maka dari itu, Ilmu lebih baik daripada harta.[3] Ketika Ilmu dibagikan ia semakin bertambah. Ketika harta dibagikan ia berkurang. Seperti itulah bahwa ilmu lebih baik daripada harta.
[4] Manusia yang mempunyai banyak harta memiliki banyak musuh, sedangkan manusia berilmu memiliki banyak teman. Untuk itu, ilmu lebih baik daripada harta.
[5] Ilmu menjadikan seseorang bermurah hati karena pandangannya yang luas, sedangkan manusia kaya dikarenakan kecintaannya kepada harta menjadikannya sengsara. Seperti itulah bahwa ilmu lebih baik daripada harta.
[6] Ilmu tidak dapat dicuri, tetapi harta terus-menerus terekspos oleh bahaya akan pencurian. Maka, ilmu lebih baik daripada harta.
[7] Seiring berjalannya waktu, kedalaman dan keluasan ilmu bertambah. Sebaliknya, timbunan dirham menjadi berkarat. Untuk itu, ilmu lebih baik daripada harta.
[8] Engkau dapat menyimpan catatan kekayaanmu karena ia terbatas, tetapi engkau tidak dapat menyimpan catatan ilmumu karena ia tidak terbatas. Untuk itulah mengapa ilmu lebih baik daripada harta.
[9] Ilmu mencerahkan pikiran, sementara harta cenderung menjadikannya gelap. Maka dari itu, ilmu lebih baik daripada harta.
[10] Ilmu lebih baik daripada harta, karena ilmu menyebabkan Nabi berkata kepada Tuhan “Kami menyembah-Nya sebagaimana kami adalah hamba-hamba-Nya”, sementara harta membahayakan, menyebabkan Firaun dan Nimrud bersikap congkak dengan menyatakan diri mereka sebagai Tuhan.
*********
Sumber artikel:
Diterjemahkan oleh Dimas Tandayu dari “Superiority of knowledge over wealth”
Dikutip dari buku berjudul “Hadrat Ali r.a.”, Oleh Prof. Madud-ul-Hasan.
(Entri ini dari surrender2god.wordpress.com)
Saturday, June 20, 2009
Semangat Pagi!!
Mimpi dan harapan
Bagai duri yang mencengkam
Tak pernah terluahkan
Hanyalah di hati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan diriku menjadi penghalang
Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani
Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu
Mimpi dan harapan cecita yang tinggi menjulang
Seandainya ku biar cecita dihati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan tak wajar menjadi penghalang
Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani
Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu
Aku mencari kekuatan
Dalam kelemahanAku temui kejayaan
Dalam keberanian

Hidup.
Hari-hari terus berlalu.
Hari ini hampir berakhir.
Esok bermula episod baru.
Dan hidup perlu diteruskan.....
Alhamdullillah...hidup lagi kita hari ini. Hidup seperti semalam,dan seperti hari-hari yang lepas. Semalam kita gembira,hari ini kita berharap untuk terus bergembira. Menikmati kehidupan dengan tenang. Menyedut udara yang nyaman. Melalui moment-moment yang indah. Dan dapat menggembirakan sesiapa sahaja yang memandang.
Hidup yang semalam telah berlalu. Seperti berlalunya hari kelmarin. Hari ini sepatutnya akan ada perubahan. Lebih maju kehadapan. Lebih berkeyakinan. Dan lebih memberi impak. InsyaAllah.
Happy weekend everybody!!
Have a nice day okeh!!!!
Wednesday, June 10, 2009
Satu Kisah...
Suatu kisah di musim yang lalu...tika itu matahari terik memancar-mancarkan cahaya..
Achik : "Achik selalu rasa sakit kepala..kadang2 kalau time sakit tu..nak je hantukkan kepada kat dinding.."
Mama : "biasalah..musim2 panas nie..memang ramai orang sakit kepala...panas sangat agaknye.."
Achik :"tapi ma..bukan time panas je..achik memang selalu sakit kepala...achik rasaachik nak jumpa doktor la ma..nak scan tengok..kot2 ada sakit lain ker.."
Angah :"alah..achik tu fikir yang bukan2..mula la nak imagine sakit cancer lah tu..ingat ni cerita cereka rama ker?angah selalu gak sakit kepala..tak bising pun.."
Achik :"bukan achik wat cerekarama la ngah..memang achik serius nie..."
(tak nak percaya sudah...orang boleh gi jumpa doktor sendiri : omelan achik dalam hatinya sendiri)
Satu kisah di sebuah hospital. Tika itu cuaca indah..angin sepoi-sepoi bahasa.
Doktor : Dah berapa lama Cik Mia rasa sakit kepala ni?
Cik Mila : Rasanya sejak tahun lepas lagi saya rasa sakit kepala...tapi sekarang nie lebih kerap pulak sakitnya...sebab tu saya datang nak chek..kalau2 ada yang tak kena.
Doktor : Kalau tengok pada x-ray nie..memang ada something yang mencurigakan..pernah tak Cik Mila jatuh atau terhantu di kepala dalam tempoh 2 tahun nie?
Cik Mila : seingat saya kalau jatuh atau terhantuk teruk tu tak de...kalau terhantuk sikit2 tu ada lah...kenapa yer doktor?
Doktor : kalau macam tu saya akan aturkan apoinment dengan pakar,supaya kita boleh kenalpasti samaada objek hitam ini adalah ketumbuhan atau pendarahan..erm..esok Cik Mila datang semula. kita buat CT scan untuk kepastian. Mungkin takde apa2..
Cik Mila : Terima kasih doktor..
Satu Kisah di musim tengkujuh. Tika itu hujan turun membasahi bumi...
Mama : Kenapa Achik tak nak bagitau mama achik sakit???dah teruk macam nie..baru achik nak cerita??? kenapa chik..kenapa..
Achik : Mama..jangan lah nangis...achik taknak susahkan mama..achik mampu uruskan diri achik..dah takdir achik macamnie..achik redha..mama pun kena redha..sekurang2nya Allah beri achik masa untuk bertaubat..kalau achik mati accident..lagi sedih kan..mengejut je matinya..Allah bagi achik sakit..supaya achik beringat..achik sempat bertaubat...
Mama : Mama salah..sebab taknak dengar cakap achik...achik pernah bagitau mama..tapi...mama tak pernah nak usahakan sesuatu...mama yang salah....maafkan mama sayang..
Achik : Taklah mama...mama tak salah..memang achik tak nak susahkan mama...achik yang patut mintak maaf...maafkan achik yer ma...halalkan semua makan minum achik..ampunkan dosa achik pada mama...
Angah : Achik...angah mintak maaf...angah yang tak pernah dengar cerita achik...angah selalu tak percaya cerita achik..angah ingat..achik main2 jer...
Achik : Alah angah nie..kenapa sedih2 nie..dah macam cerekarama pulak rasanya...tak per..achik pun memang suka main2 dengan angah...dah takdir ngah...achik redha...
Satu Kisah di pagi yang hening...
Mama : mama ampun kan semua kesalahan achik..mama halalkan makan minum achik...achik anak yang baik...semoga Allah tempatkan achik bersama orang2 yang beriman...tenang lah sayang...selamat tinggal...
Angah :.....Semoga Allah merahmatimu dik...angah doakan kesejahteraanmu di sana...
dan...bunga kemboja putih itu pun berguguran....

Monday, June 8, 2009
Indahkan Hidup ini
Apa yang menggembirakan tentang sebuah kehidupan adalah apabila kita di kelilingi oleh orang-orang yang disayangi dan menyanyangi diri kita seadanya kita. Bersama-sama memaknakan perjalanan hari dengan gembira walaupun dikala itu kita tersandung,terjatuh dan kadang kala tersembam ke bumi,tetapi mereka yang mengelilingi kita akan menghulurkan tangan, menyambut kita, memapah sehingga kita akan rasa selesa semula.
Indahnya hidup ini bila ada insan-insan yang akan sentiasa disisi menemani. Mereka bukan sekadar teman, tapi mereka juga pembimbing, pemberi semangat dan perangsang, penghibur duka lara dan kawan untuk ketawa. Lengkap rasanya bila mereka ada.
Kerana itu fitrah manusia, hidupnya perlu di kelilingi oleh manusia lain. Hidupnya tidak sempurna bila dia sendirian, kosong, sepi dan tidak bermakna.
Manusia yang mencipta sejarah,tidak mungkin bersendirian menciptanya. Manusia memiliki kenangan, mustahil juga dia bersendirian di dalam kenangannya. Manusia merancang masa depan, pasti membayangkan insan-insan yang akan hadir dalam perancangannya.
Manusia selalu saling memerlukan. Bagaikan aur dengan tebing. Bagaikan air yang mengalir. Indah hidup ini bila kita memberi bahagia kepada insan yang memaknakan hidup kita. Memberi dengan hati yang ikhlas pasti kita akan sentiasa gembira.
Salam kasih sayang buat semua!

Friday, June 5, 2009
Kita Insan Terpilih
Semasa orang lain berlari menyelamatkan diri..
Bersembunyi di sebalik runtuhan batu...
Di serang tanpa henti..
Kita??
Alhamdulillah..
Sedang duduk dengan aman..
Membalas senyuman rakan..
Hidup dengan bebas..
Kita terpilih untuk merasa keamanan..
Semasa orang lain menadah tangan...
Meminta simpati dan ihsan..
Untuk sesuap makanan..
Bagi meneruskan kehidupan...
Untuk anak-anak yang menangis kelaparan..
Kita???
Alhamdulillah...
Sedang menadah tangan..
Membaca doa kesyukuran..
Di atas rezeki dari Mu tuhan..
Kita terpilih untuk merasa nikmat kekenyangan...
Semasa orang lain sedang terlantar kesakitan..
Merasakan hidup seakan satu penyiksaan..
Mengharapkan nyawa segera melayang...
Kita???
Sedang enak bergembira..
Menikmati seluruh kehidupan..
Tanpa memikirkan rasa keperitan..
Syukurlah..
Kita masih dipilih untuk segala kesenangan..
Yang sekadar hanya pinjaman...
Mungkin esok lusa..
Rasa itu tiba-tiba terbang..
Mungkin juga sedetik nanti...
Segalanya hilang...

Wednesday, June 3, 2009
Mr. Right vs Mr. Perfect
Kepada girls yang sedang mencari,tentu ada kateria tertentu yang anda gariskan untuk menjadi mr. Right kan? Saya tiba-tiba terfikirkannya apabila anak buah saya yang berusia 6 tahun mula bersoal jawab tentang lelaki baik kepada saya antara soalan dia adalah:-
- 1) Kalau lelaki yang tak merokok tu baik kan? tapi kalau dia merokok dia tak baik...merokok tu kan tak baik...
- 2)Pakcik *** selalu pergi surau. Mesti dia rajin sembahyang kan...Allah suka orang yang rajin sembahyang..kakak pun suka. Macam atuk...
- 3) Kita tak boleh tipu kan...kadang2 kakak tengok orang suka berlakon jadi baik...tapi bila dia kat tempat lain dia jadi tak baik...mana boleh macam tu kan..
Huhuhu...tengok,kanak-kanak pun pandai menilai which one is good and bad. Jadi saya membuat konklusi perempuan sebenarnya telah menyimpan atau menyenaraikan sifat2 peribadi tertentu terhadap lelaki untuk menjadi lelaki pilihannya. Dan tentulah yang baik-baik semuanya. Cuma bagaimana untuk bertemu dengan lelaki baik itu yang perlu difikirkan caranya.
Saya ada membaca buku 'Trevalog Dakwah:Meniti Hari Esok' karya penulis best-seller yang terkenal Prof. Mohd Kamil Ibrahim. Dah lama saya baca buku ini,dan saya masih sangat takjub dengan peribadi yang ada pada penulis ini. Bagaimana dia perusaha sedaya upaya untuk menjadi hamba Allah yang di rahmati dan menjadi muslim yang sempurna. Dia bermula dengan seorang yang biasa-biasa kemudian diberi hidayah kepada Allah dan dia berusaha mengekalkan hidayah itu dalam seluruh hidupnya. Betapa berbarakahnya hidupnya. Apa yang penting dia berusaha untuk memperbaiki diri dan istiqamah dengan jalan yang dipilihnya. Saya sangat mencemburui sifat2nya itu. Betapa kerdilnya saya bila membaca tulisan beliau.
Dia ada bercerita kisah di bulan ramadhan,apabila dia menjemput seorang ustaz tahfiz untuk sama2 berdamping dengan beliau untuk menghidupkan malam2 ramadhan,malangnya ustaz itu tewas untuk istiqamah menghidupkan malam2 barakah itu,untuk mencari malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Namun beliau cekalkan hati untuk terus bertahan dan melalui malam2 seterusnya dengan hati yang tenang.
Saya berjumpa banyak watak seperti ustaz itu. Dan saya juga satu daripadanya. Saya telah lama dalam bidang pengajian Islam,tapi saya masih lagi tidak sekuat Prof. Mohd Kamil. Saya sangat mengaguminya. Alangkah baiknya jika saya boleh seistiqamah dia. Bukan tidak boleh,yang penting niat dan hati. Seandainya ada kemahuan, carilah jalan yang sebaiknya untuk menjadi baik.
Dan...mengapa saya bercerita tentang peribadi yang dikagumi ini?? Kerana saya rasa sangat susah mencari kualiti lelaki sepertinya. Rasanya 1 dalam sejuta. Kerana dalam ramai2 lelaki yang saya temui,saya belum pernah jumpa yang benar-benar boleh menawan dan menyebabkab saya tertegun dengan peribadi mereka. Sukarnya mencari Mr. Right yang perfect.
Bukanlah bermakna saya inginkan kesempurnaan,kerana saya sangat sedar setiap manusia ada kekurangan. Jarang sangat saya jumpa lelaki bujang,muda,berkeupayaan dan cukup sifatnya rajin mengimarahkan masjid dan surau. Jarang-jarang juga saya lihat lelaki yang istiqamah membaca al-Quran setiap malam. Selalu saya jumpa lelaki yang mencari perempuan yang baik...dengan harapan boleh menjadikan mereka baik...sadisnya. Selalu saya jumpa lelaki yang mencari perempuan yang baik pekerjaannya dengan harapan kewangan mereka akan stabil..sedih sungguh. Selalu juga saya bertemu dengan lelaki sambil lewa hidupnya tetapi mencari perempuan yang sangat stabil dengan harapan perempuan itu akan menstabilkan kehidupannya nanti..betulkah begitu caranya?
Saya bukan prejudis...tapi saya rasa itulah hakikat hari ini...bukan semua lelaki tidak baik, kerana saya percaya masih ada lelaki baik di dunia ini. Permata berharga memang sukar dicari.Saya ada membaca buku 'Trevalog Dakwah:Meniti Hari Esok' karya penulis best-seller yang terkenal Prof. Mohd Kamil Ibrahim. Dah lama saya baca buku ini,dan saya masih sangat takjub dengan peribadi yang ada pada penulis ini. Bagaimana dia perusaha sedaya upaya untuk menjadi hamba Allah yang di rahmati dan menjadi muslim yang sempurna. Dia bermula dengan seorang yang biasa-biasa kemudian diberi hidayah kepada Allah dan dia berusaha mengekalkan hidayah itu dalam seluruh hidupnya. Betapa berbarakahnya hidupnya. Apa yang penting dia berusaha untuk memperbaiki diri dan istiqamah dengan jalan yang dipilihnya. Saya sangat mencemburui sifat2nya itu. Betapa kerdilnya saya bila membaca tulisan beliau.
Dia ada bercerita kisah di bulan ramadhan,apabila dia menjemput seorang ustaz tahfiz untuk sama2 berdamping dengan beliau untuk menghidupkan malam2 ramadhan,malangnya ustaz itu tewas untuk istiqamah menghidupkan malam2 barakah itu,untuk mencari malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Namun beliau cekalkan hati untuk terus bertahan dan melalui malam2 seterusnya dengan hati yang tenang.
Saya berjumpa banyak watak seperti ustaz itu. Dan saya juga satu daripadanya. Saya telah lama dalam bidang pengajian Islam,tapi saya masih lagi tidak sekuat Prof. Mohd Kamil. Saya sangat mengaguminya. Alangkah baiknya jika saya boleh seistiqamah dia. Bukan tidak boleh,yang penting niat dan hati. Seandainya ada kemahuan, carilah jalan yang sebaiknya untuk menjadi baik.
Dan...mengapa saya bercerita tentang peribadi yang dikagumi ini?? Kerana saya rasa sangat susah mencari kualiti lelaki sepertinya. Rasanya 1 dalam sejuta. Kerana dalam ramai2 lelaki yang saya temui,saya belum pernah jumpa yang benar-benar boleh menawan dan menyebabkab saya tertegun dengan peribadi mereka. Sukarnya mencari Mr. Right yang perfect.
Bukanlah bermakna saya inginkan kesempurnaan,kerana saya sangat sedar setiap manusia ada kekurangan. Jarang sangat saya jumpa lelaki bujang,muda,berkeupayaan dan cukup sifatnya rajin mengimarahkan masjid dan surau. Jarang-jarang juga saya lihat lelaki yang istiqamah membaca al-Quran setiap malam. Selalu saya jumpa lelaki yang mencari perempuan yang baik...dengan harapan boleh menjadikan mereka baik...sadisnya. Selalu saya jumpa lelaki yang mencari perempuan yang baik pekerjaannya dengan harapan kewangan mereka akan stabil..sedih sungguh. Selalu juga saya bertemu dengan lelaki sambil lewa hidupnya tetapi mencari perempuan yang sangat stabil dengan harapan perempuan itu akan menstabilkan kehidupannya nanti..betulkah begitu caranya?
Tuesday, June 2, 2009
Duhai Wanita
Teriak suaramu memecah pagi
Suasana hening yang tenang terus bertukar tegang.
Duhai wanita...
Mengapa terlalu nyaring engkau berkata-kata???
Bukankah Luqmanul Hakim pernah berpesan..
Suaramu perlu kau jaga...
Hilang pudar cantik ayumu..
Manismu menjadi cuka..
Tingkahmu sungguh mengundang nestapa..
Duhai wanita...
Bukankah sering dikata..
Sopan santun itu perhiasan paling berharga???
Mengapa tegar engkau mencalarkannya??
Duhai wanita... Bukankah malu itu perlu kau jaga..?
Mengapa engkau dengan megah mencaci menghina..
Niat baik mereka tidak pernah kau cuba mentelah..
Kau hanya terus lantang bersuara..
Bukankah lebih baik andai eangkau bertanya..
Bermusyawarah seperti sabda Nabi kita..
Tak mungkin aku akan berada di tempatmu...
Bila engkau telah meletakkan maruah wanita di bawah sepatu mu..
Duhai wanita...
Dayus sungguh lelaki di sisimu..
Tegak berdiri tanpa bicara..
Walau dia tahu kebenarannya..
Adakah engkau berbangga wahai wanita..
Bila dia takut..tunduk..hanya mengikut kata???
Sungguh...kesalnnya..
Sungguh...

Subscribe to:
Posts (Atom)